Jumaat, 29 Mei 2009

Coretan Yang Berkelana 25 : Jauh perjalanan luas pengalaman..

Alhamdulilah aku telah selamat sampai di Medan pada jam 2.00am hari Isnin.. Pada malam Jumaat yang lalu aku dan teman-teman ke Aceh.. Kami bertolak dari Medan jam 3.00am dan selamat sampai di Banda Aceh jam 5.00pm.. Perjalanan kami mengambil masa 14 jam.. Ini berikutan dengan jalan yang tidak berapa bagus serta rehat dan buang air serta solat.. Sepanjang perjalanan kami ke sana, berbagai pengalaman yang aku dapat..

Untuk pengetahuan kalian, Aceh ini merupakan sebuah provinsi atau kalau dalam bahasa kita negeri la.. Provinsi ini dipanggil dengan nama Provinsi Aceh Darus Salam.. Kalau sebut aja Indonesia, maka tidak lari dari menyebutkan suku atau keturunan.. Kalau di Aceh ini ada, lebih kurang 7/8 suku.. Antaranya Suku Aceh Asli, Aceh Timur, Aceh Barat, Aceh Utara, Aceh Singkil, Aceh Gayo dan Aceh Tamiang.. Kalau Aceh Tamiang ni merupakan suku orang melayu, dan bahasanya tidak jauh dari bahasa kita..

Setelah kami sampai di Banda Aceh, kami terus solat di sebuah masjid yang berkebetulan dihadapan perkuburan bagi mangsa Tsunami. Menurut penduduk setempat terdapat 3 tempat perkuburan bagi mangsa Tsunami.


Pada keesokkan harinya kami pergi ke sebuah kampung yang kira-kira 6 kilometer dari laut. Apa yang menakjubkan, terdampar sebuah kapal yang begitu besar kira-kira macam kapal Titanic tu kot.. Kapal ini, adalah kesan dari Tsunami yang berlaku pada 25 -12 -2004 yang lalu.. Kapal ini merupakan kapal Listik Indonesia yang sedang berlabuh di laut yang berhampiran..

Dalam perjalanan kami singgah di sebuah masjid untuk berehat, kami terpegun dengan mimbar yang begitu cantik sekali..

Penulis dan temannya berhadapan Makam Pahlawan.

Iklan di Aceh wajib semua perempuan menutup aurat. Masa aku lihat je iklan-iklan perempuan pakai tudung, terasa macam kat Kelantan la pulak.

Lokasi kapal yang terdampar di kampung tersebut.

Keadaan kapal yang terdampar.

Permandangan dari atas kapal.. Banyak rumah yang musnah.

Sudut belakang kapal.

Kapal yang berada di atas rumah orang.

Rumah- rumah yang musnah.

Penulis di belakang kapal. Dikatakan penduduk setempat, masih ada mayat di bawah kapal ini.

Rumah yang musnah dilanda Tsunami.

Bahagian bawah kapal di atas sebuah rumah.

Penulis dan teman di atas kapal tersebut.

ibnumaulub
7.52pm
29-05-2009
Medan

Jom Baca Hadis : Siri 4, Tahapan Penciptaan Manusia dan Amalan Terakhirnya.

Abu Abdurahman Abdullah bin Mas'ud r.a berkata, Rasullah bersabda kepada kami, sedang beliau adalah orang yang jujur dan terpecaya.

"Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan ciptaannya dalam rahim ibunya, selama 40 hari berupa nutfah (air mani yang kental) lalu menjadi alaqah (segumpal darah) selama itu, lalu menjadi mudghah (segumpal daging) selama itu pula, kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya dan mencatat 4 hal yang telah ditentukan, yakni ; rezeki, ajal, amal dan sengsara atau bahagiannya.

Demi Allah Dzat yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya setiap kalian ada yang beramal dengan amalan penghuni syurga hingga jarak antara dia dengan syurga hanya sehasta (dari siku sampai ke ujung jari). Lalu suratan takdir mendahuluinya sehingga ia beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia pun masuk neraka.

Ada juga di antara kalian yang beramal dengan amalan penghuni neraka hingga jarak antara dia dan neraka hanya sehasta. Lalu suratan takdir mendahuluinya, sehingga ia beramal dengan amalan ahli syurga maka ia pun masuk syurga.

Hadis riwayat Syaikhan.

Rabu, 20 Mei 2009

Coretan Yang berkelana 24 : Berkelana di bumi ALLAH.

Salam... Maaf pada minggu ni aku terlalu sibuk sangat.. Yela dah nak exam lepas tu nak kena praktikel... Pastu aku nak kena pederas setelkan tesis... Hanya ALLAH yang tahu sibuknya macam mana...

Pada malam ini, jam 2.00am nanti insyaallah aku bersama teman-temanyang lain seramai 8 orang akan pergi ke Aceh... Tujuan kami ke sana ingin melihat teman tsunami, pastu nak ziarah ulama' dan ingin melihat negeri yang menjalankan syriat Islam.. Ramai orang Indonesia berkata kalau kat Aceh setiap perempuan mesti wajib pakai tudung. Kiranya macam kat Kelantan la... Apa-apa pun aku dan sahabat aku pergi sendiri untuk menerjah dan menyaksikan sendiri dengan mata kami..

Sahabat-sahabat sekalian doakan kami sewaktu dalam perjalanan ini... Insyaallah, setelah aku pulang nanti, aku akan berkongsi serba sedikit pengalaman sepanjang aku berada di sana..

"Ya ALLAH permudahkanlah urusan kami, berikanlah kekuatan iman dan dorongan kepada kami, sesungguhnya kami dalam perjalanan mencari sebuah kehidupan yang lebih haqiqi.." Amin..


ibnumaulub
6.47pm
20-05-2009
Medan

Sabtu, 16 Mei 2009

Pautan Semasa 9 : Hari Guru.

Assalamualaikum, hari ini 16 Mei.. Mungkin ada sebilangan sahabat kita pada hari ini sedang menjawat jawatan sebagai seorang ahli parlimen atau seorang bos mahupun sebagai seorang pekerja kilang ataupun sebagai seorang anggota polis ataupun sebagai seorang guru,mungkin kita tidak menyedari bahwa hari ini adalah merupakan hari yang melahirkan kita hingga menjadi insan yang berguna.

16 Mei adalah merupakan Hari Guru.. Sesungguhnya kalaulah tiada guru yang mengajarkan kita, masakan kita boleh menjadi bos pada hari ini. Paling tidak pon, kalaulah tanpa kehadiran guru bagaimana kita boleh menjadi pekerja kilang. Sungguh pun pekerjaan yang kita yang kita lakukan pada hari ini nampak meremehkan, kalaulah tiada guru yang mengajar kira-kira, mengajar membaca apakah kita boleh menjadi diri kita pada hari ini.

Mungkin ada sebilangan dari masyarakat kita akan mengingati Hari Guru ini pada waktu sekolah sahaja. Tu pun sebab ada sambutan Hari Guru. Teringat aku pada sebuah sajak yang berbunyi "Guru, kau ibarat lilin yang membakar diri sendiri demi menerangi sekelilingmu".
Memang tidak dapat dinafikan bahwa sesungguhnya jasa guru begitu besar kepada kita. Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jadi ingatlah sebenarnya guru kita tidak pernah inginkan penghargaan akan tetapi hanyalah secebis doa. Tiadalah salahnya selepas solat kita mendoakan agar dosa guru kita diampunkan dan lebih-lebih lagi sedekahkan al-fatihah kepada guru yang telah dahulu pergi meninggalkan kita.....

Terima kasih kepada guruku :
1.Syeikh Mohamed Abd Nabi, Bilal Jamil, Ustzh Azizah,Ust Rauf,Ust Ibrahim, Ust Labib, Ust Zaid, Arwah Ust Asri dan Ustzh Nasiyah yang telah mengajarkan ilmu al-Quran khususnya tajwid dan qiraat kepadaku.

2.Ust Mohamad, Ust Esam , Ust Rosdie yang telah mengajar ilmu hadis, failasuf, mantiq, ulum quran serta ilmu siyasah kepadaku.

3.Ust Hamdan, Ust Mazlan, Ust Ali, Ust Khasful,Ust Syazwan, Ustzh Rubaiyah, Ust Husni yang telah mengajar ilmu fiqh, nahu,bahasa arab, sorof serta tafsir kepadaku.

4. Juga ucapan terima kasih kepada mereka yang tidak aku sebutkan namanya termasuk semua guruku waktu tadika,sekolah rendah, sekolah menengah serta semua pensyarah-pensyarahku sekarang ini.

P/s : Jasamu akanku kenang sampai bila-bila... (",)

Rabu, 13 Mei 2009

Jom Baca Hadis : Siri 3 ; Rukun Islam.

Abu Abd Rahman Abdullah bin Umar bin Khattab r.a berkata, aku pernah mendengar rasullah s.a.w bersabda ;

"Islam itu dibangun atas 5 dasar :
1. Penyaksian bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad
itu Rasullah.
2. Mendirikan solat.
3. Mengeluarkan zakat.
4. Melaksanakan ibadah haji.
5. Berpuasa dibulan Ramadhan.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis no 3 dalam Arbain Nawawi.

Coretan Yang Berkelana 23 : Mencari Ulama'.


Minggu lepas pada hari Sabtu, di Medan ada sebuah seminar yang berkaitan dengan persoalan bi'daah serta permasalahan furu'.


Seminar disebut dibentangkan oleh seorang ulama' yang terkenal di Malaysia serta para pelajar di Mesir yang sering bertalaqqi dengannya. Beliau adalah Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari.

Seminar itu diadakan di MUI (Majelis Ulama' Indonesia). Apa yang menyedihkan ketika aku dan temanku berada di dalam seminar tersebut, kedengaran suara 'Siapa ustaz ni?', 'Bapak ini dari mana ya?'..

Rupa-rupanya sungguh orang Medan ini, kerana tidak mengenali ulama hebat ini padahal dari negara mereka sendiri. Jadi pengajaran kepada kita agar jangan sampai alpa dengan ulama' yang ada disekeliling kita. Nauzubillah.

P/s ; Syeikh Nuruddin ni, pernah belajar di Mekah selama 16 tahun dan bertalaqqi kitab hadis termasuklah Sunnan Sittah dan sebagainya. Cubalah cari kat You tube mesti ada. ;p

Coretan Yang Berkelana 22 : Mukmin yang kuat dicintai ALLAH.

Pada minggu lepas PKPMI (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia) telah mengadakan pertandingan futsal bagi mahasiswa Malaysia yang berkuliah di Medan. Ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama orang Malaysia disamping itu menghilangkan strees belajar dan bagi semua pelajar Malaysia kat sini sihat.(",)

Jadi aku dan kawan-kawan turut masuk di dalam pertandingan tersebut walaupun tidak sampai ke separuh akhir. Biasalah lagi 3 hari nak masuk pertandingan baru nak buat team, dengan tak cukup latihan dan keserasian bermain bersama team baru tu yang kami kalah kot..huhu

Apa-apa pun teringat aku pada hadis yang aku belajar masa sekolah menengah dulu dalam subjek PQS (Pendidikan al-Quran dan Sunnah), hadis itu berbunyi "ALLAH lebih menyintai mukmin yang kuat dari mukmin yang lemah", au kama qol..

Pengajaran dari hadis tersebut, dapat kita ambil bahwa kenapa ALLAH menyintai orang mukmin yang kuat ini kerana orang kafir akan takut jika melihat orang Islam gagah. Lagi-lagi bila perang, mesti dia takut kalau orang Islam ni gagah, tegap dan bersemangat. ALLAHUA'LAM.

Sesi taklimat oleh manager kami (bro Shatir) yang pakai baju coklat tu..

Sesi pemanasan badan..

Bersungguh-sungguh la konon, sat gi masa main pancit...hehe

Nie team kitaorang PAS FC, ( Pancing and Serdang FC).
P/s; Apa-apa pun, alhamdulilah team kami semua tutup aurat..

Jumaat, 8 Mei 2009

Jom Baca Hadis ; Siri 2. Pemahaman Islam, Iman dan Ihsan.

Umar bin Khattab r.a berkata, " Suatu ketika kami para sahabat duduk disamping Rasullah s.a.w. Tiba-tiba muncul dihadapan kami seorang lelaki yang mengenakan pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan dan tidak ada seorang pun diantara kami yang mengenalnya. Ia segera duduk dihadapan Nabi, lalu lututnya disandarkan kepada lutut Nabi, kemudian berkata, 'Hai Muhammad ! Beritahukan kepadaku tentang Islam'. Rasullah s.a.w menjawab, 'Islam adalah engkau bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan ALLAH s.w.t dan sesungguhnya Muhammad itu adalah Rasul ALLAH, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa dibulan Ramadhan dan engkau menunaikan haji di Baitullah jika engkau telah mampu melakukannya'. Lelaki itu berkata, 'Engkau benar'. Maka kami hairan, ia yang bertanya ia pula yang membenarkannya.

Kemudian ia bertanya lagi, 'Beritahukan kepadaku tentang Iman. Nabi menjawab, 'Iman adalah engkau beriman kepada ALLAH, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, hari Akhirat dan beriman kepada takdir ALLAH yang baik dan yang buruk'. Ia berkata,'Engkau benar'.

Dia bertanya lagi,' Beritahukan kepadaku tentang Ihsan'. Nabi menjawab, 'Hendaklah engkau beribadah kepada ALLAH seolah-olah engkau melihat-Nya, seandainya engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihatmu.'

Kemudian lelaki itu berkata lagi,'Beritahukan kepadaku tentang bila terjadinya Kiamat'. Nabi menjawab,'Yang ditanya tidaklah lebih tahu dari yang bertanya.' Dia pun bertanya lagi,' Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!' Nabi menjawab,' Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya, jika engkau melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju serta penggembala kambing telah saling berlumba dalam mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi'.

Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam sehingga Nabi bertanya kepadaku, 'Wahai Umar, tahukah engkau siapa yang bertanya tadi?' Aku menjawab, 'ALLAH dan Rasul-Nya lebih mengetahui'. Beliau bersabda,'Ia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama kalian.".
(Riwayat Imam Muslim hadis no 2 dalam Arbain Nawawi
dan hadis no 5 dalam al-Lu'lu wal Marjan)

Rabu, 6 Mei 2009

Betul Juga 12 : Program realiti...???

Pada masa sama, jika penganjuran program TV realiti 'direhatkan' sementara, ia akan memberi peluang para peserta membuat lebih persiapan.
Para peserta contohnya, boleh berlatih menyanyi dengan lebih baik supaya terpilih pada sesi uji bakat yang akan mereka sertai seterusnya.
Stesen-stesen TV juga tentunya akan menerima kehadiran bukan sahaja muka-muka baru, tetapi juga para peserta yang lebih berbakat.
Sebab itu tidak hairanlah ramai penonton kini yang mula berasa bosan kerana para peserta yang bertanding tidak berbakat atau berdaya saing ( Sumber http://www.utusan.com.my/)

Baguskan kalau realiti ini direhatkan tapi lebih bagus kalau direhatkan langsung. Ini kerana, cuba kita lihat anak muda seusia 15 tahun sudah mula bernyanyi dan mula menjadi idola pada peringkat anak seusia mereka.. Sebenarnya, cuba kita renungi apa sebenarnya yang masyarakat kita hendak lahirkan..?

Mahu melahirkan ramai penyanyi ke? Mahu melahirkan ramai artis ke? Bukanlah hiburan itu tidak boleh, akan tetapi sampai bila kita mahu menjadi hamba kepada hiburan???
ALLAHUA'LAM...

ibnumaulub
6-5-2009
2.33pm
Medan

Pautan Semasa 8 : Kisah Tok Moh..

Timbul pula kes baru-baru ini, iaitu berkaitan tok bomoh pergi ke Dewan Undangan Negeri. Kenapa ek, tok moh tu pergi DUN?Agaknya dia nak pi tengok secara live kot macam mana ADUN ni dalam dewan...

Tapi ada pula satu laporan yang mengatakan, ada pihak tertentu yang menjemput supaya tok moh tu pi jampi kat kerusi tempat duduk seseorang. Apa-apa pun, ada fakta yang mengatakan bahwa tukang yang memberi laporan itu mempunyai saksi serta bukti yang kukuh.

Begitulah ajaran Islam yang sebenar, setiap penuduh harus mendatangkan saksi. Dan kalau kita renungkan, betul juga kata orang tua ek, "takkanlah pokok bergoyang, kalau tidak ada angin yang mengoyangkannya".( boleh jadi juga monyet kat atas pokok tu kot yang mengoyangkan)....hehehe

Oleh hal yang demikian, cuba kita renungkan firman ALLAH S.W.T dalam Surah an-Nisa', ayat 116; "Sesungguhnya ALLAH tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan ALLAH, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya." ALLAHUA'LAM.

P/s : Siapa yang jumpa bomoh serta membenarkan kata-katanya, tidak diterima solatnya selama 40 hari. Ni termasuk dalam mensyirikkan ALLAH. Nauzubillah.

ibnumaulub
6-5-2009
1.41pm
Medan

Jom Baca Hadis ; Setiap perbuatan disertai dengan niat.

Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab r.a. berkata,
aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda ;

"Sesungguhnya setiap amalan itu disertai dengan niat dan setiap
orang akan mendapat amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa
berhijrah hanya kerana ALLAH dan Rasulnya, maka hijrahnya
itu menuju ALLAH dan Rasulnya. Barangsiapa hijrahnya itu
kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin
dinikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan".

(Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadis : Abu Abdullah
Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah
Al- Bukhari dan Abul Hussain Muslim bin Al-Hajjaj bin
Muslim Al-Qusyairy An-Naisaburi, di dalam kedua kitab
tershahih di antara semua kitab hadis).

Pengajaran hadis ;

1. Membezakan antara adat dan ibadat.
2. Seandainya kita beramal dan beribadah kerana ALLAH,
maka kita akan mendapat pahala serta rahmat ALLAH.
3. Jika kita berlajar ilmu agama untuk berdebat, maka dapatlah
kita kehebatan untuk berdebat.
4. Jika kita bersedekah untuk mendapat nama, maka kemuliaan
akan kita dapat di sisi manusia.

ALLAHUA'LAM.......

Selasa, 5 Mei 2009

Pautan Semasa 7 : Minuman Ringan Pembunuh Paling Digemari .

Anda gemar minum minuman ringan atau yang biasa disebut soft drink? Coca-Cola, Pepsi, Mirinda, Fanta, Sprit, atau ratusan jenis minuman ringan yang lain? Jika jawabannya adalah 'Ya', maka hentikanlah sejenak dan bacalah pesan dibawah ini. Karena dengan mengkonsumsi minuman ringan, bisa jadi anda telah meracuni tubuh anda sendiri tanpa disadari.

Sebelumnya, seberapa jauh anda paham dengan istilah 'minuman ringan'? Perlu diketahui, dinamakan minuman ringan karena minuman-minuman tersebut mengandung sedikit sekali bahan makanan yang berkhasiat tetapi mengandung sangat banyak bahan makanan yang merugikan bagi kesehatan tubuh. Disebut 'ringan' karena kurangnya vitamin, zat dan kebutuhan yang penting bagi tubuh manusia.

Tahukah Anda?
Pada tahun 1969, lebih 50% bayi di Zambia dilaporkan kekurangan zat karena para ibu yang menyusui bayinya adalah penggemar minuman ringan seperti Coke dan Fanta. Malah kebanyakan ibu-ibu ini menggunakan kedua jenis minuman tersebut sebagai pengganti susu. Akibatnya, Rumah Sakit di Zambia banyak dipenuhi oleh bayi-bayi yang kekurangan zat makanan dan disebut sebagai Fantababy.

Pada tahun 1992, Pemerintah Singapura telah melarang penjualan semua jenis minuman ringan berkarbonat dijual di sekolah-sekolah di negara tersebut. Peraturan tersebut dilegalkan apabila minuman tersebut didapati mengandung lebih 10% gula yang mengakibatkan obesitas.

Sedangkan pada tahun 1993, sebuah lembaga kesehatan gigi anak di Inggris, Child Dental Health menyatakan bahwa 20% anak-anak yang meminum minuman ringan mengalami kerusakan gigi. Dari hasil penelitiannya didapat, bahwa kerusakan gigi awalnya berlangsung dalam waktu 45 menit sesudah minum dan proses kerusakan selanjutnya berlangsung selama sekurang-kurangnya satu jam.


Kandungan dan Implikasi Minuman Ringan
Gula merupakan unsur yang 'wajib' ada dalam minuman ringan. Menurut penelitian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Malaysia, terdapat antara 4 sampai 15 sendok teh gula pada setiap 300 hingga 500 ml minuman ringan yang dikeluarkan. Padahal, kadar penggunaan gula yang dibenarkan dalam satu hari hanya antara 8 sampai 11 sendok teh saja.

Gula merupakan bahan yang mampu dengan mudah merusakkan gigi, menambah resiko diabetes, sakit jantung, masalah kulit dan seribu satu penyakit lain yang tidak kalah bahayanya bagi tubuh manusia. William Dupty dalam bukunya yang berjudul Sugar Blues menyatakan bahwa, "... seperti ganja, morfin dan heroin, gula seperti candu yang membuat ketagihan dan mampu membinasakan..." dan Beatrice Hunter dalam bukunya yang berjudul Consumer Beware menyatakan, "... penyakit limpa selalu dialami oleh kalangan remaja yang banyak mengkonsumsi minuman ringan..."

Masih menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang, minuman ringan juga mengandungi sejenis bahan pengawet yaitu sodium benzoid (E211) yang juga dikenal sebagai asid benzoid. Campuran asid ini diyakini bisa menjadi penyebab asma, dan hyperaktif kepada anak-anak dan sebagian orang dewasa. Entah di Indonesia, sebuah survei dan penelitian di Malaysia mendapati bahwa, paling kurang ada 14 merk minuman ringan di pasaran Malaysia mengandung bahan kimia tersebut. Meski demikian, dijelaskan bahwa batas penggunaan asid benzoid yang dibenarkan adalah 350ppm.

Hasil uji terbaru Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga mendapati bahwa beberapa jenis minuman ringan turut mengandung bahan kimia yang berbahaya bagi kesehatan. Antara lain tartazine, yaitu pewarna oranye kekuningan yang telah dilarang penggunaannya di Norwegia dan Finlandia karena diyakini menjadi penyebab bengkak kulit dan penyakit mata.

Zat pewarna sunset yellow juga telah dilarang di Norwegia, Finlandia dan Swedia karena diyakini mengakibatkan kanker. Sementara pewarna merah carmoisine dilarang di Amerika Serikat dan Canada karena diyakini bisa mengakibatkan keracunan makanan dan kanker.

Sadar sebelum menyesal
Kesadaran akan pentingnya memilih makanan dan minuman yang menyehatkan kadang sangat sulit bagi sebagian orang. Minuman ringan tidak berbeda jauh dengan penggunaan rokok. Kedua merupakan 'pembunuh' yang sangat digemari oleh pengkonsumsinya. Gaya hidup yang seringkali mendesak kita untuk mencari makanan dan minuman 'segera' (fastfood) sering mengelabui mata sehingga kita gagal mencerna, mana makanan dan minuman yang berkhasiat serta tidak merugikan, atau pun sebaliknya. Jadi, minumlah untuk hari ini, tapi pikirkan juga agar anda tetap bisa terus minum pada hari esok!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails