Selasa, 26 Julai 2011

Coretan Yang Berkelana 117 : Menziarahi Makam Sultan Abd Samad...

Pada Ahad lepas, aku, tunangku, Ahmad Zaki dan Afham Afiq berkesempatan menziarahi Makam Sultan Abd Samad yang berada di Bukit Jugra, Kuala Langat. Program ini tidak dirancang. Sekadar mengisi masa-masa terluang.

Bukan apa, apabila kita menziarahi tempat-tempat sejarah begini kita akan lebih mengenal siapa kita pada hari ini. Sejarah adalah masa lampau yang tidak bisa kita ulangi. 

Tetapi seandainya sejarah itu pernah mengecewakan kita, jangan kita ulangi sejarah kesedihan itu. Sejarah adalah sebagai satu garis panduan untuk menempuh kehidupan yang mendatang agar kita lebih berhati-hati.

Menziarahi makam sebegini akan menwujudkan kesedaran tentang kematian itu adalah sebuah perkara yang benar. Disamping itu juga kita dapat mengenali kehidupan simati sewaktu hidupnya. 

Jika simati seorang yang alim dan wara' sewaktu hayatnya haruslah kita contohi kehidupan simati . Agar kehidupan kita di dunia tidak sia-sia. 

Sekadar pengetahuan bersama, Sultan Abd Samad pernah memerintah negeri Selangor ini. Baginda merupakan sultan selangor yang ke 5. Baginda memerintah dari 1857 sehingga 1898. 

Semasa pemerintahan baginda, Semenyih, Beranang dan Broga telah dimasukkan ke dalam sempadan negeri Selangor. Dan Lukut telah dikeluarkan dari jajahan Selangor dan diserahkan kepada Negeri Sembilan.*



















  



aL-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
11.15pm
24-7-2011
Bukit Jugra & Teluk Kemang

* Nota : sila rujuk 

Khamis, 21 Julai 2011

Coretan Yang Berkelana 116 : Menziarahi Rakan Sekerja...



Semalam aku, tunangku dan Ahmad Zaki pergi melawat kawan kami (Akmal Faseha)di Subang Jaya Medical Centre. Beliau disahkan telah menghidapi penyakit 'kanser tiroid'.. Iaitu penyakit yang bengkak di depan leher. 

Pada beberapa bulan yang lalu, beliau telah menjalani pembedahan di sebuah hospital di Johor Bahru. Pada tika itu, keadaan tidak mengizinkan untuk kami menziarahi beliau.

Dan sekarang beliau sedang menjalani rawatan susulan. Aku mendoakan agar keadaannya bertambah pulih dan kembali seperti sedia kala.

Kala-kala, walaupun kita tidak sakit kita perlu ke hospital untuk melihat bagaimana orang lain sakit. Agar kita tahu mensyukuri nikmat kesihatan yang baik yang telah dikurniakan Allah kepada kita.

Teringat masa zaman diploma dulu, sekelas dengan aku ada seorang mak cik yang merupakan doktor. Sering menasihati kepada kami, " nanti senang-senang ziarah la hospital, biar kita tahu nikmat sihat tu macam mana". 

" Ya Allah, aku syukuri nikmat dan kurniaan kesihatan yang telah Engkau berikan kepadaku Ya Allah "...

aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
12.46am
21-7-2011
Shah Alam

Coretan Yang Berkelana 115 : Pertemuan dengan Irma Hasmie..


Alhamdulillah, satu pertemuan telah ditetapkan oleh Allah, aku dapat bertemu dengan Irma Hasmie pada satu seminar yang berlangsung pada minggu lepas. Seronok rasanya dapat bertemu dengan beliau. 

Aku bukan apa, aku senang bertemu dengan orang yang sudah berhijrah @ transformasi ke alam yang lebih baik setelah dicampakkan Allah hidayah. 

Bukan apa, aku sering menjadikan orang-orang sebegini sebagai idola dan panduan, agar aku sering berdoa kepada Allah jangan hidayah dan iman yang Allah telah kurniakan kepada aku, Dia tarik kembali.

Sering kali aku teringat akan pesan guruku, " Aliff, hari ini kita beriman, besok dan lusa belum tahu lagi kita beriman atau pun tidak ".. Allahualam.

aL- Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
12-24am
21-7-2011
Shah Alam

Khamis, 14 Julai 2011

Lirik Puitis 21 : Tahta...



Dimana tempat adanya kuasa
Disitu juga adanya angkara
Dimana ada namanya manusia
Disitu juga adanya punca propaganda hipokrasi
Yang rendah ingin menjadi tinggi
Dan yang tinggi ingin mendominasi
Yang lemah ingin menjadi gagah
Dan yang gagah ingin terus berada di atas
Di dalam hiruk piruk kota
Dalam mengejar cita-cita
Dimana ada kuasa dan takhta
Ramai yang telah menjadi mangsa
Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik nokhtah
Seakan sudah biasa
Entah bilakah akhirnya 

Aku pernah berada di medan perang ciptaan saudara-saudaraku
Bila harga nyawa lebih murah daripada sebungkus keju
Peduli apa katamu , peduli apa kau mahu
Bila senjata ku hunus
Hanya ajal dan maut yang akan datang bertamu
Cuma hanya ini yang ku mahu 

Bila kau menjadi kaku
Bila kau sudah layu
Bila kau tiada lagi bersenyawa
Aku sudah berada di atas takhta 

Di dalam hiruk piruk kota
Dalam mengejar cita-cita
Dimana ada kuasa dan takhta
Ramai yang telah menjadi mangsa
Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik nokhtah
Seakan sudah biasa
Entah bilakah akhirnya 

Saudaraku yang yang berada disekelilingku
Saudara ku yang sanggup menempuh maut dengan ku
Saudaraku yang hidup mati bersama aku
Saudaraku yang telah gugur kerana aku 

Kerana kuasa aku telah menjadi lupa
Kerana kuasa aku hampir binasa
Hampir ku hilang nyawa , hampir musnah semua
Ibarat mati hidup semula
Ku diberikan peluang untuk kali yang kedua 

Supaya aku sedar
Supaya tak mudah lagi lupa
Supaya tak mudah megah
Dan di atas pasti ke bawah 

Giliran dibawah berlumba-lumba bersedia menanti masanya
Untuk menimpa mengambil alih takhta
Tiada yang kekal lama semuanya hanya sementara
Kerana punca kerana angkara kerana kuasa dan takhta
Tiada yang lebih berkuasa selain dari yang berkuasa 

Didalam hiruk pikuk kota
Dalam mengejar cita-cita
Dimana ada kuasa dan takhta
Ramai yang telah menjadi mangsa
Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik nokhtah
Seakan sudah biasa
Entah bila akhirnya


By : Filsuf feat Erna...

Rabu, 6 Julai 2011

Isnin, 4 Julai 2011

Coretan Yang Berkelana 114 : Masih ada yang lebih susah...


Semalam kami sekumpulan usroh mengadakan lawatan ke Kg. Bagan Tengkorak di Tanjung Karang. Ini membawa beberapa tujuan yang antaranya menziarahi Ibunda Ahmad Zaki  yang baru menjalani pembedahan mata bagi membuang selaput dimatanya.

Kemudian kami mengadakan ziarah ke beberapa buah rumah orang yang kurang mampu disamping itu memberikan sedikit sumbangan bersempena dengan bulan Ramadhan yang akan menjelma tidak lama lagi.

Sumbangan yang diberikan adalah hasil kutipan dari sumbangan sahabat-sahabat setiap kali pertemuan waktu usroh. Alhamdulillah ini merupakan program yang kedua. Muga akan wujud lagi program yang sebegini pada masa akan datang, insyallah.

Dalam menyelami kehidupan mereka yang kurang mampu ini, kita akan mendapat memuhasabahkan diri dan akan wujud perasaan mensyukuri nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita. Kadang-kala kita mengeluh dengan makanan yang tidak sedap.

Kita jarang bersyukur dapat tidur di atas katil yang empuk, dapat melayari facebook sehingga lewat pagi. Dapat meratah peha ayam KFC. Apa yang paling penting kita masih mampu makan dan tidur dalam ketenangan.

Pabila kami melihat orang yang kurang mampu ini, kami terpana sebentar mengenangkan bagaimana mereka begitu gigih mencari sesuap nasi.

Bayangkanlah, masih wujud lagi masyarakat yang hidup di dalam Selangor dengan bergajikan RM400 sebulan? Apakah kerajaan masih mahu lagi menaikkan HARGA MINYAK???

Ada yang berkerja dengan memesin rumput rumah orang dengan berupahkan RM15. Ada yang menjual kerepek dengan mendapat penghasilan sehari RM20.. Apa yang paling menyedihkan, rumah mereka dibina atas tanah-tanah rizab yang bila-bila masa saja boleh diroboh..

Syukurilah apa yang ada pada kita, nescaya Allah akan melambakkan rezekiNya kepada kita. Allahual'lam.
















aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.08pm
4-7-2011
Shah Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails