Rabu, 30 Jun 2010

Sekadar Berkongsi 1 : Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary


Umur : 53 tahun
Pendidikan : SPM
Mula berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan : RM1,425 juta
Ranking : Ke 7 terkaya di Malaysia Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Antara syarikat miliknya :
MMC,
Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS,
Gardenia,
DRB-HICOM dan
Bank Muammalat     
Kereta : Proton Perdana  

Sumbangan sosial:
Yayasan Al-Bukhary,
Institusi pengajian untuk 3,000 pelajar,
Muzium Kesenian Islam,
Kompleks Al-Bukhary,
Menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu,
Pengindahan Masjid Negara,
Sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan
Menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
Masjid di Lapangan Terbang Senai,Johor


Bagaimana sumbangan sosialnya bermula.
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

Mutiara kata…..
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

3. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

4. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

5. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

6. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

7. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana,hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

8. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain.

9. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan.
Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

10. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

11. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri.
Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

12. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

Selasa, 29 Jun 2010

Coretan Yang Berkelana 74 : Peralihan kepompong menjadi rama-rama.


Kadang-kala kehidupan ini membuat aku makin keliru bagaimana percaturan yang Allah telah tetapkan. Sungguh aneh dan kadang-kala boleh menjadikan kita tersenyum sendiri pabila kita mrenunginya kembali.

Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sering merenungkan simbolik di sebalik setiap perkara yang berlaku. Oleh yang demikian, tidak mustahilah dapatku coretkan bahwa kehidupan untuk esok bisa diibaratkan peralihan kepompong kepada rama-rama.

Dengan kehidupan yang berlaku disekeliling kita, ini akan menyebabkan kita menjadi matang dari segi keimanan, ketaqwaan dan keilmuan serta kematangan dalam pengalaman. Apa yang paling penting hidup ini tidak boleh dari menerima teguran dan memberi teguran. 

Teringat aku pada sebuah pesanan ustazku, beliau berpesan " Seorang ustaz perlu belajar mendengar teguran agar nanti jadi orang yang tawaduk dengan ilmu, sebab tawaduk itu sumber kehebatan pada ilmu". Tambahannya lagi, "bergurulah sehingga mencapai tahap guru".

Kesabaran yang begitu cekal akan membuat kita berani untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Sering aja, aku terkenang zaman kecilku pabila aku meminta sesebuah barang untuk dibeli, ayah sering berkata "sabar eh, nanti ayah belikan". Mungkin sejak dari kecil ayah mengajar untuk bersabar. Dan sering mengajar untuk berdoa agar permintaan aku itu dikabulkan Allah.

Memang payah untuk mendidik jiwa menjadi penyabar. Penyabar dari segi menahan kemarahan serta penyabar untuk menerima saat waktu Allah memakbulkan permintaan kita. Benarlah kata orang-orang tua dahulu, banyak kelebihan bagi orang yang bersabar. Tidak ketinggalan Allah turut berfirman dalam surah al-Baqarah " Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar".

Entahlah sepanjang minggu ni aku terasa begitu panjang masa berlalu, terasa pelbagai ujian, rintangan dan halangan yang terpaksa ditempuhi walaupun aku dalam keadaan berani atau tidak. Apa yang pasti, hari esok tetap akan tiba. Jangan sampai hari semalam berulang kembali pada hari ini.  Dengan kata lain, "hidup mesti berani terima kenyataan".

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
29-6-2010
1.56pm
Seksyen 9, Shah Alam

P/s : Coretan yang dicatat dari curahan rasa hati yang gundah gulana.

Rabu, 23 Jun 2010

Tazkiyatul Nafs 3 : Nape susah sangat ek....


Kadang-kala kita sering bercita-cita untuk melakukan sesuatu yang terlalu berat untuk kita lakukan sebenarnya. Ramai orang mudah berkata kalau aku kaya, aku akan suka bersedekah. Kalau sihat aku akan banyak solat sunat, berzikir dan sebagainya.

Tapi dalam sesetengah keadaan perkara yang paling mudah untuk dibuat tapi itu yang paling sukar dan kita sering alpa. Banyak contoh yang bisa kita ambil untuk dijadikan sebagai sebuah latihan yang sering kita tinggalkan.

Tatkala kita selesai membuang air kecil dan besar, berapakah ramai orang di kalangan kita yang sering mengucapkan "alhamdulilah". Pernahkah kita bersyukur kepada Allah akan nikmat  membuang air kecil dan besar itu. Ramai orang-orang yang disekeliling kita terpaksa dibedah untuk membuang najis akibat tidak dapat membuang najis seperti biasa.

Kenapa kita hanya membaca doa makan ketika memakan nasi sahaja. Kemana doa makan kita ketika memakan sekeping roti atau sebungkus cekedis. Kemana "bismillah" ketika meminum air tin atau air mineral dalam botol. 

Apakah nikmat Allah itu hanya sebuah nikmat yang besar-besar sahaja yang bisa dibaca doa dan disyukuri. Bagaimana nikmat nafas serta kehidupan yang kita lalui setiap hari.. Jadi kemana kesyukuran kita pada Dia. Apakah berat untuk merenungi setiap nikmat dan mensyukurinya. Hurm... Nape susah sangat ae... 

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
11.43am
23-6-2010
Seksyen 9, Shah Alam..

Ahad, 20 Jun 2010

Coretan Yang Berkelana 73 : Selamat Hari Bapa...



Selamat Hari Bapa kepada ayahku Abd Ghani bin Abd Allah, terima kasih kerana menjagaku dari kecil hingga dewasa kini. Ayah jasamu terlalu banyak untuk aku kira satu-persatu. Ayahku, kaulah wira dalam hidup ku walaupun kita memang tidak pernah sebulu..hehe

Daku sedari. walaupun ego mu tinggi tapi kasih-sayangmu itu tidak dapat menafikan segalanya segala jasa serta pengorbananmu terhadap diriku. Terima kasih ayah!!!


Contoh kasih-sayang seorang ayah terhadap anaknya...

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
4.38am
20-6-2010
Shah Alam

Rabu, 16 Jun 2010

Coretan Yang Berkelana 72 : Doa yang diangkat serta Masjid yang berkat...


Pada minggu lepas aku pulang ke Rembau untuk menghadiri sebuah majlis walimah iaitu anak buah ayahku. Selepas menghadiri majlis itu, kami singgah ke Pedas untuk berjumpa dengan nenek ku. Sampai saja di kampung, aku melihat jam baru jam 5.oopm. 

Timbul kebosanan dihati, maka aku mengajak adikku untuk berjalan-jalan disekitar daerah Pekan Pedas. Kami memandu dan memerhatikan keadaan sekeliling sehingga kami sampai di sebuah masjid tua yang lama. 

Aku memang sudah lama ingin ke situ. Ini berikutan pak cik ku telah banyak menceritakan tentang keistimewaan masjid tua itu. Masjid itu adalah Masjid Kampung Selemak. Ia telah dibina kira-kira 500 tahun dahulu. Ada sesetengah pendapat mengatakan masjid ini turut sama didirikan oleh Syeikh Tuan Tulis ( ada yang mengatakan beliau adalah wali Allah).

Bangunannya masih kukuh, lebih-lebih lagi masjid ini didirikan tanpa mengunakan sebatang paku. Itu adalah kelebihan orang-orang Minangkabau. Mereka mendirikan bangunan tanpa memakai pakai paku dan lebih suka menggunakan kaedah pasak-memasak kayu.

Sewaktu aku di situ, sempat aku mengambil wudu dari telaga yang berhampiran. Dikatakan juga telaga ini berusia 500 tahun. Di lihat dari zahir air itu, memang sungguh jernih walaupun diceduk dari telaga yang berlumut itu. 

Terkenang daku pada kata-kata seorang KIAI, dia mengatakan bagaimana kita akan dapat ketenangan jika berzikir dan bersolat serta berdoa di dalam masjid yang dibina dari duit-duit yang syubhat. Dari hasil kerja mereka yang bukan Islam. Dan tidak diketahui keikhlasan si pembuat masjid itu tadi. 

Memang benar apa kata kiai itu, masjid sekarang telah bercampur duitnya. Iaitu duit dari sedekah orang ramai, duit dari jabatan zakat, dari sumbangan kerajaan serta duit dari pembayaran cukai yang terselit jua duit orang-orang yang bukan Islam. Mungkin ketenangan itu berbeza dari masjid yang baru dan masjid yang lama. Allahua'lam.

Keadaan masjid yang sudah uzur.

Masjid lama.

Penulis sedang menimba air.

Keadaan dalam telaga.

Penulis disamping kubur pengasas masjid ini.

Penulis di hadapan masjid lama Kg. Selemak.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.07am
16-6-2010
Shah Alam

Selasa, 15 Jun 2010

Coretan Yang Berkelana 71 : Lain cakap lain faham...


Kadang-kadang keadaan seperti ini mesti turut berlaku keadaan anda kan. Lain yang kita mahukan lain yang difaham oleh orang. Sampai satu tahap perkara yang ingin kita guraukan boleh menjadi pertengkaran serta perselisihan. 

Sepanjang minggu lepas aku membantu ustaz aku mengendalikan sebuah program motivasi untuk kanak-kanak hingga remaja ia banyak menambah pengalaman terhadap diriku. Iaitu betapa susahnya untuk mendidik anak-anak. Sebab itu aku terlalu respect guru sekolah rendah dan tadika.

Ini kerna untuk menyuruh anak-anak kecil mendengar perkataan kita dalam 10 minit pun amat payah. Inikan pula mahu menyuruh mereka mendengar ucapan kita selama beberapa jam. Sama juga dalam konteks berdakwah. Di dalam berdakwah juga kita perlu halus dan telus serta lebihkan kasih dan sayang.

Aku begitu pelik dan hairan, wujud segelintir mereka yang paham agama tetapi dengan mudah mengatakan seseorang itu kafir jika ia berkelakuan seperti bukan Islam. Begitu mudah mengatakan masuk neraka jika seseorang wanita itu tidak memakai tudung. 

Maafkan aku, mungkin ini hanyalah sebuah pendapatku yang dhaif. Bagi aku, golongan yang sebegini seharusnya diperhaluskan teguran itu seperti menerangakan tentang kelebihan ajaran Islam. Tentang keistimewaan dalam berpakain menurut syariat Islam.. Serta pembalasan bagi mereka yang mengingkari arahan Allah.

Apa yang ku luahkan hanya sekadar sebuah coretan yang berdasarkan pengalaman yang aku lalui dalam meniti hari-hari yang telah lalu.. Allahualam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.55am
15-6-2010
Shah Alam

Jumaat, 11 Jun 2010

Renungan Sejenak 32 : Jawatan Kosong...



P/s : Sekadar berkongsi..

Lirik Puitis 12 : Tanpa...


Resah yang ku 
ubah dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
pagi itu menatapi
akan sunyi tanpamu
menenamni aku sepi

Tanpa..
cintamu aku resah 
Tanpa..
kasihmu aku hampa
Tanpa..
dirimu aku mati

Kini benar-benarku rasakan
dalam benuk hatiku tanpamu
aku tak mengerti
takut
takut jauh dari dirimu
kan kau tinggalkan aku sendiri
tanpamu ku mati

Tanpa..
cintamu aku resah 
Tanpa..
kasihmu aku hampa
Tanpa..
dirimu aku mati...

By : 6ixth Sense

Coretan Yang Berkelana 70 : Jangan tinggalkan mereka.

Malam tadi aku berjumpa dengan kawan-kawan usrohku. Bukan apa, oleh kerana minggu ini aku terlalu sibuk sedikit maka tidak sempat untuk bertemu dengan mereka. Aku berjumpa dengan Azim, Zaki serta Hilmi. Pada malam tadi Hilmi tidak keseorangan, dia membawa seorang teman untuk berborak dengan kami.

Seperti biasa, setelah lama tidak berjumpa maka gelak ketawa kami hingga boleh menyebabkan meja sebelah memandang sinis. Dari urusan bisnes sampailah ke urusan keagamaan. Begitu kehidupan kami jika melepak diwarung. Diskusi tentang keagamaan tidak dapat dipisahkan. Moga amalan ini menjadi berterusan hingga akhir hayat. Amin.

Setelah agak lama berborak dan berdiskusi, tiba-tiba teman Hilmi ingin bertanya soalan. Aku dengan senang hatinya mendengar pertanyaan yang diuntaikan. Sebenarnya teman Hilmi ini adalah seorang bekas isteri yang tidak mempunyai status janda. Cuma beliau sudah ditinggalkan suami selama 6 enam bulan tanpa nafkah zahir mahupun batin.

Dia menanyakan kepadaku, kenapa doa saya susah nak makbul ae. Apakah saya mempunyai dosa dengan suami saya itu yang menyebabkan doa saya tidak makbul. Secara jujurnya, kalau kami perhatikan dari luaran. wanita ini begitu agak "daring" dari sudut pemakaian dan rambutnya. Tapi aku menjawab dengan penuh berhati-hati.

Aku menjawab, sebenarnya jika doa kita hendak dimakbulkan oleh Allah kita perlu memandang beberapa aspek. :

1. Hubungan kita dengan suami, ayah, ibu dan masyarakat.
2. Bagaimana kehidupan kita dalam melaksanakan syariat yang telah ditetapkan Allah.
3. Bagaimanakah tahap keikhlasan kita dalam bersungguh untuk memohon kepada Allah.

Lalu aku bertanya kepadanya secara jujur. " Sebelum ni, akak memang tak pernahkan berpakaian sebegini?" Dia menjawab ya. Saya menjadi begini kerana saya menjadi buntu dan memikirkan kesalahan saya terhadap suami. Ustaz bayangkan, sebelum kami berpisah hampir tiap malam suami saya mabuk, dan hampir setiap malam saya membaca yasin, berdoa dan menyambut kepulangan suami walaupun dia sedang dalam keadaan mabuk.

Saya memikirkan apalah kesalahan saya sampai dia berfoya-foya di luar. Sehinggalah sekarang kami tinggal berasingan dan dalam proses penceraian secara rasmi di mahkamah. Secara jujur aku mengatakan akak itu terlalu cantik. Maka timbul dalam benak hatiku, aik perempuan cantik macam ni suami buat perangai. Patut Rozita Che Wan dan Rita Rudaini boleh cerai.

Apakah sebenarnya yang dicari oleh seseorang lelaki itu. Apakah kerna paras rupa, harta, pangkat mahupun kemewahan. Mungkin yang paling tepat pasangan si suami isteri perlu mempunyai pegangan asas agama yang cukup kuat agar ikatan rumah tangga tidak goyah dan rapuh. Setelah kami berbual panjang, dapatlah aku simpulkan akak itu berubah kerana tekanan dalam hidup. Lebih-lebih lagi suami meninggalkannya dalam keadaan masih mengandung.

Dan kalimat terakhir sebelum kami berpisah. Aku mengingatkan bahwa, bukan Allah Taala tak nak memakbulkan doa akak, tapi Allah rindu suara akak tatkala akak memohon dan berdoa kepadaNya. Dan Cintailah Yang Maha Mencintai... Allahua'lam....

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.30am
11-6-2010
Shah Alam

Isnin, 7 Jun 2010

Renungan Sejenak 31 : Moga-moga ketaatan itu ada pada kita.

Dalam minggu ini aku terlalu sibuk sedikit sehingga jarang dapat untuk mengupdatekan blog ini. Dan besok pagi sampai hari Jumaat ini, aku perlu menjadi fasilatator untuk suatu Kem Ibadah bagi remaja anjuran MBSA. 

Cuma ada sekeping foto yang aku ingin kongsikan bermasa kalian semua. Sewaktu semalam aku berhenti di R n R Seremban untuk solat jama' Maghrib dan Isya' aku sempat mengambil foto ini. 


Aku sungguh teruja dan begitu sebak sekali melihat kesungguhan pak cik tua itu yang bersungguh dalam bersolat meskipun dia sudah tidak mampu berdiri lagi. Aku terpikir di dalam hati, adakah jika aku sudah seperti pak cik itu, aku mampu untuk beribadah kepada-Nya.

Aku meminta kepada Allah agar kerajinan dan ketaatan dalam beribadah itu Allah kurniakan kepada kita semua. Meskipun, dalam keadaan kita senang mahupun susah. Dalam keadaan muda mahupun tua. Amin....

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.44am
7-6-2010
Shah Alam

Jumaat, 4 Jun 2010

Renungan Sejenak 30 : Qunut Nazilah untuk kekejaman Israel Laknatullah...


Kekejaman Israel kian menganas. Semakin hari semakin banyak nyawa yang terkorban. Dan kini golongan yang ingin memberikan bantuan kepada penduduk Palestin pula yang menjadi mangsa serangan zalim mereka. Sudah sampai masanya untuk kita membaca Doa Qunut Nazilah setiap kali solat fardhu seperti kata Tuan Guru Hadi Awang.

Alhamdulilah, tadi telah selesai solat sunat hajat beramai-ramai di Stadium Melawati Shah Alam sempena dengan tragedi yang melanda rakyat Malaysia dan mangsa-mangsa serangan zionis laknatullah ini. 

Di sini, daku lampirkan Doa Qunut Nazilah untuk kita baca bersama-sama setiap kali solat fardhu.


Gambar-gambar kekejaman Israel Laknatullah...





al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.08am
4-6-2010
Shah Alam

Selasa, 1 Jun 2010

Pautan Semasa 34 : Judi di Tanah Melayu.



Baru- baru ini kita digemparkan dengan isu yang menghangatkan suasana negara Malaysia. Iaitu kes kelulusan lesen judi sempena perlawanan Bola Sepak Piala Dunia. Lesen tersebut telah dikeluarkan oleh pemerintah Malaysia untuk menghindarkan dari gejala perjudian yang tidak berlesen. 

Mungkin orang-orang dikampung takkan pernah tahu kewujudan lesen tersebut kalau hanya menonton siaran tv kerajaan serta membaca surat khabar kerajaan. Bagi yang mengikuti perkembangan melalui internet, akan mengetahui berita yang sedang hangat ini. 

Mungkin belum terlambat untuk aku mengulas tentang isu judi ini. Dalil dari al-Quran serta hadis dengan jelas menyatakan bahwa minum arak, berjudi serta bertilik nasib adalah haram dan perbuatan yang mensia-siakan. Dan dari apa yang aku pelajari dulu, datangkanlah mana-mana agama baik Hindu, Budha, mahupun Kristian memang mengharamkan perbuatan judi dan minum arak.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 219 ;

" Mereka berkata kepadamu tentang khamar (arak) dan judi. Katakanlah pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya ".

Tapi apa yang membezakan diantara Islam dan agama yang lain, agama lain hanya mengharamkan sahaja perbuatan tersebut. Tanpa mempunyai hukuman terhadap persalah tersebut. Islam dengan canggihnya telah meletakkan suatu hukum yang khas bagi persalah judi dan minum arak. Serta ditambah dengan penegasannya dalam mengharamkan amalan tersebut. 

Pabila bercerita tentang judi ini, teringat aku masa kecik-kecik dulu. Sebenarnya gejala judi ini perlu dibendung sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Cuba lihat anak-anak bermain mesin tikam untuk mendapatkan hadiah dengan memasukkan 20 sen kedalam mesin tersebut. 

Tapi kalau bagi yang dewasa pula, sering kita lihat dalam permainan sukan. Team siapa yang lebih hebat. Kalau dalam permainan boling, snuker sering kali kita mendengar istilah " kalah bayar". Ini adalah perjudian yang paling hampir dalam masyarakat Islam khususnya di Tanah Melayu ini. 

Untuk mengetahui istilah sebenar maksud perjudian itu. Maka kita perlu merujuk dalam istilah fekah. Judi itu bermaksud , " win gain lose".. Kemenangan seseorang di atas kekalahan seseorang.  Jadi budaya perjudian ini perlu diharamkan serta dipantau dari setiap genap pelusuk masyarakat.

Pernah aku dan kawanku Hilmi ditanya oleh seorang pak cik di Medan. Sedang aku makan diwarungnya dan sememangnya dia mengenali kami bahwa kami memang orang Malaysia. Lalu dia memuji-muji kewibawaan Tun Dr. Mahathir dalam memimpin Malaysia dan menyatukan antara Indonesia dan Malaysia dalam arus pemerintahan Bapak Suharto. 

Kemudian dia bertanya, nak Malaysia itu negara Islamkan? Dan mayoritas semuanya Islamkan? Lalu aku menjawab ya.. Dia menyambung lagi, " Kenapa Genting itu merupakan pusat perjudian yang terbesar di Asia ada di Malaysia?" " Apakah Malaysia membenarkan gejala perjudian itu?" Lalu aku dan temanku hanya terdiam membisu dan tertawa dalam malu....

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
6.07pm
1-6-2010
Shah Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails