Jumaat, 20 September 2013

Coretan Yang Berkelana 184 : Tangsian Si Ibu.

 
 

Usai kuliah pagi kelmarin. Seorang ibu mendatangi keretaku lalu bertanya kepadaku, 'Ustaz nak cepat ke?'. Aku menjawab 'Eh takdelah nak ke office je'.

Ustaz macam mana dengan anak saya ye ustaz? Itu hari saya hantar anak saya sambung belajar ke luar negara. Teman wanita anak saya ada sama masa kami hantar ke airport. Lepas anak saya naik kapal terbang. Teman wanita dia pun bersetuju untuk hantar anak perempuan saya pulang ke kampus.
 
Saya pun ok jelah. Kerana kebetulan mereka sama universiti. Saya dan keluarga pulang ke rumah. Selepas seminggu anak perempuan saya menceritakan perbualan antara dia dan teman wanita anak lelaki saya.
 
Tak sempat habis lagi cerita dia, saya sebak ustaz. Saya menangis...
 
' Kenapa makcik menangis?,' tanya aku.
 
Teman wanita anak saya cakap, kenapa saya kongkong kehidupan anak saya. Anak saya tu anak emak. Nak bagi pendapat sendiri pun tak boleh. Nak buat keputusan sendiri pun tak boleh. Seolah-olah saya ni mengongkong kehidupan anak lelaki saya.
 
Ustaz bayangkan? Belum bertunang lagi ustaz? Dia dah cakap kat saya macam-macam. Macam mana besok kalau dah kahwin dengan anak saya nanti ustaz. Layak ke dia saya buat menantu ustaz?
 
Saya tahu anak lelaki saya seorang yang baik. Tidak pernah melawan dari kecil lagi. Segala perintah dan arahan saya dia tak pernah angkat suara. Sampailah masuk universiti ustaz.
 
Kalau waktu cuti tu. Saya pun risau kalau tengok dia asyik dirumah je. Kadang saya suruh juga dia keluar jumpa kawan-kawan biar dia bermasyarakat sikit.
 
Anak saya tu baik ustaz. Solat tak pernah tinggal. Saya suruh belajar agama. Dia pergi belajar. Saya takut ustaz, besok macam mana kalau dia dah kahwin nanti?
 
' Macam ni lah makcik. Kebiasaan kita orang melayu ni, bila anak nak kahwin selalu suruh anak solat istikhorah agar pilihan pasangan dia itu betul disisi Allah,' aku menjawab.
 
' Tapi jarang ibu bapa solat istikhorah dalam membuat pemilihan menantu.  Kita kadang-kala hanya menyerahkan bulat-bulat keputusan pada tangan anak kita sahaja, kita selaku ibu bapa jarang meminta petunjuk daripada Allah apakah menantu itu bagus atau tidak pada kemudian hari nanti', aku menyatakan pendapatku.
 
Sebaiknya, makcik tenangkan hati. Tanya anak makcik baik-baik. Dan ajaklah suami dan makcik buat istikhorah agar mendapat menantu yang diredhai Allah S.W.T kelak.
 
Makcik itu menyatakan terima kasih dan kami pun beredar.. Allahua'lam..
 
~ Kembara Meraih Cinta ilahi ~
al-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
6.37pm
20-9-2013
Shah Alam
 

Selasa, 10 September 2013

Coretan Yang Berkelana 183 : Teguran Di Kolah Masjid.



Tiba-tiba dalam minggu ini aku teringat sebuah kisah tahun lalu yang berlaku di depan mataku. Saat menziarahi teman lama di Klang, aku dan beberapa orang sahabat singgah untuk solat zuhur sebentar di sebuah masjid.

Seperti biasa kami memparkirkan kereta dan menuju ke ruang wudu'. Usai mengambil wudu' ada beberapa anak muda yang baru mengambil wudu' dan kedapatan seorang orang tua yang turut sama dengan mereka.

Tiba-tiba selepas anak muda ini habis mengambil wudu' orang tua itu memberi salam dan memperkenalkan dirinya. Setelah bersalaman, orang tua menegur tindakan anak-anak muda tadi yang mengambil wudu' di kolah masjid.

Orang tua itu menegur anak-anak muda tadi, bahawasanya sebelum mencelupkan tangan ke dalam kolah basuhlah tangan dahulu diluar kolah atau pun di paip yang berada diruangan tepi kolah itu. Lalu si anak muda bertanya kenapa? Apakah salah mereka?

Orang tua itu berkata, tangan yang belum dicuci penuh dengan kimia dan macam-macam penyakit yang apabila dicelup ke dalam kolah akan mengakibatkan orang lain turut sama terkena penyakit tersebut. Anak-anak muda itu diam sahaja sewaktu dileteri orang tua tersebut.

Aku hanya memandang sahaja tindakan orang tua itu. Dalam hatiku berkata, patutlah anak muda kurang pergi ke masjid, buat itu salah, buat ini salah.

Mana ada dalam sejarah orang kena penyakit dari ambil wudu' dalam kolah masjid. Ada orang siap ambil air kolah masjid lagi untuk dibuat ubat jika terkena penyakit misteri. Subbhanallah. Aku menghela nafas panjang.. Allahua'lam.

~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al - Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
11.24pm
10-9-2013
Shah Alam

Isnin, 2 September 2013

Coretan Yang Berkelana 182 : Kerana Senaskah Surat Khabar...



Seorang anak yang merupakan bisnesman berjaya sering menghantar ayahnya ke kedai runcit setiap pagi. Ini disebabkan sang ayah merupakan seorang penjual surat khabar. Maka terjadilah perbualan diantara sang anak dan sang ayah.

Anak : Abah kenapa abah jual surat khabar lagi? Bukan ke saya dah mampu tanggung semua. Lagi pun jual surat khabar berapa sen la sangat untungnya kan?

Ayah : Yup, memang takkan kaya pun kalau jual surat khabar je nak.. Kamu nak tahu sangat ke kenapa abah masih lagi jual surat khabar ni? 

Anak : Iya bah.. Saya pelik sangat dengan sikap abah.

Ayah : Kamu tahukan abah tak sekolah tinggi. Dan abah tidak ada ilmu yang banyak.

Anak : Ya bah..

Ayah : Memang abah sengaja jual surat khabar ni nak.. Kerana abah tak pandailah, abah jual surat khabar ni. Biar anak bangsa abah pandai. Biar mereka membaca dan membentuk kejayaan hidup mereka dengan membaca.

Anak : * Tersenyum*. ( Dalam hati bermonolog. Subbhanallah. Hebat sungguh pemikiran abahku..)

~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
9.31pm
2-9-2013
Shah Alam
* kisah sebenar cuma diadaptasi sedikit. Tribute buat sahabatku Halif Saat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails