Khamis, 29 Oktober 2009

Coretan Yang Berkelana 38 : Ah.... Bengangnye aku....


Ya Allah sungguh banyak ujian dalam hidupku ini..

Sewaktu aku menulis entry ni, jiwa aku sedng kacau bilau.. Dari minggu lepas aku tunggu giliran aku sampailah semalam membawak ke petang tadi untuk aku seminar proposal aku.. Dengan senang je lecturer tu boleh cakap giliran aku sambung minggu depan.. aku punyer hangin la satu badan..!!!!!!!!!!!!!!!!!!! betullah ape kate senior aku dulu, die cakap nanti bila sampai time wat tesis baru korang tau azabnya duduk kat Indonesia ni... Nah, sekarang aku sudah merasakan... waaaa~~~

Dah la tak solat zuhur lagi, bukan tak solat tapi air kat kampus takde.. dengan sakit perut nak buang macam-macam... ah........... aku memang dah tak tahan nak duduk kat Medan ni lagi.. Ya Allah tolonglah cepatkan gradution aku... aku nak balik Malaysia.. waaaaaa~~~~

Pastu sampai je rumah terus solat zuhur, rehat-rehat jap.. Nampak pulak baju banyak nak kene basuh.. Lagilah bertambah tension... aku pun basuhlah baju.. pastu dah setel aku pun teleponlah seseorang tuk melegakan hati... pastu sebaliknye yang berlaku... waaaaaa~~~~~~~~

Entahlah.. aku pun tak tahu sampai bile nak asyik dirundum dengan masalah jiwa ragaku ini... nak kuar duit nak makan pun takde.. nak kene bayar duit letriklah, duit airlah... niat di hati nak belilah kitab-kitab.. tapi....

Ape-ape pun aku tetap Cool n cube memuhasabahkan diri... teringat aku akan firman Allah dalam surah al-Baqarah tapi tak ingat ayat brape..
"Apakah kalian mengira segampang itu untuk masuk ke dalam syurgaku, seandainya jika kamu belum diuji seperti orang-orang terdahulu sebelum mu"... Semoga aku dan disekelilingku dimasukkan ke dalam syurga.. Amin....

"dengan kesabaran kita akan lebih dipandang mulia"
aL-Haqir illa Robbihi
ibnumaulub
2105 wib
29-10-2009
Medan

Rabu, 28 Oktober 2009

Riwayat uLama' tersohor 1 : Buya Hamka dalam kenangan.


Buya Hamka, nama lengkapnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (lahir di Kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908 - 24 Julai 1981) merupakan seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia.

Ayahnya ialah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.
Senarai Karya Buya Hamka :

  1. Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab.


  2. Si Sabariah. (1928)


  3. Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929.


  4. Adat Minangkabau dan agama Islam (1929).


  5. Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).


  6. Kepentingan melakukan tabligh (1929).


  7. Hikmat Isra' dan Mikraj.


  8. Arkanul Islam (1932) di Makassar.


  9. Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.


  10. Majalah 'Tentera' (4 nombor) 1932, di Makassar.


  11. Majalah Al-Mahdi (9 nombor) 1932 di Makassar.


  12. Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934.


  13. Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.


  14. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.


  15. Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.


  16. Merantau ke Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.


  17. Margaretta Gauthier (Terjemahan) 1940.


  18. Tuan Direktur 1939.


  19. Dijemput mamaknya,1939.Keadilan Ilahy 1939.


  20. Tasawuf Moden 1939.


  21. Falsafah Hidup 1939.


  22. Lembaga Hidup 1940.


  23. Lembaga Budi 1940.


  24. Majalah 'SEMANGAT ISLAM' (Zaman Jepun 1943).


  25. Majalah 'MENARA' (Terbit di Padang Panjang), sesudah revolusi 1946.


  26. Negara Islam (1946).


  27. Islam dan Demokrasi,1946.


  28. Revolusi Fikiran,1946.


  29. Revolusi Agama,1946.


  30. Adat Minangkabau menghadapi Revolusi,1946.


  31. Dibantingkan ombak masyarakat,1946.


  32. Didalam Lembah cita-cita,1946.


  33. Sesudah naskah Renville,1947.


  34. Pidato Pembelaan Peristiwa Tiga Maret,1947.


  35. Menunggu Beduk berbunyi,1949 di Bukittinggi,


  36. Ayahku,1950 di Jakarta.


  37. Mandi Cahaya di Tanah Suci. 1950.


  38. Mengembara Dilembah Nyl. 1950.


  39. Ditepi Sungai Dajlah. 1950.


  40. Kenangan-kenangan hidup 1,autobiografi sejak lahir 1908 sampai pd tahun 1950.


  41. Kenangan-kenangan hidup 2.


  42. Kenangan-kenangan hidup 3.


  43. Kenangan-kenangan hidup 4.


  44. Sejarah Ummat Islam Jilid 1,ditulis tahun 1938 hingga 1950.


  45. Sejarah Ummat Islam Jilid 2.


  46. Sejarah Ummat Islam Jilid 3.


  47. Sejarah Ummat Islam Jilid 4.


  48. Pedoman Mubaligh Islam,Cetakan 1 1937 ; Cetakan ke 2 tahun 1950.


  49. Pribadi,1950.


  50. Agama dan perempuan,1939.


  51. Muhammadiyah melalui 3 zaman,1946,di Padang Panjang.


  52. 1001 Soal Hidup (Kumpulan karangan dr Pedoman Masyarakat,dibukukan 1950).


  53. Pelajaran Agama Islam,1956.


  54. Perkembangan Tasawuf dari abad ke abad,1952.


  55. Empat bulan di Amerika,1953 Jilid 1.


  56. Empat bulan di Amerika Jilid 2.


  57. Pengaruh ajaran Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Cairo 1958), utk Doktor Honoris Causa.


  58. Soal jawab 1960,disalin dr karangan-karangan Majalah GEMA ISLAM.


  59. Dari Perbendaharaan Lama 1963,dicetak oleh M.Arbie Medan.


  60. Lembaga Hikmat,1953 oleh Bulan Bintang,Jakarta.


  61. Islam dan Kebatinan,1972;Bulan Bintang.


  62. Fakta dan Khayal Tuanku Rao,1970.


  63. Sayid Jamaluddin Al-Afhany 1965,Bulan Bintang.


  64. Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri),1963 ,Bulan Bintang.


  65. Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam 1968.


  66. Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr Mekkah).


  67. Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).


  68. Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah umum) di Universiti Keristan 1970.


  69. Studi Islam 1973,diterbitkan oleh Panji Masyarakat.


  70. Himpunan Khutbah-khutbah.


  71. Urat Tunggang Pancasila.


  72. Doa-doa Rasulullah S.A.W,1974.


  73. Sejarah Islam di Sumatera.


  74. Bohong di Dunia.


  75. Muhammadiyah di Minangkabau 1975,(Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).


  76. Pandangan Hidup Muslim,1960.


  77. Kedudukan perempuan dalam Islam,1973.


  78. Tafsir Al-Azhar Juzu' 1-30, ditulis pada masa beliau dipenjara oleh Sukarno.

Sumber daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Hamka

Selasa, 27 Oktober 2009

Coreta Yang Berkelana 37 : Siapa kita dalam masyarakat.

Pernahkah kalian berborak di kedai-kedai minum sampai 3 / 4 jam??? Mungkin ada segelintir dari kalian berkata ya. Aku juga punyai hobi sebegitu. Aku suka lepak-lepak dengan member aku pabila telah lewat malam dan aku suka mencari kedai minum yang tenang dan tidak ramai orang. Kerana aku orang yang cepat pening kalau tempat tu terlalu havoc.

Apa yang aku ingin kongsikan adalah sewaktu kita berborak menghabiskan masa dengan begitu sahaja tanpa kita isi dengan sesuatu yang bermanfaat. Aku mendapati bahwa ramai dikalangan sahabat-sahabat aku kebanyakkannya, kalau melepak diwarung-warung hanya berborak seputar beberapa perkara sahaja. Aku mengamati terdapat 6 topik yang menjadi perbualan masyarakat dimaple-maple berdekatan. Antaranya :

1. Mereka yang gemar bercerita tentang agama.
2.Mereka yang gemar bercerita tentang gajet-gajet seperti hp, laptop, kamera, kereta, motor.
3.Mereka yang gemar bercerita tentang artis, skandal artis, kehidupan artis.
4.Mereka yang gemar bercerita tentang politik, isu semasa.
5.Mereka yang gemar bercerita tentang sukan, lebih-lebih lagi bola sepak.
6.Mereka yang gemar bercerita tentang bisnes.


Jadi siapakah anda? Adakah anda termasuk salah satu dari 6 golongan di atas. Siapakah anda di dalam kelompok masyarakat anda???

"dengan ilmu hidup akan jadi lebih mulia, dengan agama hidup akan jadi lebih terarah"
aL-Haqir illa Robbihi
ibnumaulub
2150 wib
27-10-2009
Medan

Ahad, 25 Oktober 2009

Lirik Puitis 3 : Sesungguhnya...

Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tlah kau singgahi
Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Di hadapan-Nya…
Di hadapan-Mu ya Allah…
Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya
Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Di hadapan-Nya
Di hadapan-Mu ya Allah
Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya

By: Ungu

Coretan Yang Berkelana 36 : Bermusafir dengan Ust Amin.. Siri 2

Setelah isteri dan keluarga sampai di Medan, maka pada malam itu kami terus pergi Brastagi untuk bermalam di sini. Sewaktu dalam perjalanan aku hanya tidur tanpa tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, al-maklumlah lebih-lebih lagi baru lepas makan.

Sampai sahaja di hotel, kami terus tidur. Aku pun apa lagi sambunglah tidur.  Pada keesokkan paginya, kami terus berjalan-jalan dengan menaiki kereta yang telah disewa.Kami berjalan-jalan disekitar Brastagi. Aku mendapati hampir 80% masyarakat di sini beragama Kristian, jadi susah untuk kita mencari makanan yang betul-betul halal.

Kemudian kami berhenti unutk melihat 2 gunung berapi. Iaiti Gunung Sinabung serta Gunung Sibayak. Kedua-dua gunung ini dikatakan masih aktif lagi. Kami dapat melihat asap yang begitu tebal keluar dari gunung tersebut.

Kemudian kami sampai di tempat Horse Ride. Lalu, ustz terus belanja kami untuk menunggang kuda. Buat pertama kalinya aku menunggang kuda dalam hidup. Pada mulanya memang takut dan terasa macam nak jatuh. Tapi lama-kelamaan alhamdulilah, aku sudah boleh menunggang kuda tersebut secara sendirian. Teringat aku akan sunnah Junjungan Nabi kita yang mulia, baginda amat menggalakkan umatnya ;

1. Memanah
2. Berenang
3. Menunggang kuda

Setelah sekitar 45 minit kami menunggang kuda, maka kami pun beredar untuk ke Danau Toba. Ini kerana ust ingin melihat keadaan asal-usul suku Batak. Suku Batak Toba, berasal dari Danau Toba. Di sini, kita akan mendapati terlalu banyak patung-patung. Perkara ini tidaklah pelik, ini kerana asal-usul dalam penganutan agama, mereka beragamakan animisme. Dan didalam suku Batak pula, terpecah kepada beberapa suku, antaranya :

1. Batak Toba
2. Batak Simalungun
3. Batak Karo
4. Batak Mandailing (majoriti Islam)
4. Batak Pak-pak

Dan disetiap bawah suku pula, terdapat pecahan kepada beberapa marga, contohnya marga Siregar, Tarigan, Harahap, Nasution, Pohan dan banyak lagilah. Bagi suku batak, mereka dilarang berkahwin sesama marga. Jika mereka berkahwin sesama marga, mereka akan dihalau dari kawasan tersebut. Kalau kitahidup di Medan ini, masyarakat mereka lebih memandang mulia kepada orang yang mempunyai marga. Contoh yang paling dekat, untuk memasuki Universitas Sumatera Utara serta Universitas Negeri Medan akan
diutamakan bagi mereka yang mempunyai marga.

Satu persoalan timbul, apakah Islam memandang keturunan. Ingatkah kita akan perjuangan Junjungan Mulia kita, Rasullah tidak memperjuangkan keturunan Bani Hasyimnya akan tetapi Baginda memperjuangkan Islam yang paling mulia. Oleh itu, seandainya kalian para pembaca yang beragama Islam berketurunan Melayu, apakah yang kalian perjuangankan??? Apakah Islam itu sendiri yang kalian perjuangankan atau Melayu yang mudah lupa (memetikkata- kata Dr. M). Teringat semasa aku belajar sejarah dulu, Hang Tuah pernah berkata " Takkan Melayu hilang didunia"...

"dengan ilmu hidup akan jadi lebih mulia, dengan agama hidup akan jadi lebih terarah"
aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
25-10-2009
18.59 WIB
Medan
 

Gereja di sekitar Brastagi.
Horse Ride.
 Ust Amin dan keluarganya. (yang baju merah tu orang gaji dia tau)
 Dibelakang Gunung Sibayak.
Sewaktu menunggang kuda.


 Salahuddin al-Ayubi moden..
 
  
Cicak merupakan lambang orang Batak.

Di air terjun Sipiso-piso.
 
   
 Satu-satunya Masjid yang ada di Pulau Samosir.


Batak Mandailing.

Batak Pak-pak.

Batak Toba.

Batak Simalungun.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Cretan Yang Berkelana 35 : Bermusafir bersama guru kami.

Alhamdulilah, malam tadi aku selamat sampai di Medan kira-kira jam 7.30 wib. Bermula pada 14-10-2009 aku dan teman-temanku menerima tetamu yang paling bermakna dalam kehidupan kami. Iaitu guru kami sendiri, Ustaz Muhamad bin Abdullah dan keluarganya. Ustaz sampai pada malam rabu dan kemudian diikuti oleh isteri dan anak-anaknya pada petang hari rabu.


Pada keesokkan harinya, kami membawa Ustz pergi melihat kampus kami IAIN Medan. Ustz ingin melihat lebih lanjut tentang keadaan di IAIN sendiri. Ini kerana IAIN Medan adalah merupakan salah satu pusat institut agama yang tertua di Medan.


Selesai Ustz melihat kampus kami kami terus membawa Ustz melihat kedai buku Toko Sembilan Wali Ini kerana antara perkarapertama yang beliau katakan kepadaku sewaktu di telifon, beliau ingin melihat buku-bukuyang ada di Medan. Selesai dari membelek dan membeli buku, kira-kira memakan masa sekitar 3 jam jugaklah, kami terus pergi ke restoran untuk makan tengahari. 


Setelah makan tengahari, kami terus ke airport untuk mengambil isteri dan anak Ustz. Sampai sahaja di airport kami mencari musolla untuk menunaikan solat zuhur, Ustz hanya menunggu di dalam kereta sahaja. Kemudian kami terus menunggu isteri dan anak Ustz di Balai Ketibaan.


Semasa menunggu keluarga Ustz, sempat lagi Ustz memberi nasihat dan menceritakan keadaan Malaysia serta kami juga tidak membuang masa begitu saja. Kami turut berdiskusi dengan Ustz, dengan menanyakan pelbagai soalan. Al-maklumlah, walaupun Ustz kami sendiri nak jumpa kat Malaysia pun agak payah. 


Antara nasihat Ustaz :
1. Belajar sungguh sampai PhD.
2. Jadilah seorang ustaz yang hebat.
3. Menjadi seorang ustaz harus berani terima kritikan.
4. Menjadi seorang ustaz bermakna diri kita adalah sebahagian dari masyarakat.
5. Mesti rajin membaca, kerana membaca merupakan kunci segala ilmu.


Setelah asyik bersembang dan berdiskusi, maka keluarga Ustz pun tiba. Seperti yang dirancangkan malam ini kami akan pergi ke Brastagi, insyallah.


Ustaz, Ikmal dan Wafiy.


Gambar candid sewaktu sedang membaca.


Berbincang sewaktu membeli buku.


Ustaz, aku dan ikmal di hadapan fakulti Syariah.

"dengan ilmu hidup akan menjadi mulia, dengan agama hidup akan menjadi terarah"
al-Haqir illa Robbihi
ibnumaulub
17-10-2009
5.10pm WIB
Medan

Pautan Semasa 17 : Titah Sultan Brunei.


Kenapakah sebahagian remaja dan belia hari ini yang memakai pakaian menjolok mata? Jika dikaji kebanyakannya adalah berpunca dari pengaruh luar. Perkara ini pernah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan pada 1 Ogos 2006, antara titah baginda:

"Beta suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin belia khasnya dan juga semua yang hadir, bahawa golongan belia, terutama belia remaja adalah sentiasa terdedah kepada eksploitasi pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka. Ada belia-belia yang digunakan untuk melariskan pelbagai produk hiburan dan ?costume? yang tidak serasi dengan adat resam bangsa. Mengapakah belia menjadi sasaran? Kerana sifat-sifat mereka yang memang menarik, di samping juga faktor kejiwaan, di mana mereka mudah terpengaruh kepada perkara-perkara hangat dan baru.

"Kesempatan inilah yang sering diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan itu tanpa mempedulikan, sama ada baik ataupun buruk. Eksploitasi terhadap kelemahan-kelemahan belia seumpama ini wajarlah jangan dibiarkan, tetapi perlu diambil perhatian serius serta ditangani oleh kita semua, khasnya para pemimpin belia sendiri. Program-program menyuntik kesedaran perlulah disusun, termasuk juga untuk para ibu bapa dan masyarakat sebelum ianya menjadi isu sosial yang kronik."

Siaran televisyen dari negara jiran yang bersaudara dengan nagara kita juga banyak mempengaruhi siasah serta jati diri anak bangsa kita kerana kebanyakkan siaran yang disiarkan adalah berbentuk hiburan yang amat-amat melalaikan serta merosakan iman kita selaku umat islam,,�

Beta juga mengizinkan serta amat mengalakkan para ulama` serta ilmuan islam dalam Negara Brunei DarulSalam ni menegur segala kepincangan yang berlaku ke atas system pemerintahan beta dan juga kepincangan serta masalah sosial di dalam masyarakat umum.. suka juga beta maklumkan di sini bahawa para ulama` mempunyai kuasa penuh untuk menegur apa sahaja kemungkaran yang berlaku di dalam negara Brunei DarulSalam..

Dalam menangani masalah ini, semua pihak adalah bertanggungjawab terutamanya ibu bapa dan suami untuk menegur dan membimbing isteri dan anak-anak mereka. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59, tafsirnya:

"Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan yang baik-baik maka dengan itu mereka tidak diganggu."

Dalam kita sama-sama menikmati arus kemodenan ini, janganlah kemodenan itu disalahertikan sebagai pergaulan bebas yang melampui batas tatasusila dan hukum agama seperti cara berpakaian yang mendedahkan aurat dan sebagainya terutama di kalangan remaja dan belia. Sebaliknya kemodenan itu hendaklah digunakan untuk kebaikan dan kemudahan dalam urusan seharian kita. Hidup moden tidak semestinya bergaul bebas, hidup moden tidak semestinya mendedahkan aurat.

Akhirnya, marilah kita selaku suami atau ibu bapa membimbing isteri dan anak-anak dalam mematuhi segala suruhan Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan yang demikian, kita akan selamat di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal?alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An- Nuur ayat 31, tafsirnya:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram dan memelihara kehormatan mereka. Dan janganlah mereka memeperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."�

Selaku umat islam kita harus mematuhi segala suruhan serta larangan Allah Subhanahu Wata`ala tanpa sebarang bantahan kerana kita adalah makhluk ciptaannya..

Sumber : isuhangat.

Jom Baca Hadis : Siri 10 , Taqwa kepada ALLAH dan akhlaq yang terpuji.

Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman Mua'dz bin Jabal r.a. menerangkan, Rasullah s.a.w bersabda ;


"Bertaqwalah kepada ALLAH dimanapun kamu berada. Dan ikutilah keburukan dengan kebaikan , nescaya kebaikan itu akan menghapuskannya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlaq yang terpuji. 


hadis riwayat Tirmizi dan ia berkata,' Ini adalah hadis hasan'.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Pautan Semasa 16 : Salah Qiblat?


Umat Islam yang menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah terbenam matahari tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada matahari terbenam.

Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Paimuzi Yahya berkata persepsi umat Islam dalam menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam itu wajar dihapuskan dan perlu mengikuti ilmu falak syarie sebenar sebagaimana disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mengikut kajian ilmu falak, terdapat dua hari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai sahaja dalam setahun, kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersembahyang.

P/s : So, lepas baca ni hope kalian check balik balik kiblat yang kalian solat tiap-tiap hari kat rumah tu.

Jom Baca Hadis : Siri 9, Mengasihi sesama mukmin.

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a khadim Rasullah S.A.W bersabda  :

"Tiada beriman seseorang kamu hingga ia mengasihi mukmin seperti ia mengasihi seperti dirinya sendiri".

Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Selasa, 6 Oktober 2009

Lirik Puitis 2 : Alhamdulilah.


Lagu ni memang dah lama sangat. Tapi aku suka nak post jugak lirik ni. Bukan apa, semalam lepas Maghrib macam tulah aku pi amek ibu aku balik kerja, pastu dok tunggu kat luar SJMC tu, layanlah Sinar.fm. Tetiba keluar pulak lagu ni. Bukan apa kadang-kadang lagu tu memberi pengisian yang cukup luas dan terlalu bermakna, kita ni just suka-suka dengar je. Apa yang paling penting bagi aku, lirik lagu ni, memang betul-betul berlaku dalam masyarakat hari ini. So, jom layan dan hayati lirik kat bawah ni.!!!

Alhamdulilah - Too Phat.

Di saat waktu berhenti…kosong
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka
Sadarku akan hadirMu
Mematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah, cuba betul diri ini cuma
Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk khidmat bersama
Jagalah nama
Hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar…

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita apabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah!
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan, janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Aku yang memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi
ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada’ dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Sujudku pun takkan memuaskan inginku
utk hanturkan sembah sedlm kalbu
Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah
Utk nama harta dan keluarga yg mencinta
Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri
Semua lebih berarti apabila dihayati
Alhamdulillah...

Coretan Yang Berkelana 34 : Kita dan sekeliling kita.


Semalam adalah hari yang terlalu memenatkan bagi diriku. Seawal jam 9.00am aku dan sahabat yang lain mula pergi beraya ke rumah- rumah teman serta keluarga angkatku, bagi menguatkan lagi hubungan silaturahim. Alhamdulilah dapatlah aku beraya ke rumah Ayah Blank Gamma, Mek serta Abg Rais yang merupakan keluarga angkat aku sewaktu aku menjalani praktikel di Sungai Buloh pada sebulan yang lalu.

Kemudian setelah selesai round pertama, kami pergi pula ke Bukit Mahkota untuk beraya lagi, kerana ada sahabat aku sudah berpindah di situ. Setelah selesai kami pulang beransur pulang, sebelum itu kami berhenti singgah solat Asar sebentar di Petronas Bukit Mahkota. Kami pulang dari Bukit Mahkota dengan melalui lebuhraya Sg. Besi, pergh boleh tahanlah juga jalan jem yang teramat sangat. Biasalah petang Ahad.

Ketika sibuk mengharungi kesesakan yang terlalu teruk, tiba-tiba seorang sahabatku bertanya kepadaku mengenai pendapatku berkaitan dengan gempa bumi yang melanda di Padang, apakah ia adalah bala dari Allah semata-mata atau bagaimana? Maka aku menjawab bahwa gempa bumi di Padang itu boleh kita kategorikan sebagai musibah. Tetapi musibah yang macam mana? Musibah itu mempunyai 3 keadaan :

1. Musibahtul Bala.
Yakni musibah yang ALLAH S.W.T datangkan memang sebagai bala.

2. Musibatul Jaza'.
Musibah yang ALLAH S.WT datangkan sebagai balasan akibat dari kejahatan serta kemaksiatan yang dilakukan oleh orang-orang yang wujud di kawasan itu.,

3. Musibatul Tarbiyah.
Musibah yang ALLAH S.W.T datangkan kepada seseorang atau sebuah tempat untuk dijadikan pengajaran kepada orang yang berhampiran dengan kawasan tersebut. Atau senang cerita, musibah untuk amaran kepada yang belum lagi kena.

Jadi apa yang berlaku itu adalah pengajaran kepada kita. Itu sahaja jawaban aku kepada temanku itu. Sedar tak sedar kami dah pun sampai di Shah Alam, lalu kami terus menunaikan solat Maghrib.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.05am
6-10-2009
Shah Alam.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Coretan Yang Berkelana 33 : Terserempak dengan Ust Ismail Kamus.

Seperti rutinnya, setelah aku pulang ke Malaysia aku perlu kembali semula ke Medan. Rasa dalam hati ni, aduh malaslah sangat nak balik sana. Betullah kata pepatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri". Bukan nak kata dekat Medan tak best, cumanya kita mestilah lebih rasa selesa di negara kita sendiri.Betul tak?


Nak dijadikan cerita, menjelang jam 6 lebih macam tulah aku pun ajak seorang member teman aku nak pi beli tiket kapal terbang. Aku pun pi lah Subang, bukan pe terasa jugak hati ni nak naik Fire Flyz, selalu asyik dok naik Air Asia je kalau nak naik MAS entah tak tahulah bila pulak.


Sampai je kat airport Subang, aku dengan member aku tadi terus pi kaunter Fire Flyz tanya jam berapa dan berapa harga tiket. Setelah selesai, aku tengok jam dah 7.45pm lalu kami pun terus pi surau kat atas dan solat maghrib. Setelah selesai solat, kami turun dan mendapati ada pelakon sedang melakukan pengambaran drama, kalau tak silap aku orang yang kat situ cakap drama Awan Dania kot.


Aku pun mengelaklah dari berjalan berhampiran kawasan mereka berlakon tu, nak dijadikan cerita tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki berkopiah putih membawa beg berwarna hijau (beg balik kampung) dengan memakai baju melayu kelabu seorang diri sahaja. Mulut aku dan temanku secara tiba -tiba berkata serentak, " Eh, bukan ke tu Ustaz Ismail Kamus?".


Lalu dengan segera aku berlari menuju Ustaz Ismail Kamus dan menegur serta memberi salam dan bertanya khabar. " Ustaz dari mana?". Beliau menjawab " Dari Johor tadi ,ni terus nak balik K.L la ni,". Beliau bertanya bertanya kepadaku, "Kamu buat apa kat sini, duduk mana?". "Saya duduk Shah Alam ustaz, datang sini pasal nak beli tiket nak balik Medan ngaji kat sana, kat IAIN", jawab aku. Panjang jugalah beliau dan aku berborak. Kelihatannya dia seperti tergesa-gesa, aku terus mengundurkan diri dan bersalam dengannya serta meminta dia mendoakan kejayaanku dunia dan akhirat. Lau dia berkata insyallah. 


Sungguh senang hatiku apabila dapat terserempak dengan beliau, ini kerana aku dan sahabat-sahabat di Medan sudah berniat ingin bertemu dengan beliau lebih-lebih lagi apabila kami mendapat perkhabaran yang salah, yang mengatakan beliau sudah meninggal dunia. Alhamdulillah, aku memperkenaankan hajatku.. Teringat aku akan kata-kata di dalam ceramahnya " Betulkan benda yang biasa, biasakan benda yang betul"...


al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.30am
3-10-2009
Shah Alam

Jumaat, 2 Oktober 2009

Pautan Semasa 14 : Gempa bumi di Padang, Sumatera Barat.

"Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter, menggegarkan Sumatera Selatan iaitu kira-kira 162 km di Barat laut Bengkulu, Indonesia pada jam 9.53 pagi ini. Pusat gempa bumi itu terletak di 2.6 darjah Selatan dan 101.8 darjah Timur iaitu kira-kira 509km barat daya Johor Baharu menyebabkan gegaran dirasai di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan." 
  
Semalam berlaku satu gegaran gempa bumi di Padang, Sumatera Barat. Pada waktu itu, kira-kira jam 6 pm macam tulah kawasan di sekitar Malaysia merasai gegarannya. Tidak terkecuali pada diri aku sendiri. Sewaktu aku sedang membuat kerja di dalam bilikku, aku merasakan gegaran tersebut sebanyak 2 kali.

Namum terdetik dihatiku bahwa gegaran ini biasa datang dari lori yang membawa tanah dikawasan pembinaan berhampiran rumahku. Menjelang maghrib, tiba-tiba adikku yang menuntut di Sabah menelefonku lalu bertanya, "Bagaimana keadaann rumah dan semenanjung?". 

Aku menjawab tiada apa yang berlaku dan aku bertanya apa yang berlaku. Beliau menjawab ada gegaran gempa bumi yang berlaku di Padang, Sumatera Barat. Lalu aku berkata "Oh, tadi yang gegar 2 kali tu, gempa bumilah ae, aku rasa juga tadi tapi aku fikir lori bawa tanah tu".

Apa-apa pun sebagai renungan kita bersama gempa bumi yang berlaku itu sudah pun termaktub di dalam al-Quran, "Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandungnya), dan manusia bertanya 'Mengapa bumi jadi begini?' " Surah al-Zalzalah 1-3.

Memanglah pada Surah al-Zalzalah itu menceritakan keadaan ketika berlakunya kiamat, tetapi boleh kita istinbatkan keadaan yang berlaku pada masa sekarang dan boleh kita jadikan pengajaran bagi persediaan untuk menghadapi kematian serta hari kiamat. Tambahan pula, turut berlaku banjir besar di Manila, ada ribut taufan berlaku dan terkena di Sandakan. 

Jadi sama-samalah kita mengukur amalan kita selagi belum hayat tinggal dikerongkong, takkanlah kita nak tunggu sekali lagi Tsunami, banjir besar di Pos Dipang dan sebagainya.
Allahua'lam.


al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.43am
2-10-2009
Shah Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails