Khamis, 30 Disember 2010

Renungan Sejenak 36 : Dakwah pada keluarga.


" Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." 6: 66 

Firman Allah kepada membawa pengertian yang sungguh besar. Jikalau kita selami secara halus maka kita akan berasa sungguh takut untuk menempuh hari kebangkitan. Dengan jelas Allah menyuruh kita untuk memelihara ahli keluarga kita dari terjerumus ke lembah kenerakaan.

Apa yang paling penting, sasaran dakwah dan teguran yang hikmah itu dituntut dalam bidang kekeluargaan.

Fenomena yang berlaku pada hari ini, jika kita perhatikan ramai dari kalangan warga tua yang kita lihat begitu asyik dan rajin melangkahi tangga-tangga ke masjid. Tapi... Apa yang terjadi pada anak mereka? Berpakaian tidak menutup aurat. Apakah kelemahan mereka dalam mendidik dan menegur?

Jika kita pulang ke kampung dikala musim perayaan. Ada saudara-mara kita yang tidak memakai tudung, tidak menunaikan solat dan bersalaman sesama bukan mahram. Adakah kita kuat untuk menegur tindakan salah mereka itu? Adakah kita telah menunjukkan suri teladan dalam keagamaan?

Mungkin untuk melakukan peneguran itu suatu yang khayalan atau suatu angan-angan yang sukar untuk dilaksanakan. Ataupun paling tepat, terdetik dalam sanubari kita mengatakan, "kalau aku tegur karang, mereka cakap aku bajet bagus".

Surah al-Asr dengan jelas memberi suatu motivasi yang utuh untuk dijadikan pegangan.
" dan berpesan-pesanlah pada kebenaran, dan berpesan-pesanlah dengan KESABARAN ".

Jika kita menegur seseorang itu, jangan harapkan kesan perubahannya dari teguran kita. Kerna yang mengubah setiap sesuatu itu adalah Allah.

Kita hanya dilemparkan dibumi ini, untuk berpesan dan menegur sahaja. Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.08am
29-12-2010
Shah Alam

Isnin, 27 Disember 2010

Pautan Semasa 40 : Tahniah Malaysia..


Tahniah Malaysia di atas kejayaan melawan Indonesia dengan kemenangan 3-0. Tapi adat dunia " kalau menang dipuji, kalau kalah dikeji "... Apa-apa pun tahniah kepada pemain Malaysia.

Khamis, 23 Disember 2010

Coretan Yang Berkelana 94 : Hukuman luaran...


Kelaziman manusia menilai manusia lain dari sudut pandangan luaran. Sehingga kadang-kadang kita tersalah dalam membuat andaian. Benarlah kata-kata bijaksana, " Pandanglah apa yang ingin dikatakan, jangan pandang siapa yang berkata ".

Pabila teguran dan nasihat itu datang tidak kira bagaimana rupa si penyampai itu, ambilah ibarat mengutip mutiara dari dasar laut. 

Kadang-kala terasa perit hati ini pabila dilakukan sedemikian. Berbicara ditelefon bagai nak rak, pabila berjumpa melihat kita rendah dan hina. 

Ya Allah, tabahkanlah hati ini dalam melalui liku-liku perjalanan dakwah mu. Kau campakkanlah ilmu yang bermanfaat dan kesabaran seperti kesabaran kekasih-kekasih Mu. Amin.....

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.57pm
23-12-2010
Shah Alam

Khamis, 16 Disember 2010

Pautan Semasa 39 : Politikus...


Terpampang diruangan muka depan setiap akhbar membicarakan tentang "kes liwat" Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) . Mula-mula Ummi Hafilda Ali menyuruh Azmin Ali bertaubat. Kemudian Wikileaks mengeluarkan kenyataan tentang kes liwat DSAI. Selepas itu Lee Kuan Yew menyatakan pendapat tentang kebenaran adegan kes liwat DSAI.

Surat khabar besoknya pula, Tun Mahathir menyokong kenyataan Lee Kuan Yew dengan mengatakan Lee Kuan Yew lebih kenal siapa DSAI.

Persoalan saya berkaitan dengan dada-dada akhbar... 

1. Dimanakah laporan susulan kes RASUAH Khir Toyo dan kewujudan sebuah banglo besar yang didakwa milikinya???

2. Dimana sambungkan perbahasan tentang kenaikan minyak baru-baru ini?

3. Dimanakah susulan penuntutan hak rakyat Selangor berkaitan dengan air??

Ha..ha..ha.. Sama-sama renungkan.... Allahualam..

al-Haqir Ila Robbihi
ibnumaulub
5.30pm
16-12-2010
Shah Alam

Isnin, 13 Disember 2010

Lirik Puitis 17 : Syukur (Kau Yang Satu)


Ku bersyukur kepadaMu
Hanya dikau yang Satu
Memberiku cahaya hidupku
Maha esa
Gelap tanpa kasihMu
Perjalananku buntu
Ampuni segala dosa dosaku
Aku terpaku melihat kebesaranMu
Aku bersyukur segala rezeki untukku
Dan juga bila kau dalam fikiranku
Aku tunduk membisu
Terus sujud padaMu
Mari kita renungi segala apa terjadi
Amana hilangnya Cinta?
Mana hilangnya setia?
Aku akan tersu cekalkan hati ini
Dari terbit sehingga terbenamnya mentari

Dunia sementara kan dihitung juga
Sebelum terlamabat tunaikan kewajipan kita
Tak guna airmata menitik bila tiba masa
Syurga atau neraka itulah jawapannya
Aku lelaki lengkap dengan anggota
Berfikir tiap masa, fikir tentang keluarga
Lindungilah aku dari fitnah dan noda
Kau tempatku meminta
Kau beri ku bahagia


Ku hirup secukup udara
Hatiku buka, termenung
Melihat jalan gelap lagi mendung
Kadangkala ku bertanya
Kemana cahaya?
Mana nak ku cari sedikit kudrat dan keramat?
Yang penuh rahmat?
Berjuta juta kali dunia mempermainkanku
Hatu menurut nafsu, nafsu menipu aku
Tapi ku bersyukur pada yang maha esa
Dapatlah pena menari meluah kata kata
Ku meredhai apa telah terjadi
Tunjukkan jalan benar, ampunilah dosaku..
Aku tafakur di hadapanmu
Berderai derail airmataku gugur
Tidak tertanggung
Peperangan emosi ini takkan terhenti
Selagi dosa lama masih aku bebani
Moga aku disirami salju kasih illahi
Semoga malamku tak bertemankan mimpi ngeri
Berikanku secebis kekuatan, kebahagiaan
Hati ini moga engkau terangkan
Oh Tuhan yang Satu
Ku serahkan diriku
Hanya kepadaMu
Hanya mampu berserah kepadaMu
Ampuni segala dosa dosaku

By : One Nation Emcees

Khamis, 9 Disember 2010

Jom Baca Hadis 29 : Larangan Berbisik...


Dari Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila engkau bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa menghiraukan yang lain, hingga engkau bergaul dengan manusia, karena yang demikian itu membuatnya susah."

Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut Muslim.

Isnin, 6 Disember 2010

Pautan Semasa 38 : Salam Hijrah 1432....


Salam Hijrah dari ibnumaulub kepada semua pembaca blog ini.
Semuga kehidupan kalian Allah rahmati.. Amin..
6-12-2010
4.49pm
Shah Alam

Coretan Yang Berkelana 93 : Kala gigiku gugur.

Sedang aku bersarapan pagi dengan Zaki di Seksyen 20, datang seorang pak cik tua yang bongkok berkupiah putih.

Terdetik dalam hatiku kemungkinan pak cik ini berusia dalam 60 an. Aku hanya memerhatikan pak cik tua itu.

Pak cik itu memesan kopi dan nasi lemak. Kala aku menikmati keenakkan nasi lemak berlaukkan paru itu, aku terkesima melihat beliau. Ada suatu perkara yang membuat aku memikir suatu ranjang perjalanan sewaktu melewati usia seperti pak cik itu.

Aku memerhatikan beliau, seakan tidak mampu untuk mengunyah ketulan daging yang dihidang dalam nasi lemak tersebut.

Beliau meluakkan daging tersebut di bawah meja sambil memerhatikan keadaan sekeliling, kalau-kalau ada mata yang memandangnya. Timbul dibenak pemikiranku, bagaimanakah nasib hari tua ku yang akan daku lewati dalam keadaan gigi yang sudah gugur. Kala nikmat yang dikurniakan Allah ditarik satu-persatu.

Sambil menyambung kunyahan nasi lemakku, teringat daku akan kata-kata Ustaz Ismail Kamus ;

"Pabila tua, mata sudah kabur, gigi sudah gugur, kulit sudah kendur, tepi rumah kubur". Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.41am
4-12-2010
Shah Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails