Sabtu, 24 April 2010

Coretan Yang Berkelana 65 : Ketenangan dari Allah.


Pagi semalam aku mendapat satu panggilan oleh seorang mak cik. Dalam telefon mak cik itu meminta untuk aku bertemu dengan dia dalam keadaan suara yang begitu sebak. Kira-kira jam 11.00am aku terus ke Kampung Baru untuk bertemu dengan mak cik tersebut. 

Sampai sahaja dirumah mak cik itu, aku menekan loceng serta memberi salam. Mak cik kemudian membuka pintu dan mempersilakan aku masuk. Sedang menaiki tangga naik kerumahnya, dia berkata, " Dah lama nak jumpa ustaz, tapi tak naklah ganggu ustaz pasal ustaz kan sibuk".

Sampai je di atas rumahnya, beliau mempersilakan aku untuk duduk, tiba-tiba dia terus menangis. Beliau menceritakan bahwa anak lelakinya sudah melarikan diri dari rumah kira-kira jam 2.00am pagi tadi. Aku pun bertanya bagaimana mak cik yakin dia lari rumah. Mak cik itu menjawab, baju dalam almarinya semua sudah tiada serta geran keretanya sekali.

Secara jujurnya, aku memang sudah sedia maklum dengan perangai anak mak cik ini. Sebelum ini mak cik tersebut kerap menelefon aku untuk meminta doa-doa pelembut hati, ini berikutan anaknya agak degil dan kurang mendengar tegurannya. Lalu aku dengan segera menenangkan mak cik tersebut dan berkata, " Mak cik jangan risau, insyallah dia balik nanti".

Saya akan cuba mencari dia bersama dengan sahabat-sahabat saya yang lain. Dan disamping itu nanti kami buat solat hajat agar dia pulang ke rumah. Sedang asyik dia menceritakan keadaan anaknya, timbul sesuatu di dalam benakku. Mak cik ni mempunyai begitu banyak rumah sewa, mendapat pencen dari kerajaan, mempunyai banyak kebun buah-buahan serta memakai kereta Volvo yang agak mewah. 

Tapi ada sesuatu yang kurang dalam hidupnya. Iaitu tidak mempunyai ketenangan hati dalam mendidik anaknya. Memang benar keadilan Allah s.w.t itu. Rata-rata orang yang kaya dan mewah jarang mendapat ketenangan hati yang begitu mengasyikkan serta hatinya sering risau dan gusar. Teringat aku akan sepotong ayat al-Quran :

" Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa. " (al-Furqon : 74)

Ini berlainan dengan orang yang kurang senang dan mewah. Walaupun duit tiada ditambah lagi banyak hutangnya, tapi hati golongan ini sentiasa tenang. Ini kerana, nikmat ketenangan itu datang dari Allah dan Dia akan memberikan kepada sesiapa sahaja ketenangan itu. Allahua'lam.

Ketenangan nikmat besar dari Allah.
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.50am
24-4-2010
Shah Alam

4 ulasan:

yusuf mujahidin ™ berkata...

salam

tq bkongsi ustz
ketenangan hati...
hanya Allah yg mampu beri.

Hunny berkata...

Salam ustaz,

semoga saya beroleh ketenangan hati.. Amin.. :D

SK berkata...

sepotong ayat al-quran mampu memberikan ketenangan..

soffya cik bulan berkata...

salam..dtg mmbca entry...sugguh berbeza..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails