Selasa, 19 Oktober 2010

Lirik Puitis 14 : Terima Kasih.




Kerana kau kekasih
Bermunajat di sepertiga malam
Memohon wangi bunga di kaki syurga

Bagi menyerikan perasaan
Bagi mendewasakan percintaan

Terima kasih
Kerana merantai ku dengan cinta
Kerana mengajar ku erti bahagia
Menjadi manusia

By : Loving Born

Isnin, 18 Oktober 2010

Jom Baca Hadis 27 : Mencari Cinta Allah.



Dari Abul-Abbas Sahl bin Sa’d As-Sa’idi rodhiallohu ‘anhu dia berkata: 

Seorang laki-laki datang kepada Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, tunjukkan aku suatu amal, jika aku lakukan akau akan dicintai Alloh dan dicintai oleh manusia. “Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Zuhudlah terhadap dunia, niscaya dicintai Alloh dan zuhud lah terhadap apa yang dimiliki orang lain, niscaya mereka akan mencintaimu”

(Hadits hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan imam yang lainnya dengan sanad yang shahih)
 

Rabu, 13 Oktober 2010

Coretan Yang Berkelana 86 : Berkelana ke Barus 2.



Kami mula bertolak dari Medan kira-kira jam 10pm, dalam rombangan ini bersamaku ada 5 orang lagi iaitu Hilmi, Pak Budi, Pak Umar, Pak Agus dan Pak Rudi. Kami melewati jalan menuju ke Parapat. Kami tiba di Parapart jam 2am. Lalu kami berhenti sebentar untuk menjamu selera. 



Kereta kami dipandu oleh Pak Agus. Beliau mahir selok-belok perjalanan daerah Sumatera Utara. Ini merupakan suatu kelebihan bagi kami untuk berhenti makan, kerana di Sumatera Utara dalam pencarian makanan adalah suatu perkara yang bebahaya. Ini kerana daerah kawasan Parapat dikatakan masih lagi kuat dalam amalan mistik atau santau.



Setelah itu kami meneruskan perjalanan menuju ke Sibolga, kira-kira jam 8am kami sampai ke Sibolga. Kami berhenti singgah di rumah teman Pak Budi. Pak Don menjemput kami untuk bersarapan di rumahnya. Kemudian kami beristirehat dan mandi. 



Sewaktu di rumahnya kami banyak berdiskusi tentang hal-hal agama. Kalau di Indonesia ini, kalau disebut orang agama maka banyak pecahan orang agama itu. Ada yang hanya paham Fiqh, Tasawuf, Usul dan Tariqoh. Kami bertukar-tukar pendapat.

Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Barus. Perjalanan dikatakan hampir 2 jam. Alhamdulilah kami tiba di Barus, kira-kira jam 2.30pm. Kami menziarahi rumah Ummi, iaitu isteri kepada Arwah Mursyid Pak Budi sambil menunggu Pak Abdullah.




Pak Abdullah adalah anak kepada Ummi yang juga selaku Juru Kunci maqam yang mahu kami ziarah itu. Dan sebelum kami mahu menaiki puncak maqam itu, kami disarankan untuk mengambil wudu'. Agar kami bersih dari segala kotoran.




Kami memulakan penjalanan menaiki tangga menuju ke maqam pada jam 4.30pm. Alhamdulilah kami selamat tiba di puncak maqam itu pada jam 6pm. Dikatakan ketinggian maqam itu 400meter dari aras laut. Sampai sahaja dimaqam itu, kami diminta untuk menanggalkan selipar. 



Ini adalah antara adab-adab yang perlu dilakukan oleh setiap penziarah yang mahu menziarahi maqam tersebut. Kami memberi salam kepada ahli kubur dan duduk mengenang bagaimana perjalanan menuju ke akhirat nanti.



Maqam yang panjang ini dikatakan Syeikh Mahmud yang meninggal pada 47 hijrah. Dan 5 lagi kubur ditepinya adalah anak muridnya. Beliau dikatakan datang dari Hadhratmaut dan tiba di Barus untuk menyebarkan dakwah. Ada juga yang berpendapat beliau ini dari kalangan sahabat atau paling tidak dari kalangan tabi'in. 

Cuma apa yang sukar untuk dilogikkan akal, bagaimana maqam ini boleh berada di puncak gunung. Persoalan ini tidak dapat dirungkai dari kaca mata logika. Cuma boleh dikata dari sudut ilmu tauhid ia adalah karomah dari Allah kepada kekasihnya. 

Melihat maqam yang panjang ini, terasa dibenak hati kecil, "hebat sungguh perjuangan orang-orang yang terdahulu dalam menyebarkan dakwah Islam"."Apakah aku bisa menelusuri liku-liku perjalanan seperti mereka?". "Ya Allah kuatkan aku dalam mengikuti perjalanan kekasih-kekasihMu itu". Amin.



Kira-kira hampir Maghrib kami mula turun dari puncak permaqaman. Dan kami singgah di rumah Pak Abdullah untuk mandi,solat dan makan malam. Pada jam 10pm kami pulang menuju ke Medan. Allahua'lam.








" perjalanan para-para pencari Tuhan"
ibnumaulub
8.45pm (Wib)
8-10-2010
Barus, Sumatera Utara.

Khamis, 7 Oktober 2010

Coretan Yang Berkelana 85 : Berkelana ke Barus.


Insyallalh aku dan Tuan Guru ku bersama dengan Hilmi teman baikku akan berangkat ke Barus pada sebentar lagi kira-kira jam selepas Maghrib. Tujuan kami ke sana ingin menziarahi alim ulama' serta para kiyai yang ada di sana. Perjalanan dikatakan hampir 14 jam. Dan kami akan melalui Sibolga.

Tujuan ke sana dalam rangka ingin bertemubual tentang kedatangan Islam di Nusantara serta ingin menambah sedikit pengalaman dan ilmu tentang apa yang dikatakan Islam di Nusantara. Sahabatku sekalian doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang. Insyallah kami akan kembali ke Medan pada malam Sabtu, insyallah. Allahua'lam.


" Para pencari Tuhan "
ibnumaulub
6.19pm (Wib)
7-10-2010
Medan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails