Ahad, 26 Oktober 2008

Betul Juga 7 : Lauk yang kena urung…..

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian, apa koba? Insyallah diharap semuanya sihat belaka.. Erm, topik kali ini aku nak cerita sikit la pasal unsur-unsur liberal dan gologan manusia yang mengagungkan akal..

Pada suatu hari, aku berbincang dengan member aku lelaki dan perempuan, alah borak-borak kosong aje.. Tiba-tiba seorang member aku nie terbuka cerita pasal tudung yakni bab tutup aurat la.. Dia tanyalah kepada perempuan ni. Kenapa tak pakai tudung & tutup aurat?
Lalu jawab dia, “Persoalannya bukan bukak aurat tu ok, yang penting keimanan dalam hati ni. Lagipun kadang-kadang perempuan yang pakai tudung tu lebih busuk hatinya dari kita orang tak pakai tudung ni.” Lantas segera aku teringat kata-kata Ustaz Ismail Kamus dalam ceramahnya, beliau mengatakan “ Kalau tak pakai tudung & tak tutup aurat hati baik lagi mulia, baik semua telanjang belaka, nanti kalau ditanya orang kenapa telanjang ramai-ramai? Jawablah ‘ hati kita orang mulia’.”….. ;p


Bagi pendapat aku inilah problemnya apabila manusia mendambakan akal. Pernah juga aku mendapat satu soalan dari pelajar IPTA, dia bertanya macam mana nak tegur kawan dia yang tak pakai tudung & tak tutup aurat? Lalu aku teringat kata Ustaz Zaharudin, katanya “ Manakah yang kalian mau beli? Lauk yang ditutup dengan penutup atau lauk yang terbuka dan dihurung lalat?” Maka mestilah kita nak beli lauk yang tertutup, betul tak??

Samalah jugak seperti perempuan yang tidak menutup aurat, semua lelaki suka memandang yang seksi dan lawa, tapi kalau ditanya isteri bagaimana yang mahu dinikahi? Jawab mereka, isteri yang bertudung, solehah lagi beriman… Tapi yang menjadi masalah, ada sesetengah yang dah kahwin pandai menjawab, “ Alah ustaz, saya ni seksi ade je yang nak kahwin dgn saya”. Nah, nie golongan asyik menjawab je..hehehe sampai pening golongan ustaz- ustaz..

Apa-apa pun, bagi aku apa yang ALLAH dan Nabi suruh tu mesti ada hikmahnya. Dari segi satu aspek, perempuan disuruh menutup aurat adalah untuk menjaga maruah mereka dari dilihat oleh lelaki yang bisa menaikkan syahwat. Sebab dari pembacaan dan temubual yang aku perolehi kebanyakan perempuan yang dirogol adalah dari golongan yang bertudung dan menutup aurat.. kan kesian dia orang…

Jadi senang je, kalau lepas ni ternampak perempuan yang pakai seluar nampak seluar dalam, perempuan yang pakai baju nampak coli atau nampak lurah-lurah yang tak sepatutnya, apa lagi pandang terus je sampai dia perasan, lepas tu kalau dia orang marah & cakap “apa pandang-pandang ni?” Cakaplah keindahan itu harus dinikmati…hehe acah je nie just buat lawak-lawak je… tapi mana tau boleh jadi teknik berdakwah, betul tak…kui kui (nie sekadar gurauan sahaja)

Dan yang paling penting, apa yang aku perhatikan hampir kebanyakan orang hanya pandai mengutuk orang yang tak pakai tudung & tak tutup aurat je, tanpa menegur ke atau memberi nasihat.. Seharusnya kita perlulah menegur atau memberi nasihat, dan ingat berilah nasihat dengan penuh hikmah, jangan diserang secara mendadak ini akan membuat mereka tidak panas dan memberontak dan jangan lupa doakan mereka.

Akhir kalam, ini hanya sebuah pengalaman aku dan hanya buah pemikiran aku, mungkin kalian lebih banyak buah pemikiran dan pandangan, ayuh silakan…. Oleh itu, berfikirlah wahai insan yang mempunyai akal.. Wassalam….

Pecah Perut 2 : Menghadap kemana?

Pada suatu ketika seorang ulama ditanya oleh seseorang, “ Jika aku telah menanggalkan semua pakaianku, lalu aku turun ke sungai untuk mandi janabah, maka aku harus menghadap ke kiblatkah atau menghadap kemana?
Kemudian ulama itu menjawab, “ Hendaknya kamu menghadap kearah pakaianmu agar tidak dicuri orang….

Pecah Perut 1 : Dialog Dua Dungu.

Pada suatu hari ada dua dungu memandang ketinggian menara masjid dengan penuh kekaguman. Kemudian yang seorang berkata, “ Alangkah tingginya badan orang- orang dahulu sehingga mereka boleh membuat menara setinggi itu”. Lalu kawanya menjawab : “bodohnya kau ni! Mana ada di dunia ini orang yang badannya setinggi menara itu? Sebenarnya mereka membuat menara itu di bawah dulu, lalu menegakkannya.”

Selasa, 21 Oktober 2008

Coretan Yang Berkelana 3 : Jauh perjalanan luas permandangan...

Assalamualaikum para sahabatku sekalian.. Pekabar? Alhamdulilah dapat kita menjalani ibadah puasa, tarawikh dan bertadarus dengan sempurna insyALLAH.. Amin.. Maaflah kepada sesiapa yang tertanya-tanya mana poie nya aku setelah sekian lama menghilang..hehe biasalah sibuk sikit..huhuhu

Benarlah apa yang dikatakan oleh pepatah melayu, " jauh perjalanan luas permandangan". Setelah apa yang aku lalui didalam kehidupan aku diperantauan maka dapat menyelami apa maksud disebalik pepatah tersebut..

Kadang-kala apabila aku berada di Malaysia dulu aku sering ternampak orang miskin yang meminta sedekah, kadang-kala orang cacat yang meminta sedekah di depan masjid atau pun orang buta yang bermain alat muzik di kaki lima... Lalu terdetik didalam hatiku, aku merasa bersyukur sangat kerana dapat hidup didalam keluarga yang serba cukup tidak kaya tetapi tidak sampai meminta-minta...

Setelah aku berlajar di Indonesia, aku memerhatikan bahwa negara kita sebenarnya tidaklah mempunyai rakyat miskin yang menderita terlalu ramai.. Ini kerna, apa yang aku perhatikan di sini (Indonesia) nak menunjukkan bahwa rakyatnya terlalu miskin sehingga wujudnya golongan orang miskin yang mengutip sampah sayuran, buah-buahan yang telah busuk dan rosak lalu dicuci dan dimakan kembali...

Sehinggakan kalau kita perhatikan di sini, disepanjang jalan yang (jem) mesti wujud gologan anak-anak yang kecil bermain gitar untuk mendapatkan wang, ada juga anak-anak kecil yang menjual air kotak, air botol dan rokok.. Seharusnya pada umur mereka sekarang, mereka berada di sekolah untuk menuntut ilmu...

Sepanjang beberapa bulan aku di sini, aku sudah menemui 3 orang lelaki yang mempunyai ijazah.. akan tetapi lelaki yang pertama berijazah sarjana muda ekonomi tetapi berkerja sebagai ketua desa sahaja.. Lelaki yang kedua berijazah sarjana muda tarbiyah (agama) tetapi hanya menjual cermin mata.. dan lelaki yang ketiga aku tak ingat dia ijazah apa, tetapi yang penting dia memiliki ijazah dan hanya membawa beca... inilah akibatnya kalau negaranya penuh dengan korupsi.. tidak mustahil Malaysia boleh jadi sedemikan rupa.. ALLAHUALAM............................

Nah, sahabatku yang dikasihi, renungilah dimana kedudukan kita... apakah dengan cerita sebegini kita tidak mahu bersyukut lagi.. apakah dengan membaca coretan di atas, kita tidak mahu menaikkan martabat agama, bangsa dan tanah air kita..

Akhir kalam, berfikirlah wahai insan yang mempunyai akal..
ALLAHUA'LAM... wassalam...

Isnin, 13 Oktober 2008

Renungan Sejenak 5 : KitA sebenarnya.....

Kita sebenarnya..
..Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..
Kita sebenarnya..
..Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..
Kita sebenarnya..
..Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..
Kita sebenarnya..
..Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..
Kita sebenarnya..
..Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..
Kita sebenarnya..
..Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..
Kita sebenarnya..
..Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..
TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka
-wallahua'lam- sumber isuhangatblogspot.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails