Selasa, 26 Julai 2011

Coretan Yang Berkelana 117 : Menziarahi Makam Sultan Abd Samad...

Pada Ahad lepas, aku, tunangku, Ahmad Zaki dan Afham Afiq berkesempatan menziarahi Makam Sultan Abd Samad yang berada di Bukit Jugra, Kuala Langat. Program ini tidak dirancang. Sekadar mengisi masa-masa terluang.

Bukan apa, apabila kita menziarahi tempat-tempat sejarah begini kita akan lebih mengenal siapa kita pada hari ini. Sejarah adalah masa lampau yang tidak bisa kita ulangi. 

Tetapi seandainya sejarah itu pernah mengecewakan kita, jangan kita ulangi sejarah kesedihan itu. Sejarah adalah sebagai satu garis panduan untuk menempuh kehidupan yang mendatang agar kita lebih berhati-hati.

Menziarahi makam sebegini akan menwujudkan kesedaran tentang kematian itu adalah sebuah perkara yang benar. Disamping itu juga kita dapat mengenali kehidupan simati sewaktu hidupnya. 

Jika simati seorang yang alim dan wara' sewaktu hayatnya haruslah kita contohi kehidupan simati . Agar kehidupan kita di dunia tidak sia-sia. 

Sekadar pengetahuan bersama, Sultan Abd Samad pernah memerintah negeri Selangor ini. Baginda merupakan sultan selangor yang ke 5. Baginda memerintah dari 1857 sehingga 1898. 

Semasa pemerintahan baginda, Semenyih, Beranang dan Broga telah dimasukkan ke dalam sempadan negeri Selangor. Dan Lukut telah dikeluarkan dari jajahan Selangor dan diserahkan kepada Negeri Sembilan.*



















  



aL-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
11.15pm
24-7-2011
Bukit Jugra & Teluk Kemang

* Nota : sila rujuk 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails