Khamis, 29 April 2010

Pautan Semasa 31 : Kematian adik Aminulrasyid...?



Hangat diperkatakan buat masa ini. Seorang pelajar yang berusia 14 tahun ( Aminulrasyid ) dikatakan mati ditembak oleh sekumpulan polis yang membuat rondaan pada malam kejadian. Arwah dikatakan memandu kereta tanpa lesen bersama dengan rakannya kemudian melanggar sebuah kenderaan dan melarikan diri dengan melanggar lampu isyarat merah walapun pihak polis telah meminta kereta yang dipandunya berhenti.

Maka terdapat beberapa spekulasi diantara pihak polis dan keluarga arwah Aminulrasyid serta beberapa laporan akhbar. Apa yang boleh dirungkaikan, bagaimana perjalanan kematian adik Aminulrasyid ini. Secara jujur dan telus, wujud kesilapan dipihak arwah dan pihak polis.

Kesalahan arwah ;
1. Memandu tanpa lesen.
2. Melanggar kenderaan dan melarikan diri.
3. Tidak berhenti di saat pihak polis meminta berhenti.
4. Melanggar lampu isyarat merah.
5. Memandu dalam keadaan bahaya.

Tanggapan pihak polis sehingga mengeluarkan pistol lalu menembak arwah '
1. Suspek tidak memberhentikan kereta.
2. Melanggar lampu isyarat merah.
3. Melanggar sebuah kenderaan.
4. Suspek seperti dalam keadaan membahayakan pihak polis.
5. Kelihatan mencurigakan seperti penyamun yang membawa senjata.

Apa-apa pun segala teori yang difikirkan, hanya arwah dan pihak polis pada malam itu sahaja mengetahui keadaan sebenar. Pada hemat aku, kes ini perlu diselesaikan dengan cermat dan aman. Keadilan perlu ditegakkan. Undang-undang perlu dilaksanakan. Kaji selidik serta penyiasatan yang telus perlu dilakukan. 

Apa-apa pun al-fatihah kepada arwah adik Aminulrasyid semoga rohnya aman di negeri yang baharu. Dan kepada pihak polis, jika anda telah melakukan kerja yang sepatutnya tahniah ku ucapkan. Kerana anda mendaulatkan undang-undang dengan cepat, bersih dan amanah.

Tapi jika anda tersilap langkah, maka boleh mengundang kebencian rakyat pada anda. Dan jangan sampai kedengaran ayat " Polis Raja di Malaysia", seperti yang daku sering dengar dari mulut-mulut mereka di keda kopi. Kerna, aku sayangkan negaraku yang tercinta ini. Hidup Islam, Bangsaku dan Tanah Airku.. Allahua'alam.

"Jauhi mencari seteru dalam menempuh hidup bersatu"
aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.56pm
29-4-2010
Shah Alam

Pautan Semasa 30 : Peringatan kepada Warga Shah Alam.

Harap ibu bapa sentiasa berwaspada, jerat tidak pernah lupakan pelanduk.

Assalammualaikum & SS,

Anak lelaki saya hampir dilarikan/diculik oleh sebuah van berwarna putih petang semlm.
Saya tak pandai bercerita, tapi saya ada buat lakaran dlm PPT (attachment) untuk adegan kejar mengejar antara anak saya dengan van tersebut, dan beliau hampir ditarik masuk ke dalam van.

Kejadian
Tarikh: 21 April 2010 (Rabu)
Masa : 7.00 – 7.30pm (Selepas kokurikulum)
Lokasi: Berhampiran Sek Keb Sek 19
Suami saya lewat sedikit tiba menjemput anak saya di sekolah kerana baru pulang dari kerja.
Anak lelaki saya berumur 12 tahun dengan ketinggian 165cm.
Setelah berjaya menyelamatkn diri dari van tersebut, anak saya berjalan kaki dari Sek 19 ke U12. Tiba dirumah jam 9.30 malam.
Ketika itu saya dan suami berada di Sek 19 sehingga jam 10 malam mencari beliau di sekolah & rumah kawan-kawannya dan sekitarnya

Van
Warna : Putih
Model : Vannete
Pemandu : Lelaki berbangsa India, memakai singlet putih, tubuh gempal, berambut pendek dan jambul berwarna perang.
Penumpang: Seorang lelaki berbangsa India disebelah pemandu, dan beberapa org lg di tempat duduk penumpang (tidak pasti).
(No offence)

Laporan Polis
Saya telah ke Balai Polis Sek 15 jam 7.25 pagi tadi. Polis menasihat agar laporan dibuat.
Tetapi anak saya saya masih dalam keadaan ketakutan dan tertekan. Saya juga masih dalam ketakutan.

Kejadian Serupa
Tidak silap saya Dr. Adriana pernah menghantar email (tahun lepas) tentang kejadian yang serupa yg menimpa anak jiran nya (lelaki) berumur 12 tahun di Sek 7.
Kejadian juga semasa Maghrib. Van berwarna putih dipandu lelaki berbangsa India.
Tetapi budak lelaki tersebut dapat menyelamatkan diri setelah melepaskan ikatan tangan dan lari dari van tersebut semasa van berhenti di traffic light Padang Jawa.

Saya berharap tiada lagi kejadian yang serupa berlaku. Maklumkan kepada rakan, jiran, saudara dan anak-anak kita agar lebih berwaspada.

Rabu, 28 April 2010

Coretan Yang Berkelana 66 : Kenapalah susah sangat nak berurusan dengan " mereka ".


Sekadar gambar hiasan.

Mungkin kalimah di atas sering kali kita ungkapkan apabila berurusan dengan pihak kerajaan.  Sebelum itu, aku ingin meminta maaf dahulu. Bukanlah semua pekerja mahupun mereka yang di bawah kerajaan macam itu. Tapi rata-ratanya. 

Seharian dari pagi hingga ke petang semalam aku menguruskan pinjaman MARA adik aku serta membuat permohonan zakat bagi kemasukan adikku ke IPTS baru-baru ini. Entahlah, mungkin bagi pendapat aku, sesiapa yang berkhidmat di bawah perkhidmatan awam ini mesti service-nya  tak berapa bagus.

Aku sendiri mengalami banyak pengalaman, antaranya ; pernah 4 tahun dahulu aku mendapat sebuah cek dan aku perlu berurusan dengan ( sebuah bank kerajaan ), secara jujurnya aku manalah pernah dapat cek kemudian lepas aku pergi ke kaunter itu, tiba-tiba dia marah aku kenapa aku tak sain kat belakang cek tu. Kan pelik... Kenapa perlu mesti marah-marah???

"Berurusan dengan ( bank kerajaan ) memang memerlukan kesabaran yang tinggi ", kata seorang pak cik kepada aku masih terngiang-ngiang sampai sekarang. Ini benar-benar amat berbeza dengan bank CIMB dan AL-Rajhi. Ketika aku berurusan dengan bank tersebut, aku dilayan dengan begitu baik sekali. Entahlah mungkin rezki aku kot dapat layan yang baik.

Sama juga dengan kes permohonan zakat aku sendiri, masa 2 bulan lepas. Mula-mula aku pergi dia kata semua borang kena cop. Pastu kali kedua, surat tawaran belajar mesti bawak. Kali ketiga, borang ini kena hantar dekat kaunter zakat daerah. Kali keempat, surat pengesahan belajar dari kedutaan mesti ada. Hah!!! Kan memang BEST berurusan dengan pihak wakil kerajaan macam ni.... 

Apalah salahnya, masa mula-mula aku datang cek betul-betul borang aku mana yang kurang. Kemudian bagi sedikit catatan mana yang perlu aku lengkapkan. Tapi mereka memang menyuruh semua yang berurusan dengan mereka masuh syurga, dengan kesabaran yang begitu agung...

Dan ada lagi begitu banyak contoh yang mungkin datang dari pihak kalian yang sedang membaca coretan ku yang tidak seberapa ini. Cuma jika anda wakil kepada orang di atas aku ingin meminta maaf jika anda terasa akan tetapi apa yang aku ingin sampaikan hanya sebuah realiti yang sedang berlaku. 

Ini kerana, aku sudah letih membuat pengurusan di Indonesia, dalam hatiku berkata kenapalah teruk sangat Indonesia ni tak macam kat Malaysia, senang gila. Rupa-rupanya lebih kurang dan tidak mustahil lebih teruk dari Indonesia. Aku sebenarnya sayangkan negara aku, dan tidak mahu mereka yang datang ke Malaysia, dan apabila membuat pengurusan dengan ( pihak kerajaan ) ini, secara tidak langsung boleh membuat nama negara kita hina dari sudut pengurusan...

aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
4.39am
28-4-2010
Shah Alam

Sabtu, 24 April 2010

Coretan Yang Berkelana 65 : Ketenangan dari Allah.


Pagi semalam aku mendapat satu panggilan oleh seorang mak cik. Dalam telefon mak cik itu meminta untuk aku bertemu dengan dia dalam keadaan suara yang begitu sebak. Kira-kira jam 11.00am aku terus ke Kampung Baru untuk bertemu dengan mak cik tersebut. 

Sampai sahaja dirumah mak cik itu, aku menekan loceng serta memberi salam. Mak cik kemudian membuka pintu dan mempersilakan aku masuk. Sedang menaiki tangga naik kerumahnya, dia berkata, " Dah lama nak jumpa ustaz, tapi tak naklah ganggu ustaz pasal ustaz kan sibuk".

Sampai je di atas rumahnya, beliau mempersilakan aku untuk duduk, tiba-tiba dia terus menangis. Beliau menceritakan bahwa anak lelakinya sudah melarikan diri dari rumah kira-kira jam 2.00am pagi tadi. Aku pun bertanya bagaimana mak cik yakin dia lari rumah. Mak cik itu menjawab, baju dalam almarinya semua sudah tiada serta geran keretanya sekali.

Secara jujurnya, aku memang sudah sedia maklum dengan perangai anak mak cik ini. Sebelum ini mak cik tersebut kerap menelefon aku untuk meminta doa-doa pelembut hati, ini berikutan anaknya agak degil dan kurang mendengar tegurannya. Lalu aku dengan segera menenangkan mak cik tersebut dan berkata, " Mak cik jangan risau, insyallah dia balik nanti".

Saya akan cuba mencari dia bersama dengan sahabat-sahabat saya yang lain. Dan disamping itu nanti kami buat solat hajat agar dia pulang ke rumah. Sedang asyik dia menceritakan keadaan anaknya, timbul sesuatu di dalam benakku. Mak cik ni mempunyai begitu banyak rumah sewa, mendapat pencen dari kerajaan, mempunyai banyak kebun buah-buahan serta memakai kereta Volvo yang agak mewah. 

Tapi ada sesuatu yang kurang dalam hidupnya. Iaitu tidak mempunyai ketenangan hati dalam mendidik anaknya. Memang benar keadilan Allah s.w.t itu. Rata-rata orang yang kaya dan mewah jarang mendapat ketenangan hati yang begitu mengasyikkan serta hatinya sering risau dan gusar. Teringat aku akan sepotong ayat al-Quran :

" Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa. " (al-Furqon : 74)

Ini berlainan dengan orang yang kurang senang dan mewah. Walaupun duit tiada ditambah lagi banyak hutangnya, tapi hati golongan ini sentiasa tenang. Ini kerana, nikmat ketenangan itu datang dari Allah dan Dia akan memberikan kepada sesiapa sahaja ketenangan itu. Allahua'lam.

Ketenangan nikmat besar dari Allah.
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.50am
24-4-2010
Shah Alam

Rabu, 21 April 2010

Coretan iLmiah 3 : Kewarasan akal mendatangkan keimanan yang teguh.


Kalau kita perihatin dengan keadaan sekeliling, kita akan menjumpai perkara sedemikian yang akan aku coretkan sebagai perkongsian untuk kita bersama. Aku sering terlihat stiker di belakang kereta yang bertuliskan " Hinduism the way of life". Dan benda yang paling mudah kita lihat, kalau pergi ke kedai-kedai cina, akan ada rumah berhala kecik mereka dihadapan kedai. 

Sama juga keadaan yang menganut Kristian, tidak malu untuk memakai rantai lambang salib mereka. Dan apabila melihat semua keadaan diatas ini, hati kecilku sering berkata, "taatnya mereka pada agama mereka". Ya Allah, berikanlah kekuatan yang kuat dalam melaksanakan ketaatan kepada Mu ya Allah. 


Sering kali aku menceritakan kepada sahabat-sahabat usrohku. Bayangkanlah kenapa mereka penganut agama lain, begitu taat dalam melaksanakan suruhan agama mereka tanpa begitu banyak soal bicara. Dalam pada itu juga, aku membuat satu kesimpulan yang tidak seberapa. 

Iaitu, sebenarnya untuk mendapatkan suatu keimanan yang teguh dan sempurna memerlukan kewarasan akal untuk berfikir tentang kejadian alam serta suruhan dari Sang Pencipta. Maksudnya begini, di dalam melaksanakan suatu suruhan dan syariat Islam, kita janganlah alpa dengan hikmah disebalik setiap suruhan tersebut.


Ini kerna, setiap apa yang dibawakan oleh Rasullah s.a.w itu, adalah merupakan wahyu yang agung serta rahmat untuk seluruh alam. Aku merasa begitu bersyukur sangat-sangat kerna lahir-lahir sahaja sudah memeluk Islam. Kerna aku sering terbayangkan, seandainya aku bukan dilahirkan sebagai seorang Islam, adakah aku akan mencari apa erti Islam itu pada masa kini. 

Banyak lagi pengajaran yang dapat kita ambil dari syariat yang dibawa oleh Rasullah serta  kepelikkan setiap ajaran yang ada pada agama selain dari Islam. Antara contoh yang inginku ambil, tentang fitrah berkahwin. Di dalam Hindu, Buddha serta Kristian melarang tokoh agama mereka berkahwin. Ini menyalahi fitrah kemanusian serta berbeza dengan Islam, kerna Islam menyuruh umatnya berkahwin hatta termasuk ulama'.


Sekian sahaja coretan ku yang tidak seberapa ini, pabila datangnya hidayah, maka peganglah dengan erat-erat agar ia tidak pergi begitu sahaja. Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.25am
21-4-2010
Shah Alam

Selasa, 20 April 2010

Jom Baca Hadis : Siri 20 , Haramnya memaki Muslim lain tanpa hak.

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. katanya, Rasullah s.a.w bersabda :

" Memaki hamun orang Islam itu fasik (keluar dari ketaatan kepada Allah ) dan membunuhnya pula adalah kufur".

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Sabtu, 17 April 2010

Coretan Yang Berkelana 64 : Skesta perjalanan suatu malam.

Kira-kira jam 9.30pm aku, Shaifullah, Azim dan Afham bergerak ke Dataran Merdeka pada malam tadi. Bukan apa, dah lama rasanya aku sakit dan duduk di rumah jadi kami pun terasa ingin berjalan malam dan mengambil angin sambil melihat telatah masyarakat malaysia yang gemar melepak serta membuang masa.

Sampai sahaja di dataran, kami duduk di area bangunan no 2, kemudian berborak-borak tentang bisnes + dengan bicara agama secara santai. Sedang asyik kami berborak dan berdiskusi datang seorang India meminta duit RM 2 kepada kami. Jadi aku pun dengan segera bertanya untuk buat apa dengan duit tersebut. 


Dia menjawab untuk membeli makanan. Kemudian aku terlihat kad muallaf yang dikeluarkan oleh pihak Perkim. Terus aku meminta kad tersebut. Tertera  nama "Muhammad Anis Bin Abdullah" , lalu aku bertanya, "kamu Islam ke?". Pemuda India itu pun menjawab ya dia Islam. Untuk menghilangkan rasa sangsi pada hatiku, aku menyuruh dia mengucap. Lalu dia pun mengucap dengan begitu sempurna.


Kemudian kami bertanya dia tinggal dimana, kerja apa, solat ke tak, faham tak tentang Islam, keluarga marah tak masuk Islam, masuk Islam atas sebab apa? Dia menjawab, dia tinggal di Hicom, tidak duduk dengan keluarga kerna keluarga masih lagi Hindu lantaran tidak selesa, sudah mula memahami Islam dengan lebih mendalam. Solat tidak pernah tinggal  dan sering solat berjemaah di Masjid Negara.

Dan sebuah jawapan yang begitu membuat kami begitu malu, apabila beliau menjawab beliay masuk Islam kerana wujud ketenangan di dalam Islam. Kerana beliau sudah memasuki berbagai agama, dan agama yang paling menenangkan jiwa adalah agama Islam. Setelah berbual begitu lama, kami memberi beliau sedikit duit untuk dia makan, kemudian lelaki India itu terus beredar. 

Kira-kira jam menunjukkan jam 11.45pm pihak Polis menghalau orang ramai yang duduk melepak di kawasan dataran tersebut. Maka, aku dan kawan-kawan pun teruslah beredar memang dalam perancangan pun, dalam jam 12am kami hendak pulang kembali ke Shah Alam. 

Sedang dalam perjalanan ke Tasik Permaisuri di Cheras untuk menghantar Shaifullah, tiba-tiba kereta yang ku pandu mengeluarkan bunyi pada bahagian tayar belah kanan, makin lama makin kuat. Hati jadi makin tidak selesa. Lalu aku memberikan isyarat ke kiri untuk memberhentikan kereta dan melihat apakah yang menyebabkan bunyi begitu kuat sekali.


Alangkah terkejutnya kami, apabila melihat dibahagian tayar depan, kami mendapati "drive shaft" keretaku sudah patah. Ya Allah, mujur aku memandu begitu perlahan. Sungguh besar kekuasaan Allah menyelamatkan kami dari berlaku apa-apa kemalangan. Alhamdulillah.


Kemudian datang seorang "brother towing" menghulurkan bantuan. Jadi kereta aku ditowing sampai ke bengkel. Kemudian kami diambil oleh seorang sahabat dari Shah Alam dan kami terus pulang ke rumah. Kira-kira jam 5.00am aku sampai dirumah. Alhamdulilah.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
9.19am
17-4-2010
Shah Alam

Selasa, 13 April 2010

Renungan Sejenak 27 : Realiti " Dont jugde a book by its cover ".


Sering kali kita mendengar ucapan ini, "dont jugde a book like its cover". Yang lebih membawa erti "jangan menghukum sesuatu dari luaran. Tidak ketinggalan dari itu, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud " Allah tidak memandang rupa paras seseorang itu dari luaran, bahkan yang Allah hanya memandang seseorang itu dari hati dan amalannya". ( Disyorkan untuk dibaca sampai habis, jangan baca separuh)

Jadi secara realitinya, sering kali kita mendengar beberapa golongan yang mengungkapkan kalimah sedemikian. Sedari pengalaman aku yang sedikit ini, aku sendiri pernah menghadapi golongan seperti yang di atas ini.

Iaitu golongan wanita dan lelaki yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Seperti tidak memakai tudung, dan lelaki yang sering memakai seluar pendek dan bersubang dan sebagainya. Pabila didendangkan dengan teguran yang hikmah, mereka hanya membalas, "alah rileks lah ustaz, walaupun kami tak tutup aurat ni, kami still solat tak pernah tinggal, lagi pun Allah pandang amalan kita, bukan lihat luaran, budak-budak yang pakai tudung tu lagi ramai tak solat".

Jadi apabila dilemparkan dengan jawapan yang sebegitu, aku hanya tersenyum dan memberikan sedikit ulasan terhadap penyataannya tadi. " Ya, memang benar jawapan anda itu." Tapi cuba bayangkan ketika anda pergi ke sebuah pasaraya dan membeli barang, lalu setelah membayar barang itu kemudian dimasukkan ke dalam plastik dan anda diberikan sehelai resit.

Kemudian anda keluar dari pasaraya, tiba-tiba anda ditahan oleh pegawai keselamatan dan menuduh anda mencuri lalu meminta resit sebagai bukti dari pembelian anda. Nak dijadikan cerita, resit anda hilang. Maka sahlah anda sebagai seorang pencuri kerana tidak cukup bukti untuk mengatakan anda membeli barang itu dengan sah.

Tapi, jika anda mempunyai resit maka anda akan terselamat dari tuduhan pegawai keselamatan yang mengatakan anda mencuri barang tersebut. Secara kesimpulannya, begitulah dalam kehidupan beragama. Tidak cukup dengan solat fardhu, solat sunat, zakat, haji, puasa jika anda belum menyempurnakan suruhan agama walaupun ia begitu kecil. Kerna setiap suruhan yang kita tunaikan menjadi lambang bukti dihadapan Robbul Jalil.

Realiti "dont jugde a book by its cover" mungkin hanya boleh dipraktikkan dalam sesetengah kehidupan kita sahaja. Memang benar hadis nabi itu, "Allah tidak memandang luaran kamu, tetapi Allah memandang hati dan amalan kamu". Hadis ini lebih tepat untuk dipraktikkan dalam kehidupan untuk beramal soleh kepada Allah.


Ini kerana Allah tidak memandang ketidak henseman kita dan kemiskinan serta kesusahan apatah lagi kekayaan yang kita ada. Akan tetapi Allah lebih memandang keikhlasan kita dalam beribadat kepada Allah. Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.29am
13-4-2010
Shah Alam

Sabtu, 10 April 2010

Pautan Semasa 28 : Jari dibedah kerana SMS.


CHICAGO – Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS. Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit.

Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel. Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap. “Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh,” katanya.

Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu. Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik. – Agensi

Khamis, 8 April 2010

Coretan iLmiah 2 : Matenatik dalam al-Quran


Dr Tariq Al Swaidan menemukan beberapa ayat dalam Al-Quran yang menyebutkan satu hal yang sama dengan yang lain, iaitu jumlah kata-kata untuk laki-laki dan perempuan equal.Although ini masuk akal secara matematik, fakta mengejutkan adalah bahawa jumlah kali kata orang muncul dalam Quran adalah 24 dan berapa kali muncul kata wanita juga 24, oleh kerana itu tidak hanya ini ungkapan yang benar dalam pengertian gramatikal tetapi juga benar secara matematik: 24 = 24.

Setelah analisis lebih lanjut berbagai ayat, ia menemukan bahawa ini adalah konsisten sepanjang turun Quran, di mana ia mengatakan satu hal seperti yang lain. Lihat di bawah untuk mendapatkan hasil menakjubkan: –

Jumlah perkataan di dalam Al-Quran:

Dunia 115 . Akhirat 115
Malaikat 88 . Syaitan 88
Hidup 145 . Mati 145
Manfaat 50 . Korup 50
Manusia 50 .Rasul 50
Iblis 11 . Carilah perlindungan dari Iblis 11
Musibah 75 . Terima kasih 75
Sedekah 73 . Kepuasan 73
Orang yang disesatkan 17 . Orang Mati 17
Muslimin 41 . Jihad 41
Emas 8 . Kehidupan senang 8
Magik 60 . Fitnah 60
Zakat 32 .Barakah 32
Fikiran 49 . Cahaya 49
Tongue 25 . Sermon 25
Berani 8 . Takut 8
Public speaking 18 . Publicising 18
Hidup susah 114 . Bersabar 114
Lelaki 24 . Perempuan 24

Dan cukup luar biasa kita lihat berapa kali kata-kata berikut muncul: – Solat 5; 12 Bulan; Hari 365;

Laut 32, Tanah 13; Laut + tanah = 32 13 = 45% Laut = 32/45 * 100 = 71,11111111%
Tanah = 13/45 * 100 = 28,88888889 = 100.00
Ilmu pengetahuan moden baru-baru ini membuktikan bahawa air meliputi 71,111% dari bumi, sedangkan tanah meliputi 28,889%. Adakah ini suatu kebetulan?
Siapa yang mengajar Nabi Muhammad (saw) semua ini?
Allah, Yang Maha Kuasa Semua mengajarnya ini. Sebagaimana Quran mengatakan kepada kita.

Selasa, 6 April 2010

Coretan Yang Berkelana 63 : Kini daku kembali.

Setelah lebih kurang sebulan aku menyepikan diri kerana atas faktor-faktor kesihatan dan ditambah dengan masalah pembayaran internet, kini insyallah aku akan kembali di dalam wadah penulisan.

Terima kasih kepada sidang pembaca sekalian yang sudah sekian lama memperhatikan serta mengikut perjalanan penulisan aku ini. Untuk pengetahuan kalian, kesihatan aku belum pulih sebaiknya. Tapi aku bersyukur kerna sudah berkurang sedikit derita ujian ini.

Insyallah dengan berkat doa dari sahabat-sahabat sekalian, insyallah aku sembuh dengan izin dan kurniaan-Nya Yang Maha Penyembuh. Amin. Aku cuba meneruskan penulisan aku ini yang sudah lama terhenti. Kerna, "Dakwah Jalan Kita".Wassalam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.56am
6-4-2010
Shah Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails