Pada sabtu yang lalu aku dan beberapa orang sahabat pergi ke PWTC untuk melihat kitab-kitab sempena Pesta Buku yang sedang berlansung. Kami tiba pada jam 5.00pm ini berikutan hujan begitu lebat dan trafik sesak. Sampai sahaja di PWTC, kelihatan sesak dengan begitu ramai orang sekali.
Alhamdulillah, masih ramai lagi masyarakat Malaysia yang menyukai minat sifat membaca. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-A'laq, "bacalah dengan nama menciptakan ".. Sekaligus membawa erti yang sungguh besar dalam kehidupan Rasullah dan umat Islam.
Sedang aku dan Pullah membelek-belek kitab, terpandang aku aksi sepasang kekasih yang sedang asyik tercari-cari buku agama, aku memandang buku ditangannya itu bertajuk " Amalan Murah Rezeki". Sepengetahuan aku, buku itu mengandungi amalan-amalan yang boleh menambahkan rezeki, seperti amalan membaca surah al-Waqiah.
Terkesima aku melihat wanita seksi itu bersama teman lelakinya. Timbul dibenak hatiku, "Ya Allah Kau campakkanlah hidayah agar wanita itu mencintai agamanya". Secara ringkasnya, kebiasaanya seseorang manusia itu, walau apa keadaaanya, walau apa agamanya, walau apa pakaianya, PABILA DILANDA KESUSAHAN AKAN MENCARI TUHAN.. Allahua'lam..
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.45pm
25-4-2011
Seksyen 9, Shah Alam
1 ulasan:
penyampaian cerita yang membawa erti..sedap dan mudah difahami...............
Catat Ulasan