Jumaat, 30 Julai 2010

Coretan Yang Berkelana 78 : Kemampuan yang terbatas...


Kadang-kala apabila aku merenungi dari hari ke hari apa yang aku dapati sebenarnya kehidupan ini penuh dengan amanah tetapi dalam masa yang sama, kita diberikan masa yang terlalu singkat. Cuma kita ini sebenarnya dalam keadaan sedar atau masih dibuai mimpi yang lena.

Apa yang paling menyedihkan, kita terlupa bahwa usaha kemanusian kita sebenarnya terlalu terbatas sehingga kita mengenepikan kekudratan Allah s.w.t yang menjadi dalang dibalik setiap apa yang berlaku. Ini berikutan Allah s.w.t adalah merupakan Sang Perencana dan Dia yang akan melaksanakan segala rencana yang telah termaktub di Luh Mahfuz sejak azali lagi.

Apa yang kita rencanakan kadang-kala ia lari dari keadaan yang sepatutnya. Sehingga kita mula mencari titik kesilapan dalam pada waktu ketika kita merencanakannya. Teringat aku akan sebuah nukilan yang dinukil oleh Prof Hamka, " ramai manusia yang tidak sedar akan kemampuan dirinya yang terlalu terbatas, sehingga ia merasakan setiap permasalahan itu ia bisa menyelesaikannya sendiri, kadang-kala sampai ia ke tahap mengenepikan doa kepada Allah s.w.t untuk membantu ia menyelesaikan permasalahannya".

Jadi, renungilah keadaan kita dalam menjalani kehidupan sehari-hari bagaimana untuk kita tempuhi badai dan ombak yang menyebabkan kita bisa karam dilautan yang penuh fitnah ini. Sebagai seorang lelaki, aku teringat kata-kata seorang ulama' tarekat yang sering kali terngiang ditelingaku. Katanya "manusia ini bisa kecundang dengan 3 TA, (waniTA, harTA dan tahTA).

Apa-apa pun, laluilah liku kehidupan anda dengan penuh pengharapan keredhaan kepada Allah, serta semailah bibit-bibit keimanan agar hidup ini tidak kecundang ke lembah penghinaan. Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
4.40pm
30-7-2010
Shah Alam

Jumaat, 23 Julai 2010

Renungan Sejenak 33 : Kegigihan seorang nenek tua.

Sepanjang pengalaman aku mengajar ini, ada seorang kisah yang menjadi iktibar dalam hidupku dan ia sering ku jadikan sebagai bahan perangsang untuk sahabat-sahabat yang lain dalam mencari ilmu agama dan menuntut keredhaan Allah. 

Ada seorang nenek ini sudah hampir 70 tahun umurnya. Tapi beliau gigih untuk mencari ilmu agama, sanggup meninggalkan cucu-cucunya di rumah demi mencari keredhaan Allah. Beliau hanyalah belajar al-Quran dengan ku. Secara jujurnya, aku mendapati bacaannya sudah begitu mantap dan tidak mempunyai kesalahan-kesalahan yang begitu besar.

Aku pernah bertanya kepadanya, "menngapa mak cik datang belajar ngaji lagi?". Beliau menjawab, " mak cik suka belajar ilmu agama ustaz". Lagipun duduk rumah sahaja nak buat apa. Begitu gigih dan tabahnya semangat mak cik itu walaupun gigi depannya sudah tidak ada lagi ditambah pula ketika sedang mengaji beliau sering mengalami penyakit asma. Sering kali beliau menggunakan inhaler yang beliau bawa kemana saja. 

Jadi jika nenek yang sudah berumur hampir 70 tahun begitu rajin untuk mendalami ilmu agama, dimanakah letaknya diri kita yang masih muda ini???

Nenek yang begitu kuat semangatnya.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.08pm
23-07-2010
Shah Alam

Selasa, 20 Julai 2010

Coretan Yang Berkelana 77 : Jom pratikel sombolih ayam...


Pada 16-7-2010 aku dan ahli usroh yang tegar telah membuat latihan praktikel sembelih ayam. Ini berikutan dalam kitab fiqh juga telah dinyatakan satu bab yang khusus berkaitan dengan Bab Binatang Buruan dan Sembelihan. 

Jadi, kita sebagai orang lelaki dan akan menjadi ketua keluarga perlulah belajar perkara-perkara yang asas sebegini. Lebih-lebih lagi terlalu banyak fitnah berkaitan dengan cara penyembelihan ayam yang banyak menimbulkan keraguan. Jadi apa tunggu lagi.. Jom layan gambar-gambar ni...









al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
12.49pm
20-7-2010
Shah Alam

Jumaat, 16 Julai 2010

Coretan Yang Berkelana 76 : Ziarah Raja Sehari...

Mungkin agak terlewat sedikit untuk entri kali ini, ini berikutan aku mengalami demam serta muntah-muntah dan sebagainya. Pada 10-7-2010 kira-kira jam 5.30pm aku, Pullah, Azim, Zaki, Kashful , Bazli serta Ayol mula bergerak dari Shah Alam untuk ke Kampung Melayu Majidee (Johor Bharu). Kami bercadang untuk singgah berehat di Pengkalan Balak.

Kira-kira jam 10.00pm kami sampai di Pengakalan Balak dan terus mencari tapak untuk mendirikan khemah. Sebenarnya kenduri kahwin Fauzi Akmal adalah esoknya pada 11-7-2010. cuma aku dan ahli usroh yang lain sengaja bercadang untuk bercuti dan merehatkan pemikiran disamping itu dapat kita bermuhasabah di tepi pantai.

Berkebetulan pada malam ini, adalah merupakan malam Isra' dan Mi'raj. Kelihatan bintang banyak berkelipan. Kala ini, sahabat-sahabat yang lain sedang sibuk membakar ayam dan ikan. Manakala aku pula menghidupkan unggun api. 

Kira-kira jam 12.00am kami sudah mula makan dan dengan perlahan-lahan ada yang mengambil wudu untuk kami solat jama' takhir ( isyak & maghrib ). Setelah selesai makan dan solat berjemaah. Ada sahabat-sahabat yang sudah mula keletihan dan terlena. 

Waktu menunjukan jam 2.30am, Pullah dengan semangatnya mengumpulkan serta mengerakkan sahabat yang tidur tadi untuk berkumpul dan bermuhasabah diri. Alhamdulillah, pada malam itu aku cukup berbangga dengan beliau, beliau telah membuka muqaddimah dengan menceritakan kisah Isra & Mi'raj. Kefasihahan beliau dalam melontarkan dalil quran dan hadis, cukup membuatkan aku tersenyum.

Ditambah pula dengan komentar dari sahabat kita Zaki yang memberi beberapa tips berkaitan dengan cara bagaimana untuk kita mendapatkan solat yang khusyuk. Beliau memetik tips dari kitab Hidayatus Salikin, yang mana wudu kita ada wudu zahir dan ada wudu batin. Solat kita ada solat zahir dan solat batin. Lazimkanlah beranggapan ketika sedang solat, bahawa solat yang kita sedang lakukan itu adalah solat yang terakhir.

Kira-kira jam 4.00am aku menutup sesi usroh itu. Dan sahabat-sahabat yang lain mengambil tempat untuk tidur. Ada yang tidur dalam khemah, ditepi unggun api dan di dalam kereta. Kami bangun kira-kira jam 6.30am lalu terus menunaikan solat subuh dan bergerak menuju ke R n R untuk mandi dan bersiap. 

Kami sampai di rumah pengantin ( Fauzi Akmal ) kira-kira jam 11.30am. dan kami bergerak pulang ke Shah Alam jam  3.00pm. Allahua'lam.



































al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.40pm
16-7-2010
Seksyen 9, Shah Alam.

Sabtu, 3 Julai 2010

Coretan Yang Berkelana 75 : Kembara di malam hari.


Teringat aku akan sepotong firman Allah, "Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat ". al-Baqorah 214.

Kadang-kala percubaan dalam hidup membuatkan aku tergelak dan tersenyum sendirian. Lebih-lebih lagi pabila mengenang percaturan hidup yang telah Allah caturkan hatta hal yang berkaitan dengan rezeki, harta, umur mahupun dalam hal cinta dan jodoh.

Pada malam tadi aku dan sahabat-sahabat usroh yang lain telah sejak dari mula lagi ingin berusroh di Pantai Remis. Ini berikutan kami ingin mencuba suasana yang baru dan ingin mencari semangat baru dalam meneruskan kehidupan yang akan datang. Seperti yang dirancang, seharusnya kami bertolak dari Shah Alam kira-kira jam 9.00pm.

Tapi kereta yang aku naik terputus timing belt. Ya Allah rasa nak menangis pun ada. Begitu hebat kau menguji keimanan kami. Lalu aku dan Afham menunggu kedatangan Azim untuk menunda keretaku pulang ke rumah. 

Kira-kira jam 10pm kami bertolak ke Pantai Remis. Kami melewati lebuhraya Setia Alam. Dan melalui jalan Bukit Kapar. Alang-alang dah sampai Bukit Kapar, kami terus singgah ke rumah sahabat usroh kami iaitu Afham. Sering kali dia menceritakan keadaan neneknya yang sudah uzur.

Jadi kami mengambil peluang untuk menziarahi nenek serta keluarganya. Kami dihidangkan air dan kami bercerita santai sahaja tanpa mengambil masa yang lama, ini berikutan ada lagi agenda seterusnya. 

Sebelum sampai di Pantai Remis kira-kira lagi 5 km, kami berhenti untuk makan malam. Yelah, semua sahabat baru balik kerja terus berjumpa. Lagi pun sebelum sampai di sana kami takut kedai-kedai makan sudah tutup. Kira-kira jam 11.30pm kami selesai makan dan meneruskan perjalanan.

Alhamdulillah, setiba sahaja di Pantai Remis, kami mula membakar unggun api. Tiba-tiba, Ya Allah ! Engkau uji sekali lagi kesabaran kami dan keimanan kami. Hujan mula turun dengan renyai-renyai. Lalu kami bertekad, walaupun hujan kita akan meneruskan agenda ini. 

Dan pada masa yang sama, sahabat kami Azim dilanda penyakit asma sehingga muntah-muntah. Mujur Pullah membawa inhaler dan selang beberapa minit kemudian Azim sudah kembali tenang.

Sedang sibuk membakar unggun api, membentang tikar ada sebahagian yang lain pergi mengambil wudu. Silih berganti untuk menjaga kereta dan memastikan unggun api sentiasa hidup. Setelah selesai semuanya, iqamah dilaungkan oleh Azim, dan kami menunaikan solat Isyak berjemaah. Alhamdulillah selesai solat dan berzikir secara berjemaah.

Kini tiba pula plan yang seterusnya, iaitu program memuhasabah diri sendiri. Saling menceritakan tentang persoalan agama, kehidupan, pekerjaan dan perancangan team usroh ini untuk masa akan datang. Insyallah semuga perjalanan kami ini diberkati oleh Allah. Kira-kira jam 4.30am kami pulang ke Shah Alam. Allahua'lam.

Saat berhenti di tol Setia Alam.

Menziarahi nenek dan orang tua Afham.

Singgah di kedai makan untuk mengisi perut.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.49pm
3-7-2010
Shah Alam

Jom Baca Hadis : Siri 22 ; Larangan Mengumpat.

Daripada Anas r.a. katanya, Rasullah bersabda :

"Ketika aku dimikrajkan (malam israk dan mikraj) aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku itu). Lalu aku bertanya : Siapakah mereka ini wahai Jibril? Jibril menjawab : Merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia (mengumpat) dan mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain".

Hadis riwayat Abu Daud.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails