Isnin, 24 Mei 2010

Lirik Puitis 11 : Dajal.


Dendam
Yang lama terpendam
Dari zaman ke zaman

Tersembunyi
Di balik gunungan
Menantikan arahan

Bertujuan
Membinasakan
Bertujuan
Untuk memesongkan
Manusia dipeluk rindu
Pada dunia yang palsu, palsu, palsu

Oh janganlah kau
Terpedaya dengan dajal
Yang menyesatkan

Dajal
Mungkin tak bersembunyi
Mungkin bermukin di hati

Tak punya belas
Tak punya simpati
Mata satu jinak dengan kemunafikan

Yang membela
Dajal dalam dada
Buta pada sumpah dan janjinya
Manusia dipeluk rindu
Pada dunia yang palsu, palsu, palsu

By : Bumi Putra Rockers

Jumaat, 21 Mei 2010

Pautan Semasa 33 : Betul ke?


Ada beberapa foto yang aku dapat dari sebuah blog ni. So aku nak kongsikan dengan kalian semua. Dan aku yakin mungkin ada dikalangan pembaca aku yang terdiri dari golongan askar. So wakil bagi pihak askar bolehlah tolong komenkan. Bagi wakil pihak ustaz dan ulama' juga digalakkan untuk memberi komentar terhadap foto di bawah ini.










Rabu, 19 Mei 2010

Renungan Sejenak 29 : Belajar mengaji (Pabila hidayah itu datang).



Alhamdulilah, semenjak aku sihat dan sembuh dari sakit ni, banyak permintaan untuk membuat kelas sudah mula ku penuhi. Tidak kurang jua kelas-kelas yang sudah lama tertangguh sudah bisa berjalan seperti biasa. Cuma, ada kelas mengaji al-Quran ada pertambahan pelajar-pelajar yang baru. 

Apa yang aku ingin kongsikan serta kucoretkan disini adalah persoalan mengenai hidayah Allah yang datang dalam diri kita. Baru-baru ini, aku telah mengajar beberapa orang pelajar lelaki yang sudah mula berminat untuk mempelajari al-Quran. Dia datang dan bertemu dengan ku dan bertanya, " Ustaz boleh tak ngajar saya mengaji start dari alif, ba, ta", pintanya padaku.

Lalu aku menjawab, " Boleh,". Dan kelas telah pun bermula. Saat aku mula mengajar untuk memberi pengenalan 28 huruf hijaiyah. Dia sudah mula nampak kaku dan blur. Lalu dia mengatakan padaku secara jujur, ustaz sebenarnya saya memang tak kenal huruf jawi satu pun ustaz.

Saya merasakan diri saya terlalu kurang, pabila datang ke majlis baca Yasin. Saya sedih melihat orang dapat membaca Yasin, tapi saya tak mampu untuk membaca. Maka, saya bertekad untuk belajar mengaji dari mula. Saya berharap sangat ustaz dapat membantu saya, cerita abang itu kepada ku.

Aku memberi semangat dan nasihat kepadanya agar jangan sesekali putus asa dalam mencari hidayah Allah. Aku juga mengingatkan dia, agar bersyukur pada Allah kerna telah memberi hidayah untuk belajar ilmu agama. Dia terus tersenyum kepadaku. 

Apa yang membuat aku hiba adalah setiap kali mengaji walaupun dia begitu sukar untuk menghafal alif, ba, ta tersebut tetapi dia begitu yakin dan bersemangat walaupun tepaksa mengulang-ngulang banyak kali. Teringat aku pada sebuah hadis nabi ; (1)

Aisyah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : "Perumpaan orang yang membaca al-Quran dengan lancar bersama para Malaikat yang mulia, sedangkan orang yang membaca al-Quran masih baru dengan berat (tak lancar) tetapi selalu mengulang-ngulang maka ia mendapat dua kali ganda pahala ".

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.25am
19-5-2010
Shah Alam

Nota kaki ;
(1) Hadi riwayat Bukhari dan Muslim, al-Lu'lu wal Marjan, Bab kelebihan membaca al-Quran, hadis no 461.

Ahad, 16 Mei 2010

Coretan Yang Berkelana 69 : Selamat Hari Guru.



Pabila mengenang apa yang sudah jadi pada diriku kala ini, hanyalah sebuah pengajaran yang telah berlalu dari zaman tadika hingga kini. Sedarilah wahai sahabatku sekalian, apa yang terjadi pada diri kita kini adalah hasil didikan guru yang begitu besungguh dalam mendidik diri kita ini.

Cuma, apa yang ingin ku coretkan disini adalah suatu untaian yang tidak seberapa. Terdapat banyak perbezaan diantara "cikgu" dan "guru". Mungkin sesetengah orang berpendapat, ah sama saja cikgu dan guru. Bagiku 2 kalimah tersebut mempunyai makna yang begitu berbeza. 

Cikgu hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan mahupun ilmu pembelajaran. Guru menyampaikan ilmu dan secara langsung "mendidik" untuk kita menjadi orang yang berjaya. Teringatlah kita bahwa, guru yang paling utama dalam kalangan umat Islam adalah Rasullah yang tercinta. 

Jasa guru terlalu banyak untuk kita ungkitkan satu persatu. Pada diriku ini sahaja sudah malu untuk daku berkira dan memperlecah seseorang guru itu. Walaupun kadang-kala terdapat jua kekurangan dalam diri guru itu, aku mempunyai prinsipku yang tersendiri. Seperti bidalan pepatah arab ada mengatakan, "Pandanglah apa yang dikata, jangan memandang siapa yang berkata".

Apa-apa pun terima kasih kepada semua guruku, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang telah mendidik daku hingga kini aku menjadi orang yang berguna pada agama, masyarakat dan tanah airku. 

Alhamdulilah, kini aku telah pun mengalas tugas seperti mu itu. Dan akan ku meneruskan perjuangan dalam berdakwah mencari redha Ilahi. Amin.. "Selamat Hari Guru" kepada semua lapisan guru akademik mahupun agama juga tidak kira guru tadika sekalipun. Wassalam..

"terkenang masa zaman belajar dulu"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.26am
16-5-2010
Shah Alam

Khamis, 13 Mei 2010

Coretan Yang Berkelana 68 : Nak jadi petani lah pulak...


Dalam minggu ini, aku agak sibuk sedikit ini berikutan dengan kerja-kerja aku yang sudah sememangnya ada dan ditambah pula dengan beberapa aktiviti yang aku sulamkan dalam kehidupan aku baru-baru ini. Orang tua selalu berpesan berbudi pada tanah akan mendatangkan hasil yang lumayan.. Amin...

Bukan apa, ramai orang dah sibuk nak menjadi usahawan. Pada minggu lepas aku, Azim dan Pullah telah membeli anak pokok cili kulai. Tujuan kami bukan apa, saja-saja nak tanam pokok cili ni. Kalau berhasil mungkin boleh dijual. Ala bisnes kecil-kecilan. Lagipun ini hanyalah sekadar satu percubaan. Kalau tak jadi, buat makan sendiri jelah.

Semasa kami sibuk menanam dan membuat batas, tergelak aku memerhatikan perangai kawan-kawanku yang tak kering gusi membuat lawak. Insyallah selepas, menanam pokok cili ni, ada beberapa lagi program yang telah disusun bagi perjalanan group usroh kami ini. Insyallah, amin.. Ok, aku nak bersiap-siap sekarang, kerna aku harus ke Ukay Perdana untuk mengajar beberapa orang golongan dewasa yang sudah mula menyemai perasaan cintaikan al-Quran. Wassalam.

Hai macam nak gelak pun ada jugak.

Anak pokok yang sudah setinggi kira-kira 6cm.

Keadaan batas yang terlalu darurat dibikin.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
8.00pm
13-5-2010
Shah Alam

Rabu, 12 Mei 2010

Pecah Perut 8 : Isteri minta cerai.

Satu petang yang hening…aku (selamat bin dol ) duduk berehat2 di depan umah sambil menghisap rokok jenama Thailand (murah skit) huhuhu..sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah…aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikir agaknyer…isteriku?ade kat dapur nun..memasak. bahagia kan famili ku ini…isteri ku mmg ckup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata2 menghiburkan kami se famili..alahai…aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni….


Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg…’abah..mak nak cerai…’ Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kt mulut.. Tetibe je dia nak minta pepisahan??? Aku ni bkn insan yang lemah,cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh. 


Umah ni pun aku beli pakai nama dia…(aku beli je…dia yang bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur. 


‘YAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENDSOME LAGI KE SMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE…..!!!!’

Ape nie bang….susah sgt ke nak bagi? YAH! AWAK JGN UJI SAYA! Iye lah..lau berani buat lah…

YAAHHHHH……AWAK MELAMPAU! Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk…sanggup kah aku ucapkan perkataan itu….

Iye..buat lah bang OIIIII…saya nak masak gulai ni g lah ambik serai tu cepat..boboi tak cakap kat awak ke…

HAH SERAI??????? Betuah punyer anak…pelat….

Ceyai Vs cerai…
Moral:


B carefull ngan bahasa anak anda dan jangan hisap rokok


Ahad, 9 Mei 2010

Renungan Sejenak 28 : Realiti hari ibu...



Ramai orang akan mengucapkan selamat hari ibu pada kala ini. Ini sempena sambutan hari ibu sedunia. Dan ada juga yang membawa ibunya pergi makan sekeluarga dan memberi hadiah kepada ibunya. 

Apa yang inginku coretkan di sini, adalah tentang sambutan hari ibu itu. Lupakan tentang asal-usul sambutan ini. Ini kerana terlalu banyak fakta yang perlu dibaca satu-persatu. Rujuk : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Ibu 

Sambutan ini berlainan dengan apa yang dibawa oleh Rasullah yang tercinta. Di dalam sebuah hadis, Rasullah pernah bersabda ; 

Dari Abu Hurairah r.a berkata ; Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasullah dan bertanya, 

"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan sebaik-baiknya?"
Baginda menjawab : Ibumu.
Dia bertanya lagi : Kemudian siapa?
Baginda menjawab : Ibumu.
Dia bertanya lagi : Kemudian siapa?
Baginda menjawab : Ibumu.
Dia bertanya lagi : Kemudian siapa?
Baginda menjawab : Ayahmu. (1)

Ditambah lagi dengan sebuah hadis yang mengisahkan seorang sahabat bernama Jahimah r.a  pernah datang menemui Rasullah untuk meminta pandangan baginda apakah dia layak untuk pergi berjihad sama. 

Rasullah bertanya : Adakah kamu masih mempunyai ibu?
Jahimah menjawab : Ya.
Lalu Rasullah bersabda : "Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah telapak kakinya". (2)

Jadi cukup jelas kepada kita, bahwa hari ibu bukan sehari, dan bukan mempunyai sambutan beramai-ramai. Hari ibu adalah setiap hari. Kita perlu mengasihinya, menyanyanginya, serta menjaga hatinya agar tidak pernah terluka dengan kata-kata dan kelakuan kita. Sentiasalah meminta maaf kepada ibu agar tidak terjadi Si Tanggang moden atau Malin Kundang kedua dalam sejarah.

Al-quran amat jelas menekankan tentang larangan mengatakan "ah" kepada kedua ibu-bapa kita, dan kita perlulah menghormati mereka selagi mereka tidak menyuruh kita bermaksiat kepada Allah meskipun mereka itu dalam keadaan kafir. Allahualam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.15am
9-5-2010
Shah Alam

Nota kaki :
(1) Hadis sahih riwayat Bukhari, no 5971 (kitab al-adab).
(2) Hadis hasan sahih, Sahih sunan an-Nasaie, no 3104 (kitab al-Jihad).

Merungkai Kekusutan 2 : Tentang bohong.

Salam ustaz,

Saya pernah mendengar seorang ustaz berkata, boleh berbohong dalam 3 keadaan, semasa perang, bila berkata benar akan ada kemudharatan lebih besar, 1 lg tak ingat.. tapi boleh ke seseorang lelaki berbohong dengan isterinya sebab nak kawin lagi.. dan berbohong juga dengan bakal isteri keduanyam, dan memfitnah orang lain, sebab nak selamatkan rumahtangga?  (tanpa nama berkata)

Jawapan; Wslm kepada si penanya. Kita dibenarkan berbohong dalam 3 keadaan sahaja.
1. Dalam peperangan.
2. Mendamaikan antara 2 orang yang bergaduh.
3. Menghindari dari terjadinya perceraian antara suami dan isteri.

Yang di atas sahaja hanya dibenarkan dalam keadaan untuk berbohong. Dalam bab untuk berkahwin lain, tidak dibenarkan, bahkan jika lelaki itu berbohong kepada isteri dan bakal isterinya, ini hanya akan menambah sebuah masalah yang lebih besar lagi. Berlakulah dengan jujur jika niat berkahwin itu suci dan berlandaskan atas dasar kewarasan iman dan akal. Insyallah, Allah akan membantu dalam perkahwinan tersebut.

Tidak dibenarkan memfitnah orang lain walaupun dalam keadaan untuk memyelamatkan rumahtangga. Ini kerna, perbuatan fitnah itu adalah suatu kesalahan yang begitu besar dan memungkinkan akan menimbulkan perasaan benci terhadap orang yang mendengar fitnah itu. Allahua'lam..

Jumaat, 7 Mei 2010

Pautan Semasa 32 : Pencopet stail baru...

Selalu kita dengar ialah penyeluk saku atau ‘pick pocket’ , kini trend terbaru penjenayah yang dikatakan mula menggunakan teknik ini di KL iaitu ‘push pocket’.

Kenapa dinamakan push pocket ialah kerana modus operandinya yang memasukkan sesuatu barangan berharga seperti telefon bimbit,wag ringgit, dompet dan sebagainya ke poket mangsanya tanpa mereka sedari. Kemudian dia akan memegang mangsanya dan membuat kecoh di depan orang ramai dengan  mengatakan mangsa telah mencuri barangnya.

Kini mangsa telah terperangkap dan tertangkap , kemudian penjenayah tersebut akan mengajak mangsa ke tepi dan mereka mula mengugut mangsa. Mereka akan mengugut jika mangsa tidak membayar jumlah yang mereka kehendaki, diaorang akan report kepada pihak polis.

Dengan ‘barang kes’ dan saksi yang cukup rasanya mangsa memang sangat takut jika dibuat police report. Hendak tak hendak mangsa terpaksa membayar ‘wang penyelesaian’ tersebut. 

Inilah teknik penjenayah membuat jenayah di siang hari yang menggunakan pelbagai teknik yang jijik untuk memeras mangsa. Senario di sini ialah jika mangsa bertegas tidak mahu membayar “wang penyelesaian” , mereka akan melaporkan kepada pihak polis dan mangsa (yang mungkin juga kita) terpaksa berdepan dengan masalah masuk lokap dan menempuh pendakwaan di mahkamah.

Jadi sentiasa berhati-hati , anda mungkin berakhir sebagai ‘pencuri’ kerana anda tidak mungkin memiliki cara untuk membuktikan anda tidak bersalah.

Selasa, 4 Mei 2010

Jom Baca Hadis : Siri 21, Peliharalah kata-kata.


Daripada Abi Abdil Rahman Bilal bin al-Harith al-Muzaniyy r.a, sesungguhnya Rasullah s.a.w.  ada bersabda :

"Sesungguhnya ada seseorang yang bercakap dengan perkataan daripada keredhaan Allah Taala sedangkan dia tidak sangka pun sampai perkataannya itu kepada tempat yang ia (perkataan) sampai (daripada kemuliaan dan pahala), Allah akan tuliskan baginya dengan sebab perkataanya tadi keredhaan-Nya sehingga hari kiamat. Dan ada pula lelaki yang bercakap dengan perkataan daripada kemurkaan Allah dan dia tidak sangkapun akan sampai perkataannya tadi ke tempat yang ia sampai (daripada keburukan dan kemurkaan Allah Taala), Allah akan tuliskan baginya dengan sebab perkataannya tadi kemurkaan-Nya sehingga hari kiamat".

Hadis riwayat Imam Malik dalam kitab al-Muwatto' dan Tirmizi dan beliau berkata : Hadis Hassan Sohih.

Pengajaran hadis ;

1. Awasilah setiap perkataan kita ketika bertutur.
2. Ingatlah dengan suka sound-sound orang boleh mengundang kemurkaan Allah.
3. Peliharalah diri dari menceritakan tentang perkara maksiat.
4. Sentiasalah berfikir sebelum berkata-kata.

Ahad, 2 Mei 2010

Coretan Yang Berkelana 67 : Menziarahi guru yang sedang uzur.


Kira-kira 2 hari yang lepas aku mendapat sebuah panggilan dari pak cik ku yang mengatakan guru yang tinggal di Kampung Jawa telah mengalami penyakit ahmar. Beliau diserang pada malam Rabu kira-kira jam 2am. Setelah mendapat berita yang mendukacitakan itu, aku pun berniat untuk pergi menziarahi beliau. 

Pada petang Khamis, aku bercadang untuk pergi menziarahi beliau yang terlantar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Sedang dalam perjalanan, tiba-tiba Allah menguji aku. Kereta ku mengalami masalah iaitu kabel clash terputus. Maka nak dijadikan cerita aku meminta teman ku untuk menarik kereta ke bengkel dan aku terpaksa membatalkan niat untuk menziarahi beliau.

Alhamdulillah, Allah memberi keizinan kepada ku pada petang tadi ( Sabtu ) untuk pergi menziarahi beliau. Sedang dalam perjalanan menuju ke HTAR, aku terkenangkan dia sewaktu mengajar aku dahulu. Beliau memang cukup tegas dalam mengajar. Tetapi di luar dari mengajar, beliau adalah seorang yang gemar bersembang dan mampu membuat lawak.

Kira-kira jam 5.00pm aku sampai HTAR. Aku terus menuju ke tingkat 8A seperti yang dikhabarkan oleh pak cik ku. Sampai sahaja di wad 8A, aku terus mencari katil beliau. Kelihatan isteri dan cucunya sedang menunggu beliau. Aku melihat beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri. Aku berbual dengan isterinya dan menanyakan situasi yang lebih tepat bagaimana keadaan yang menimpa beliau.

Kemudian kira-kira 1/2 jam berlalu aku mengundur diri kerana ada beberapa urusan lagi di Shah Alam yang perlu diuruskan. Bilal Jamil, aku mendoakan agar engkau cepat sembuh dan pulish seperti sedia-kala. Amin...

Beliau yang kelihatannya tidak sedarkan diri

Penulis bersama Bilal Jamil pada 26-1-2010, sudah mula 
menunjukkan tanda-tanda keuzuran

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.30am
2-5-2010
Shah Alam

Sabtu, 1 Mei 2010

Lirik Puitis 10 : Duit...


Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit


Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(Bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal

Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta


Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah


Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri

By : M. Nasir ( Kembara )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails