Isnin, 25 April 2011

Coretan Yang Berkelana 107 : Si Seksi mencari buku agama...

Pada sabtu yang lalu aku dan beberapa orang sahabat pergi ke PWTC untuk melihat kitab-kitab sempena Pesta Buku yang sedang berlansung. Kami tiba pada jam 5.00pm ini berikutan hujan begitu lebat dan trafik sesak. Sampai sahaja di PWTC, kelihatan sesak dengan begitu ramai orang sekali. 

Alhamdulillah, masih ramai lagi masyarakat Malaysia yang menyukai minat sifat membaca. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-A'laq, "bacalah dengan nama menciptakan ".. Sekaligus membawa erti yang sungguh besar dalam kehidupan Rasullah dan umat Islam. 

Sedang aku dan Pullah membelek-belek kitab, terpandang aku aksi sepasang kekasih yang sedang asyik tercari-cari buku agama, aku memandang buku ditangannya itu bertajuk " Amalan Murah Rezeki". Sepengetahuan aku, buku itu mengandungi amalan-amalan yang boleh menambahkan rezeki, seperti amalan membaca surah al-Waqiah. 

Terkesima aku melihat wanita seksi itu bersama teman lelakinya. Timbul dibenak hatiku, "Ya Allah Kau campakkanlah hidayah agar wanita itu mencintai agamanya". Secara ringkasnya, kebiasaanya seseorang manusia itu, walau apa keadaaanya, walau apa agamanya, walau apa pakaianya, PABILA DILANDA KESUSAHAN AKAN MENCARI TUHAN.. Allahua'lam..



al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.45pm
25-4-2011
Seksyen 9, Shah Alam

Jumaat, 22 April 2011

Pecah Perut 13 : Suami Mabuk.

Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari ia marah besar kepada suaminya "Seenaknya saja kamu bersenang-senang di luar, meninggalkan aku sendirian!" 

Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana, si suami memesan minuman keras seperti biasanya, dan memesankan satu gelas untuk isterinya. 

Ketika si isteri mencoba meminumnya, ia langsung memuntahkannya kembali. "Minuman apa ini? Isshhhh.. tak enak langsung.. !!" rengus si istri.  "Tuhlah, makanya jangan dikira aku bersenang-senang di sini...."

Khamis, 21 April 2011

Coretan Yang Berkelana 106 : Kawan cerminan siapa kita...

Sering kali kita mendengar " kalau kita kawan dengan orang jual minyak wangi, kita pun sama dapat wanginya ". " Kalau kita kawan dengan tukang besi, kita pun akan dapat bau asapnya itu "..  Di sini dapatlah kita mengerti bahawa faktor kehidupan dengan kawan tidak dapat dipisahkan.

Kalau kita menjadi seorang ayah, melihat anak kita bergaul dengan kawan-kawannya yang kaki rempit, rambut perang dan pakai rantai, bagaimanakah perasan ayah itu tadi? Nah, kemungkinan yang paling besar ayahnya akan berfikir anak aku ni nak jadi apa kawan dengan budak-budak macam tu.

Dalam etika berkawan banyak disebutkan dalam kitab-kitab agama dan hadis. Ini menunjukkan bahawa kawan ini termasuk dalam satu bab yang penting dalam kehidupan. Dalam erti kata lain, hidup berjemaah dengan masyarakat. Kadang-kala aku pelik melihat boleh sebilangan "orang" yang hanya hidup dengan pakwe dan makwenye sahaja..

Tidak tercalit pada pemikiran mereka bahawa yang akan dapat membantu kita dalam kesusahan adalah kawan.. Tapi awas!!! Carilah kawan yang DAPAT MEMIMPIN KITA MENDAKI TANGGA-TANGGA KE SYURGA..

Aku beruntung mempunyai kawan yang sependapat dalam konteks aliran pemikiran, pemahaman dan perjuangan. Lebih-lebih lagi aku merasa bersyukur mempunyai kawan ketika aku dilanda suatu zaman keuzuran yang begitu panjang. Terima kasih sahabatku dunia akhirat Azim, Pullah, Afham, Zaki, Fizan...


aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.34am
21-4-2011
Shah Alam

Rabu, 20 April 2011

Jom Baca Hadis 32 : Belajar Adab....



Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Hendaklah salam itu diucapkan yang muda kepada yang tua, yang berjalan kepada yang duduk, dan yang sedikit kepada yang banyak." Muttafaq Alaihi. Menurut riwayat Muslim: "Dan yang menaiki kendaraan kepada yang berjalan."

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila seseorang di antara kalian makan hendaknya ia makan dengan tangan kanan dan minum hendaknya ia minum dengan tangan kanan, karena sesungguhnya setan itu makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya." Riwayat Muslim.

Dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu makan makanan, maka janganlah ia membasuh tangannya sebelum ia menjilatinya atau menjilatkannya pada orang lain." Muttafaq Alaihi.

Khamis, 7 April 2011

Pautan Semasa 44 : Transformasi Irma Hasmie...


Tahniah Irma Hasmie kerana telah membuat perubahan dalam hidup. Inilah yang sering aku katakan kepada teman-teman.. Mungkin hari ini, kita beriman, besok atau lusa belum tahu. Moga-moga Irma kekal dalam keadaan sebegini.. Amin..

Dulu Farah AF.. Tapi sekarang sudah makin ramai yang mula berubah untuk menjadi kearah yang lebih baik. Ingatlah kita perlu sering berdoa agar kita dilemparkan hidayah dari Allah.. Untuk menjadi orang yang baik perlu ada :

1. Sering berdoa untuk jadi baik.
2. Berubah ke arah yang baik.
3. Berkawan dengan orang yang (baik-baik)...

Hidayah dari Allah. Allahua'lam..

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.07am
7-4-2011
Shah Alam

Pautan Semasa 43 : Ustaz durjana...


Ustaz durjana.. Mungkin itu yang layak diungkapkan. Dulu maruah ustaz-ustaz jatuh kerana gejala liwat. Kini kerana pembunuhan pulak. Aku merasakan sebenarnya bukanlah kerana tauliah mengajar yang patot menjadi isu di persidangan Dun di Kedah..

Sebenarnya isu ini adalah berkaitan dengan akhlaq dalam mendidik. Kita lihat pada hari ini, ramai guru tiada sikap mendidik. Lebih-lebih lagi perlu dikhususkan pada J-Qaf, Kafa dan sebagainya. Bukanlah semua guru begitu. Tapi kita wajib terima haqiqat, bahwa guru-guru hari ini hanya mengajar kerana gaji semata-mata...

Maaf kalau aku terpaksa kata yang benar. Kerana "kebenaran itu pahit untuk ditelan".. Allahualam..

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.00am
7-4-2011
Shah Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails