Sabtu, 3 Julai 2010

Coretan Yang Berkelana 75 : Kembara di malam hari.


Teringat aku akan sepotong firman Allah, "Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat ". al-Baqorah 214.

Kadang-kala percubaan dalam hidup membuatkan aku tergelak dan tersenyum sendirian. Lebih-lebih lagi pabila mengenang percaturan hidup yang telah Allah caturkan hatta hal yang berkaitan dengan rezeki, harta, umur mahupun dalam hal cinta dan jodoh.

Pada malam tadi aku dan sahabat-sahabat usroh yang lain telah sejak dari mula lagi ingin berusroh di Pantai Remis. Ini berikutan kami ingin mencuba suasana yang baru dan ingin mencari semangat baru dalam meneruskan kehidupan yang akan datang. Seperti yang dirancang, seharusnya kami bertolak dari Shah Alam kira-kira jam 9.00pm.

Tapi kereta yang aku naik terputus timing belt. Ya Allah rasa nak menangis pun ada. Begitu hebat kau menguji keimanan kami. Lalu aku dan Afham menunggu kedatangan Azim untuk menunda keretaku pulang ke rumah. 

Kira-kira jam 10pm kami bertolak ke Pantai Remis. Kami melewati lebuhraya Setia Alam. Dan melalui jalan Bukit Kapar. Alang-alang dah sampai Bukit Kapar, kami terus singgah ke rumah sahabat usroh kami iaitu Afham. Sering kali dia menceritakan keadaan neneknya yang sudah uzur.

Jadi kami mengambil peluang untuk menziarahi nenek serta keluarganya. Kami dihidangkan air dan kami bercerita santai sahaja tanpa mengambil masa yang lama, ini berikutan ada lagi agenda seterusnya. 

Sebelum sampai di Pantai Remis kira-kira lagi 5 km, kami berhenti untuk makan malam. Yelah, semua sahabat baru balik kerja terus berjumpa. Lagi pun sebelum sampai di sana kami takut kedai-kedai makan sudah tutup. Kira-kira jam 11.30pm kami selesai makan dan meneruskan perjalanan.

Alhamdulillah, setiba sahaja di Pantai Remis, kami mula membakar unggun api. Tiba-tiba, Ya Allah ! Engkau uji sekali lagi kesabaran kami dan keimanan kami. Hujan mula turun dengan renyai-renyai. Lalu kami bertekad, walaupun hujan kita akan meneruskan agenda ini. 

Dan pada masa yang sama, sahabat kami Azim dilanda penyakit asma sehingga muntah-muntah. Mujur Pullah membawa inhaler dan selang beberapa minit kemudian Azim sudah kembali tenang.

Sedang sibuk membakar unggun api, membentang tikar ada sebahagian yang lain pergi mengambil wudu. Silih berganti untuk menjaga kereta dan memastikan unggun api sentiasa hidup. Setelah selesai semuanya, iqamah dilaungkan oleh Azim, dan kami menunaikan solat Isyak berjemaah. Alhamdulillah selesai solat dan berzikir secara berjemaah.

Kini tiba pula plan yang seterusnya, iaitu program memuhasabah diri sendiri. Saling menceritakan tentang persoalan agama, kehidupan, pekerjaan dan perancangan team usroh ini untuk masa akan datang. Insyallah semuga perjalanan kami ini diberkati oleh Allah. Kira-kira jam 4.30am kami pulang ke Shah Alam. Allahua'lam.

Saat berhenti di tol Setia Alam.

Menziarahi nenek dan orang tua Afham.

Singgah di kedai makan untuk mengisi perut.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.49pm
3-7-2010
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails