Isnin, 6 Disember 2010

Coretan Yang Berkelana 93 : Kala gigiku gugur.

Sedang aku bersarapan pagi dengan Zaki di Seksyen 20, datang seorang pak cik tua yang bongkok berkupiah putih.

Terdetik dalam hatiku kemungkinan pak cik ini berusia dalam 60 an. Aku hanya memerhatikan pak cik tua itu.

Pak cik itu memesan kopi dan nasi lemak. Kala aku menikmati keenakkan nasi lemak berlaukkan paru itu, aku terkesima melihat beliau. Ada suatu perkara yang membuat aku memikir suatu ranjang perjalanan sewaktu melewati usia seperti pak cik itu.

Aku memerhatikan beliau, seakan tidak mampu untuk mengunyah ketulan daging yang dihidang dalam nasi lemak tersebut.

Beliau meluakkan daging tersebut di bawah meja sambil memerhatikan keadaan sekeliling, kalau-kalau ada mata yang memandangnya. Timbul dibenak pemikiranku, bagaimanakah nasib hari tua ku yang akan daku lewati dalam keadaan gigi yang sudah gugur. Kala nikmat yang dikurniakan Allah ditarik satu-persatu.

Sambil menyambung kunyahan nasi lemakku, teringat daku akan kata-kata Ustaz Ismail Kamus ;

"Pabila tua, mata sudah kabur, gigi sudah gugur, kulit sudah kendur, tepi rumah kubur". Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.41am
4-12-2010
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails