Khamis, 18 Disember 2008

Renungan Sejenak 9 : Talian Sementara Hidup....

Assalaamu'alaikum, Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:-

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.

Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.

Tekan 3 untuk 'mengeluh'.

Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:-

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah

sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:-

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,

Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,

Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,

Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &

neraka, silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :-

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."

atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil

Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini:- 24434

2 : solat Subuh

4 : solat Zuhur

4 : solat Asar

3 : solat Maghrib

4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :- 28443483

2 : solat Subuh

8 : solat Dhuha

4 : solat Zuhur

4 : solat Asar

3 : solat Maghrib

4 : solat Isya

8 : Solat Tahajjud atau lainnya

3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil...

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam

sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!
sekadar renungan, ada makhluq ALLAH send kat email aku, jadi aku nak kongsi dengan kalian..
wassalam.........

Renungan Sejenak 8 : 4 perkara sebelum tidur....


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan
empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di
hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan
empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum
aku, maka kami semua akan
memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan
meridloi kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil,
bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan
umroh"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekian untuk ingatan kita bersama.

Sabtu, 6 Disember 2008

Coretan Yang Berkelana 5 : Korban?? Apa ada dengan korban..??

Assalamualakum kepada sahabat sekalian.. Sihatlah hendaknya.. sory lame tak menulis pasal aku demam la seminggu nie.. Penat sangat kot..he3 nie dah nak raye korban dah nie.. macam mane persiapan kalian...
apabila cerita pasal raye korban memang tak lari kalau tak sebut pasal orang pi naik haji & sembelih lembu tak kerbau mahupun unta...

Pernah terjadi satu kes kat tempat aku nie la.. ada satu orang alim tu, ketika ditanya boleh kalau kita tak mampu nak korban lembu sebab takde duit nak bayar, kita ganti dengan 100 ekor ayam..? orang alim tu selambe je jawab boleh..hu3 mane boleh dah nas yang termaktub kate yang boleh dikorbankan hanyelah binatang yang berkaki 4 saje... lebih baik kita ikut kata ulama' dulu, kalau tak tahu, baik cakap tak tahu kan senang, menurut Ustaz Ismali Kamus, "baguslah kalau kita mengaku tak tahu, sekurang2nya kita tahu yang kita tak tahu"...ha dah start pening la tu...
kalau orang mabuk bercinta pulak, berkorban demi cinta..hu3 boley ke...... ;p

Sebenarnye definisi korban nie boleh kita beri banyak tafsiran.. Korban lembu atau kerbau ke... kalau nak rase raye haji, pi la naik haji ke.. tak pun main dam haji ke....huwahuwa.. ;p sebenarnye yang ALLAH S.W.T nak adalah korban kita yang ikhlas terhadapnye.. Berkorban demi agama ke, contohnye berdakwah ke. amar ma'ruf nahi mungkar ke...

Berkorban demi waktu ke.. mane yang lebih penting... solat ke tengok bola.... ha tu pun kene korban jugak tu... korban nak bukak tudung ke tak nak bukak tudung... kalau bukak dapat dosa.. baik kita berkorban demi agama dari kita mengorbankan agama... ;p


Sebenarnye banyak lagi ta'rif atau definisi korban yang kita boleh semaikan dalam jiwa kita.. yang paling penting dalam setiap diri manusia, wajib harus berkorban demi 3 ini,
1. ALLAH S.W.T
2. Nabi Muhammad S.A.W
3. Ibu bapa

Sekian itu sahaja, coretan ringkas aku yang tidak seberapa ini.. ini hanyalah sebahagian pendapat aku, mungkin kalian mempunyai pendapat yang lebih hebat dari aku lagi, silakan...
Berfikirlah wahai insan yang mempunyai akal...
Selamat Hari Raya Haji, Selamat Idiladha, Selamat Hari Raya Korban..
Wassalam......................


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails