Assalamualaikum para sahabatku sekalian.. Pekabar? Alhamdulilah dapat kita menjalani ibadah puasa, tarawikh dan bertadarus dengan sempurna insyALLAH.. Amin.. Maaflah kepada sesiapa yang tertanya-tanya mana poie nya aku setelah sekian lama menghilang..hehe biasalah sibuk sikit..huhuhu
Benarlah apa yang dikatakan oleh pepatah melayu, " jauh perjalanan luas permandangan". Setelah apa yang aku lalui didalam kehidupan aku diperantauan maka dapat menyelami apa maksud disebalik pepatah tersebut..
Kadang-kala apabila aku berada di Malaysia dulu aku sering ternampak orang miskin yang meminta sedekah, kadang-kala orang cacat yang meminta sedekah di depan masjid atau pun orang buta yang bermain alat muzik di kaki lima... Lalu terdetik didalam hatiku, aku merasa bersyukur sangat kerana dapat hidup didalam keluarga yang serba cukup tidak kaya tetapi tidak sampai meminta-minta...
Setelah aku berlajar di Indonesia, aku memerhatikan bahwa negara kita sebenarnya tidaklah mempunyai rakyat miskin yang menderita terlalu ramai.. Ini kerna, apa yang aku perhatikan di sini (Indonesia) nak menunjukkan bahwa rakyatnya terlalu miskin sehingga wujudnya golongan orang miskin yang mengutip sampah sayuran, buah-buahan yang telah busuk dan rosak lalu dicuci dan dimakan kembali...
Sehinggakan kalau kita perhatikan di sini, disepanjang jalan yang (jem) mesti wujud gologan anak-anak yang kecil bermain gitar untuk mendapatkan wang, ada juga anak-anak kecil yang menjual air kotak, air botol dan rokok.. Seharusnya pada umur mereka sekarang, mereka berada di sekolah untuk menuntut ilmu...
Sepanjang beberapa bulan aku di sini, aku sudah menemui 3 orang lelaki yang mempunyai ijazah.. akan tetapi lelaki yang pertama berijazah sarjana muda ekonomi tetapi berkerja sebagai ketua desa sahaja.. Lelaki yang kedua berijazah sarjana muda tarbiyah (agama) tetapi hanya menjual cermin mata.. dan lelaki yang ketiga aku tak ingat dia ijazah apa, tetapi yang penting dia memiliki ijazah dan hanya membawa beca... inilah akibatnya kalau negaranya penuh dengan korupsi.. tidak mustahil Malaysia boleh jadi sedemikan rupa.. ALLAHUALAM............................
Nah, sahabatku yang dikasihi, renungilah dimana kedudukan kita... apakah dengan cerita sebegini kita tidak mahu bersyukut lagi.. apakah dengan membaca coretan di atas, kita tidak mahu menaikkan martabat agama, bangsa dan tanah air kita..
Akhir kalam, berfikirlah wahai insan yang mempunyai akal..
ALLAHUA'LAM... wassalam...
2 ulasan:
aslkm..alif pekabar?cmana study skrg?apa perkembangan yang berkembang dan yang tak berkembang di sana?:)tahniah sbb banyak menulis dan melihat realiti masyarakat..saya juga ada menulis blog...cuma blom masanya nak bagitau anta alamatnya sbb hanya penulisan peribadi aje..tak taulah maybe satu hari nti ana bagi anta baca:) apapun study elok2..aslkm
syukur aku duk kat malaysia ni....
bapak aku pon ade ckp pasal org indonesia ni mase die pergi jakarta. nak check in flight pon kene hulur duit kat kaunter. ntah la btul ke tak. tp aku harap malaysia xkan jadi mcm tu...
cerita la lagi pasal org indonesia ni.... bleh gak jadi duta kecil kat sana...
Catat Ulasan