Jumaat, 25 Julai 2008

Renungan Sejenak 3 : Islam yang syumul.

Assalamualaikum. Erm, sering kali kita asyik mendengar kat tv ke radio ke tak pun dengar kat khutbah Jumaat, ramai ustaz-ustaz mengatakan Islam Syumul. Kita pun sering tertanya-tanya apa itu Islam syumul.. (bagi orang yang rajin berfikir le).

Islam bermaksud selamat, yakni berasal dari perkataan 'salama' dan syumul beerti 'menyeluruh'. Maaf ustaz-ustaz ek, takde footnote.hehe Sebenarnya, kalau kita perhatikan dengan sehalus-halusnya Islam adalah agama yang paling sempurna dari segi akal (pemikiran), rohani (batin/dalaman) dan jasmani..

Ok, perhatikan.. Mengapa Islam menyuruh menutup aurat?? Ini kerana kalau difikirkan dengan logik akal, seandainya kalau aurat dibuka akan menaikkan syahwat, kalau ikut budak-budak muda (stim) le..hehe. Maka, akan terjadilah rogol, zina, sumbang mahram dan lahirlah anak haram.. ish2.. Ini kerana Islam mengajar kepada kita etika berpakaian sama ada di dalam ataupun di luar rumah. Bayangkan kalau kita berasa megah dengan menunjukkan rambut kita yang lurus dan perang, betis kita yang gebus, pusat kita yang tak pernah cuci, lurah-lurah dada yang menawan, ayunan pinggul kita yang tonggek seperti Inul yang mampu menjatuhkan kopiah dan serban Pak Lebai, sampai bila kita mahu membuat itu semua. Seawalnya pun kalau nak dedah pun, ketika berumur 15tahun sampailah mencecah ke umur 28tahun.. Kalaulah kita lakukan sesudah mencapai umur 30tahun keatas, nanti orang mengata pula 'erm, tua tak sedar diri, dah kendur pun nak tunjuk kat orang'.. Jadi sebab itulah, Islam memelihara dan menjaga dari kulit yang tegang dan cantik sampailah kulit yang kendur kemudian sampailah kita dikafankan pun akan ditutupkan aurat.....

Begitu pula, kalau kita lihat dari sudut ekonomi.. Bayangkan mana ada agama yang membahaskan permasalahan ekonomi.. Cuma Islam sahaja yang ada, sehingga wujudnya 'Perbankan Islam' yang ada pada hari ini. Terkandung juga di dalam al-Quran dan Hadis berkaitan dengan hukum riba, penipuan di dalam perniagaan dan sebagainya. Pernahkah kita mendengar "Perbankan Yahudi, Perbankan Kristian, Perbankan Budha, Perbankan Hindu' dan sebagainya.. Ini bermakna agama mereka tak lengkap la, tak syumul dan tak menyeluruh untuk kehidupan dunia dan akhirat..

Kita lihat pula dari sudut pentadbiran sesebuah kerajaan. Islam mengajar kita bagaimana hendak mendirikan sesebuah kerajaan. Terdapat banyak hadis dan ayat Quran menerangkan sistem membina kerajaan yang terbaik. Antaranya, dilarang gejala rasuah, penyelewengan kuasa, melaksanakan hukum-hukum yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T, keadilan di dalam sesebuah kerajaan dan yang paling berat soalan yang akan ditanya ketika padang Mahsyar yakni bagaimana seseorang pemimpin itu mentadbir negaranya..???

Dan kalau kita lihat dari sudut-sudut yang kecil, perhatikan Islam sampai mengajar kepada kita bagaimana hendak membuang air kecil dan air besar. Yakni makruh memegang kemaluan dengan tangan kanan.. Dilarang kita memakai selipar sebelah kaki (makruh).. kemudian adab tidur, adab bangun tidur, adab masuk tandas, adab dan akhlaq ketika suami isteri 'bersama'.. Padahal, benda-benda yang di atas ini, adalah remeh sekali kalau kita logikkan mengikut hukum akal..

Maknanya, ini nak menunjukkan kepada kita, Islam adalah agama yang paling syumul (menyeluruh) dari kita celik mata sampai pejam mata... Nah, apa lagi yang kita cari.. Segala kesempurnaan itu telah ada di depan mata.. Kita hanya ikut sahaja, toksah la dok bangkang-bangkang, toksah la dok soal-soal.. Apa yang Allah dan Rasul suruh dan larang tu, ikut jela.. Mesti ada kebaikannya...

Ok, sampai di sini sahaja coretan aku.. Maaflah kalau ada yang tak puas hati, biasalah naluri dan pemikiran setiap manusia tidak sama.. Terpulang kepada kalian untuk memikirkannya.. Kerana aku punyai pendapatku sendiri, dan kalian mempunyai pendapat kalian sendiri..

Akhir kalam, berfikirlah wahai insan yang mempunyai akal...
Wassalam...... ;p

Sabtu, 19 Julai 2008

Renungan Sejenak 2 : Simbolik kehidupan....

Assalamualaikum.. Erm, cuba perhatikan ek.. Sebelum kita mengambil lesen memandu, seseorang itu mestilah membaca buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP). Ini kerana di dalam buku tersebut akan mengajar seorang pemandu itu untuk memandu dengan berhati-hati dan cermat di jalan raya. Kemudian setelah menduduki ujian memandu dan lulus barulah seseorang itu dibenarkan memandu.

Pabila seorang pemandu itu melakukan kesalahan di jalan raya misalnya melanggar lampu isyarat merah, maka pegawai Polis akan menahan serta menyaman pemandu itu. Seandainya, memandu itu enggan membayar saman, dia boleh dipenjarakan serta dihadapkan ke Mahkamah dan dijatuhkan hukuman.

Cuba perhatikan dan renungkan sebentar, seorang Muslim yang hidup di dunia ini akan dibekalkan dengan satu petunjuk (guide line) yakni al-Quran yang kita sering baca lebih- lebih lagi Surah Yasin pada malam Jumaat tu pun kalau pi surau dan masjid le.. Jika seorang muslim itu membuat suruhan dan melanggar arahan yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan hadis, maka Roqib dan A'tid akan mencatatkan apa yang dilakukan.. Kemudian akan dibicara di Padang Mahsyar nanti. Setelah dihisab akan dimasukkan kedalam syurga mahupun neraka..

Jadi cuba kita perhalusi sedalam- dalamnya, simboliknya kehidupan kita di dunia ini... Buku undang-undang memandu boleh diibaratkan seperti al-Quran dan hadis. Ingat!! Aku tak sama kan tau, tapi cuma bagi perumpamaan sahaja. Nauzubillah al-Quran dan hadis sama mana-mana kitab yang ada dimuka bumi ni.. Pegawai Polis pulak seumpama macam Roqib dan A'tid, Padang Mahsyar macam Mahkamah Sivil / Syariah / Persekutuan dan sebagainya... Dan neraka seumpama penjara/ lokap......

Bayangkan, apakah nilaian kalau seseorang itu hanya mempelajari undang-undang memandu dijalan raya, akan tetapi dia melanggar semua peraturan itu. Misalnya, melanggar lampu merah, membawa lebih dari had laju yang ditetapkan.. Ini kerana peraturan di jalan raya tidak boleh ikut separuh-separuh.. Sama juga begitu juga, apakah nilaian kita membaca al-Quran tiap-tiap malam Jumaat, kadang-kadang makna pun tak tahu..hehe Jangan marah na...(",) Tapi bagus jugak la, dari tak baca langsung.. Tiap- tiap tahun, adakan tilawah al-Quran, tapi membuat apa yang bercanggah dan tidak mengikuti dengan apa yang kita baca, dan yang lebih teruk lagi kita melanggar serta menambah lagi benda yang sememangnya sudah sempurna...

Jadi sama-samalah kita berfikir, wahai insan yang mempunyai akal...
Jangan marah na...
Ini hanyalah fikiran aku saja.. Mungkin kalian punya pemikiran yang lebih hebat daripada aku silakan...
Akhir kalam, Wassalam.....

Selasa, 15 Julai 2008

Betul Juga 1 : Hikmah dan kewarasan akal pemikiran kita..

Pada suatu ketika, terdapat seorang Raja dan pembantunya yang sangat rapat. Raja itu mempunyai hobi iaitu suka memburu di tengah hutan dan baginda akan ditemani oleh pembantunya itu..

Maka, nak dijadikan cerita.. Sebelum pergi memburu, seperti kebiasaannya Raja tersebut akan mengasah mata anak panahnya itu.. Sedang asyik mengasah tiba-tiba, mata anak panahnya itu terjatuh lalu terkena kaki Si Raja itu tadi. Maka, lukalah kaki Si Raja tersebut...

Pembantu Si Raja dipanggil untuk masuk mengadap... Raja pun mengadu kepada pembantunya itu akan kemalangan yang menimpa diri baginda.. Lalu jawab si pembantu " alah Tuanku, tak mengapalah semua yang berlaku ada hikmahnya".. Jawapan si pembantu itu menyebabkan Si Raja murka lalu memerintahkan agar si pembantu itu dikurung ke dalam penjara.

Sampai waktunya, Si Raja pun pergi memburu seperti yang dirancang. Tengah dalam perjalanan, tiba-tiba Si Raja terpisah dari pasukannya dan baginda telah tersesat jauh.. Maka, nak dijadikan cerita Si Raja telah ditangkap oleh sekumpulan orang asli. Nak dijadikan cerita, memang ketika itu, sekumpulan orang asli itu ingin mengadakan korban bagi dipersembahkan kepada Tuhan mereka... Lalu Si Raja tadi dihadapkan kepada ketua mereka..

Setelah dihadapkan, ketua orang asli itu pun memeriksa seluruh badan Si Raja.. Tiba-tiba, ketua orang asli itu mendapati terdapat luka (kecacatan) pada kaki Si Raja.. Maka, ketua orang asli pun memerintahkan agar Si Raja itu dibebaskan kerana tidak boleh mempersembahkan korban yang cacat kepada Tuhan. Maka, dengan senang hati Si Raja itu pulang ke istana sambil memikirkan hikmah dari luka yang dialaminya..

Sesudah tiba di istana, Si Raja memanggil pembantunya yang dikurung dari penjara itu dan menceritakan kisah yang berlaku terhadap dirinya dan hikmah yang diperolehi.. Si Raja pun bertanya kepada pembantunya " sekarang beta sudah tahu hikmah kaki beta luka, habis yang kamu pula apa hikmah kamu dipenjarakan?"

"Hikmahnya patik dipenjarakan adalah, jika patik tidak dipenjarakan sudah semestinya patik akan mengikut tuanku pergi memburu dan menemankan tuanku jauh ke dalam hutan. Secara tak langsung apabila tuanku ditangkap mesti jua patik ditangkap, dan patik akan menjadi mangsa korban orang asli itu, kerana patik tidak kecacatan" jawab si pembantu itu..

Akhir kalam, setiap yang berlaku dalam hidup kita mesti ada hikmahnya..
Oleh itu, marilah berfikir wahai insan yang mempunyai akal....
Wassalam......

Renungan Sejenak 1 : Ujian......................

Kenapa aku diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan; `kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." (Al-Ankabut : 2-3)

Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa ujian seberat ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Kecewa?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Al-Imran : 139)

Bagaimana harus aku menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Al-Imran : 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang aku dapat drpd semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa aku berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Aku tak dapat tahan!!!
"... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Yusuf : 12)

Isnin, 14 Julai 2008

Coretan Yang Berkelana 1 : Up Town & Kita?????

Assalamualaikum.... Erm, baru-baru ni ada seorang sahabat aku ajak aku pi uptown.. Ah, terasa malas nak pergi lak, yela lagi pun malam minggu... tapi aku pergi jugak le, pasal dah lama sangat tak pi... Tujuan aku tulis nie, bukan le nak cerita pasal aku pi uptown tu.... Tapi cuba kita renung sekejap, tujuan diadakan uptown itu adalah itu menaikkan ekonomi orang-orang melayu..

Di situ, kalau kita lihat ramai para peniaga dari kalangan orang melayu yang menjual bermacam- macam barang.... Tapi sedarkah kita apa yang terjadi pada uptown kini??? Sehingga ada dikalangan member-member ku yang berkata "kalau korang nak tengok seluar dalam or baju dalam awek2, korang pi le uptown"....

Apa yang terjadi kini, uptown bukanlah tempat menaikkan ekonomi orang melayu, tetapi sebagai tempat menunjukkan peha yang gebu, betis yang mulus dan sebagainya... Tidak kurang jugak, uptown juga sebagai tempat menunjukkan suara yang sumbang2 tu (karaoke)...hehe

Kita perhatikankan lagi dengan lebih halus, ramai yang datang ke uptown dengan ber'couple', berjalan-jalan kemudian singgah minum disitu dan kemudian balik... Tanpa membeli apa-apa barang.... Mungkin ada pendapat yang mengatakan hek eleh kau nie, 'kita orang datang uptown nak window shopping je' kecoh la kau nie...

Yup, memang betul apa yang dikatakan itu... Kita ke uptown pun kalau tak beli barang boleh jugak window shopping macam shopping kompleks tu... Tapi sampai bila????
Kalau beginilah sikap kita, sampai bila2 pun melayu takkan memegang ekonomi dinegara sendiri... Penat je buat pertubuhan, persatuan untuk orang-orang melayu....
Ops, sebelum terlupa, apa yang aku tulis ni, hanyalah pendapat aku sahaja.. Mungkin betul, mungkin tidak... Kalau kalian mempunyai sudut pemikiran yang berbeza silakan...

Oleh itu, berfikirlah wahai manusia yang mempunyai akal.....
Akhir kalam, fikir-fikirkanlah.....
Wsalam...... ;p

Khamis, 10 Julai 2008

Pautan Semasa 2 : Liwat???

Liwat?? Saban hari, semenjak kebelakangan ini Malaysia digemparkan dengan kes isu liwat Dato Seri Anwar. Apa yang berlaku kali ini pula, satu laporan telah dilakukan oleh Saiful Bukhari atas tuduhan beliau diliwat oleh Anwar. Apa yang membingungkan kita adakah benar laporan yang dibuat itu..???

Aku tidak ingin menyebelahi mana-mana pihak.. Tetapi cuba kita renungkan sebentar, kalau kalian rajin membaca majalah ataupun suratkhabar ada ruangan yang berkaitan luahan hati. Cuba perhatikan, kadang-kala terdapat sesebuah artikel yang menceritakan yang dia dirogol oleh bapa sendiri, abang sendiri atau datuk sendiri tetapi apabila ditanya mengapa tidak mahu membuat laporan polis, mangsa akan menjawab ' saya malu jika orang tahu saya dirogol'..

Cuba bayangkan kalau kita diliwat, kemudian satu dunia tahu, peh alangkah malunya kita..
Tetapi mungkin jua timbul isu untuk mencari kebenaran diatas penganayaian yang dibuat ke atas kita.. Setelah kita diliwat, kita hendak supaya peliwat itu ditangkap.. Mungkin itu suatu kesudahannya..

Akan tetapi jika kita memfitnah!! Ingatlah " والفتنة أشد من القتل "... Yang bermaksud " fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh... Cantiknya Islam itu adalah, setiap penuduh zina mahupun liwat mestilah membawa 4 orang saksi.. Ini kerana Islam menjaga maruah penganutnya.. Hatta, seorang suami yang mahu menuduh isterinya berzina pun perlu membawa saksi, jika tiada saksi barulah pasangan suami ister itu berli'an ( bersumpah)..

Akhir kalam, doa orang yang teranayai itu dimakbulkan ALLAH S.W.T.. Jadi sama- samalah kita berdoa seandainya Saiful teranayai moga ALLAH S.W.T memakbulkan doanya.. Dan seandainya Dato Seri Anwar yang teranayai moga ALLAH memakbulkan doanya..
Oleh itu berfikir wahai golongan yang mempunyai akal... ALLAHUA'LAM..
Wslm....




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails