Khamis, 25 Februari 2010

Renungan Sejenak 25 : Realiti Sambutan Maulid Nabi.


Junjungan Mulia.
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

Salam maulidurasul kepada sidang pembaca sekalian. Maaf jika terlambat menulis entri ini, ini berikutan keuzuran ke atas diriku yang begitu menguji naluri keinsanan aku sebagai seorang makhluk Allah.

Aku tidak ingin mengupas tentang hukum menyambut maulid nabi ini. Cukuplah sekadar ulama'-ulama' yang muktabar sudah mengupasnya. Sila rujuk fatwa Dr. Yusuf al-Qardhawi. Aku lebih memlilih jalan as-Syahid Hassan al-Banna, iaitu mengambuil jalan keluar dari permasalahan kekhilafan. 

Apa yang dapat kita perhatikan, apabila tiba sambutan maulid nabi ini, yang hanya ada pada masyarakat kita hanyalah berarak. Alhamdulilah wujud juga sebuah golongan yang membaca marhaban iaitu kitab Barzanji itu dengan memuja-muji Rasullah. 

Teringat daku akan sepotongan ayat al-Quran, "tidaklah Kami diutuskan kepada manusia melainkan rahmat bagi seluruh alam". Ini menunjukkan bahwa kehadiran Rasullah itu adalah merupakan rahmat bagi seluruh alam sampai kiamat nanti. Tidak dapat dinafikan lagi dengan hadis-hadis yang menceritakan tentang sayangnya baginda terhadap umatnya, sampai padang mahsyar nanti.

Apalah fungsi dan realitinya pada masyarakat, jikalau hanya sekadar perarakkan yang didendangkan dengan selawat tanpa sedikit pun timbul dihati perarak itu untuk menegakkan perjuangan Rasullah, untuk menegakkan sunnah Rasullah. Jika nak dibandingkan sayangnya ulama'-ulama', sahabat-sahabat dahulu dengan kita jauhlah berbeza.

Sayangnya ulama' dahulu kepada Rasullah sampai wujud sebuah kitab Barzanji yang dikarang oleh Syeikh Jaafar al-Barzanj demi utuhnya cinta kita kepada Rasullah. Kita hanyalah mepertikaikan kitab itu, hanyalah mengatakan bidaah dolalah. Tanpa ada sebuah contoh teladan untuk ditunjukkan kepada masyarakat tentang lambang cinta kepada Rasullah s.a.w. 

Pada sudut yang lebih tinggi pula, apalah salahnya menyuruh seluruh kabinet ke, apa ke untuk mewajibkan memakai tudung tanda cinta kepada Rasullah bagi yang perempuan. Syarikat penyiaran pula, seharusnya sudah mewujudkan iklan-iklan tentang pemakaian serban, jubah, pemakaian tudung, penutupan aurat dikalangan sesama muslim. 

Mungkin ini juga boleh kita bicarakan diakhirat kelak pabila memerlukan syafaat nabi, secara automatik kita boleh mendapatkan kerana didunia lagi sudah kita tunjukkan bahwa kita adalah seorang pencinta Rasullah. Allahualam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.07am
28-2-2010
Shah Alam



Coretan yang Berkelana 61 : Ujian Allah kepadaku...

Sudah seminggu aku diduga oleh Allah s.w.t dengan suatu ujian yang membuat aku begitu tabah dalam menghadapi kehidupam sehari-hari. Entahlah, sudah seminggu aku mengalami kesakitan yang amat sangat. Mungkin kepada kalian yang peka dengan penulisanku, akan tertanya-tanya sudah seminggu aku tidak menulis entri yang baru.

Sehingga pada petang tadi, aku mula memberanikan diri untuk berkata kepada pelajar-pelajar bahasa arab di kelas pengajian al-Quran di Subang Jaya. Sungguhpun kaki aku terlalu sakit untuk memijak clash kereta tapi ku gagahi jua demi amanah yang sudah terpikul dibahuku ini. 

Seperti biasa, aku memulakan pengajian kelas bahasa arab tersebut dengan permulaan yang begitu tidak tertahan tubuhku untuk berdiri. Mengenang kesakitan orang lain yang lebih parah, aku mula bersemangat waja serta berani untuk membuat pak cik dan mak cik di dalam kelas itu ketawa.

Alhamdulilah setelah selesai pembelajaran, aku meminta kepada mereka untuk membaca yasin serta solat hajat untuk ku kerana jiwa ini sudah tidak tertanggung kesakitan yang amat sangat. Alhmadulilah, mereka memberikan suatu semangat kepadaku agar jangan mudah bersedih dan berputus asa dari rahmat Allah s.w.t. Amin... 

Kepada sidang pembaca sekalian, doakan kesihatanku agar pulih seperti sedia kala. Apa yang ku pinta serta labuhkan tangan untuk meminta kepada Allah hanyalah satu, sembuhkan sakitku ini agar aku dapat menyempurnakan amanah yang terpikul dibahuku ini. Amin..

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.43am
25-2-2010
Batu Tiga, Shah Alam.

Khamis, 18 Februari 2010

Coretan Yang Berkelana 60 : Nilaian 24 jam.

Kadang-kala kita tidak menyedari kerja-kerja yang kita lakukan seharian. Seawal sesudah subuh sampai waktu kita ingin melelapkan mata kembali kita tidak sedar 24 jam itu berlalu begitu sahaja. Entahlah, sejak kebelakangan ini, aku mungkin sedikit sibuk, sehingga tidak sedar hari sudah menjelang maghrib.

Apa yang paling membimbangkan, apakah persediaan kita menjelang hari yang ditinggalkan seorang diri dalam kubur nanti. Kira-kira jam 1.00am tadi aku sampai di rumah selepas pulang dari rumah Ust Amin, ini berikutan pada hari Sabtu nanti beliau akan bertolak ke Korea. Atas urusan tertentu. Seawal Isyak beliau sudah menghubungiku untuk bertemu dengannya pada malam ini.

Kami bertemu untuk membincangkan tentang beberapa urusan berkaitan dengan adik-adik junior yang berkemungkinan besar akan dihantar ke Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara. Sedang asyik berbincang, ust mengkhabarkan kepadaku bahwa Ust Jamal baru terkena angin ahmar. Alhamdulilah sekarang keadaan beliau sudah semakin baik. Aku turut mendoakan agar kesihatan Ust Jamal semakin pulih. Amin.

Begitulah rutin aku seharian, alhamdulilah mujur Kak Mala menelefonku jam 4.00pm tadi untuk memberitahu tentang kelas bahasa arab di Subang Jaya. Aku hampir terlupa, kalau tidak mengamuklah pak cik dan mak cik yang menunggu aku. Fuh.. Teringat aku akan sebuah nukilan yang dinukil oleh Tok Kenali,:

Al-waktu kas sayap (waktu itu umpama sayap)
Pabila tak tangkap (apabila tak tangkap)
Patarbang nga (terbanglah ia)
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.18am
18-2-2010
Shah Alam

Sabtu, 13 Februari 2010

Coretan Yang Berkelana 59 : Alhamdulilah, selesai satu urusan.

Alhamdulilah kira-kira jam 6.30pm aku sampai di Subang Airport. Bengang juga hati ini. Dahlah dari Medan aku asyik nak bertekak je. Nak buat pengurusan sampai bertekak-tekak. Lepas tu, dekat imigresen Indonesia. Kemudian bila sampai je kat Kastam Subang, aku tengok-tengok beg aku dah kene bukak..

Bengangnya hati ini, aku ingat orang Medan je suka buka beg orang. Teringat waktu pertama kali aku sampai di Medan. Beg aku siap terbuka lagi. Hati ini terus menyumpah seranah. Kemudian setelah aku mengambil beg aku, aku ditahan di bahagian kastam, untuk pemeriksaan. Lepas tu yang pegawai tu siap tanya lagi, banyak bawak kitab. Ada bawa tafsir tak? 

Aku menjawablah tak. Pasal dalam beg aku tu memang takde tafsir. aku kehairan. Rupa-rupanya sekarang pihak kastam mula menapis buku-buku dari luar. Ini berikutan terlalu banyak kitab-kitab yang diseludup dari Indonesia. Dalam hati kecilku berkata, "Dah tu, orang Malaysia malas nak menulis dan menterjemah kitab arab, hah eloklah kita beli dari Indonesia".

Kemudian selesai dari perkara itu semua, aku menghela nafas panjang. Alhamdulilah selesai semua urusan yang harus aku lakukan. Dari pengurusan tesis mencari pembimbing sampai ke pengurusan ujian munaqasyah. Alhamdulilah segala urusan dipermudahkan Allah s.w.t.

Gambar keadaan didepan kampus Iain yang menjual kitab-kitab agama.

Dengan pak cik berkupiah putih itulah aku banyak membeli kitab-kitab agama.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.45am
13-1-2010
Shah Alam

Rabu, 10 Februari 2010

Coretan Yang Berkelana 58 : Menuntaskan segala urusan.


Tepat jam 13.00 (WIB) aku sampai di Bandara Polonia. Seharusnya aku sampai jam 12.00 akan tetapi penerbangan dari Singapura terlambat sampai, ini menyebabkan penerbangan aku dilewatkan ke jam 12.30pm (waktu Kuala Lumpur).

Setelah pasport aku dicop oleh pihak Imigrasi Indonesia, aku terus melangkah keluar dari airport untuk mencari teksi. Alhamdulilah memang sudah ditakdirkan segala urusan kita didunia ini, tiba-tiba Pak Iwan menyapa aku, "Bang Aliff, baru pulang ya,". Aku terkejut lalu kami bersalaman dengan segera aku menaiki kereta MPV Suzuki nya itu. Pak Iwan pernah menjadi pemandu pelancong kami ketika aku dan teman-teman ke Acheh pada tahun lepas.

Kereta Pak Iwan terus memacu ke rumahku. Ini kerana saat aku sampai di airport Ammar telah menelefonku agar terus pulang ke rumah. Ini berikutan pengurusan sedang sibuk tambahan pihak yang harus menguruskan sudah pulang. Hurm... Kata benak hatiku.

Malam ini aku tidur di rumah Omar dan Yusuf. Mereka menjemput aku untuk tidur dirumah mereka lagipun ahli rumahku semuanya sudah pulang dan hanya mereka bertiga termasuk Ammar yang tinggal dirumah itu. Malam itu aku tidak terus tidur, mereka membantu aku mencari borang, sijil-sijil, pembayaran, resit-resit serta beberapa perkara yang harusku selesaikan esok dikampus.

Tepat jam 9.00am aku ditemani oleh Ammar untuk membantu aku membuat pengurusan. Alhamdulilah, proposal pembaikan aku diterima dan akan keluar pembimbing pada hari khamis ini, insyallah.

Dan hari ini (Rabu), alhamdulilah pengurusan berkaitan dengan rekap nilai sudah selesai, ini bertujuan untuk aku melaksanakan ujian munaqasyah. Ia merupakan ujian kedua yang terakhir sebelum mendapat gelaran Sarjana Muda Syariah. Apa yang menyedihkan aku pada hari ini, dua kali aku bergaduh dengan pihak pengurusan. 

Bukan apa, semalam aku sudah meletakkan surat bagi pengesahan pelajar, mereka memberitahu akan siap hari ini. Paginya aku minta, mereka katakan besok. Lalu aku meninggikan suara, dengan mengatakan besok aku harus pulang ke Malaysia. Lalu dengan segera mereka menyiapkan suratku pada waktu itu juga. Dalam hatiku berkata, 20 tahun akan datang pun negara kau takkan maju..


Ammar berbaju merah, Omar berbaju hitam.

Terima kasih kepada kalian , banyak kalian bantu aku.

Surat penerbangan Fireflyz.

Bording pass dan departure kad.
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
16.53 WIb
10-2-2010
Komplek Iain, Medan

Ahad, 7 Februari 2010

Jom Baca Hadis : Siri 18, Ingin dikasihi Allah dan manusia.

Dari Abi al-A'bbas Sahl bin Sa'din as-Sai'di r.a katanya : Telah datang seorang lelaki kepada nabi s.a.w lalu berkata, :

Ya Rasullah ! Tunjukkanlah kepada aku suatu amal yang apabila aku kerjakan, dikasihi aku oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Kemudian Rasullah berkata : "Hendaklah engkau zuhud pada dunia, nescaya engkau dikasihi oleh Allah, dan engkau zuhud pada apa yang ada disisi manusia, nescaya engkau dikasihi oleh manusia.

Hadis Hasan diriwayatkan oleh Ibn Majah dan lainnya dengan sanad yang bagus.

Rabu, 3 Februari 2010

Pautan Semasa 27 : Penghinaan terhadap Rasullah tercinta.


Gambar kat atas ni, aku baru dapat dari member aku tadi. Cuba teliti betul-betul 2 orang ini telah menghina Nabi Muhammad s.a.w. So kalian yang ada facebook boleh cari nama yang tertera di dalam gambar. 

Aku minta sangat-sangat mereka berdua yang menghina Rasullah ini mendapat hukuman yang setimpal samada dari pihak berkuasa mahupun dari pihak yang bertanggungjawab. Pastikan mereka meminta maaf kepada seluruh umat Islam. 

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
10.45pm
3-2-2010
Shah Alam

P/s : Tujuan aku post gambar ini, bukan untuk mencari provokasi atau menimbulkan apa-apa rusuhan mahupun membuat apa-apa hasutan. Cuma rasa terpanggil dari naluri hati Keislaman yang ada. Allahua'lam.

Coretan Yang Berkelana 57 : Bohong di dunia.


Bohong di dunia. Itulah ungkapan yang dapat diluahkan kehidupan kita di dunia ini. Sebenarnya aku nak kongsikan sikit sebuah buku yang baru selesai aku membacanya, iaitu sebuah tulisan Allahyarham Buya Hamka yang bertajuk "Bohong di dunia". 

Apa yang aku dapati walaupun di dalam penulisan ini, Prof. Hamka ingin membawa pembaca mengikuti perjalanan falsafahnya tetapi tidak dapat dinafikan beliau juga membawa pembaca untuk  mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

Sebenarnya gejala pembohongan ini kita sendiri telah menyemainya sedari anak kita masih kecil lagi. Tatkala anak kita menangis dengan segera kita berjanji untuk membelikan ais krim dan membawanya berjalan-jalan maka keringlah secara tiba-tiba air mata anak itu tadi. 

Setelah anak itu diam, kita pun terlupa janji yang telah kita taburkan tadi. Maka telah berlaku pembohongan yang tidak kita sedari boleh menjadi suatu bibit-bibit kerosakan akhlaq anak itu, yakni apabila ia pula mula berbohong pabila ia meningkat dewasa. Aku juga senada dalam mengikuti pendapat Prof. Hamka ini, iaitu beliau membicarakan dalam semua keadaan kita tidak boleh berbohong, kecuali dalam 3 keadaan :

1. Dalam peperangan
2. Mendamaikan antara 2 orang yang bergaduh
3. Menghindari dari terjadinya perceraian antara suami dan isteri

Sambung beliau lagi, walaupun dalam keadaan di atas kita diharuskan berbohong, maka ia tetap juga dipanggil berbohong iaitu tetap tidak bercakap benar. 

Sebagai renungan untuk kita bersama, Prof. Hamka mendatangkan sebuah kisah di zaman Rasullah yang begitu masyhur sekali. Tatkala datang seorang pemuda yang suka mencuri melafazkan kalimah syahadah, beliau bertanya kepada Rasullah, " Ya Rasullah, sesungguhnya aku ini telah Islam dan aku begitu suka mencuri apakah yang harus aku lakukan?". Rasullah menjawab, " Tinggalkan perbuatan berbohong". 

Maka kembalilah pemuda itu ke rumahnya dengan hati yang gembira apabila mendengar bahawasanya Nabi tidak melarang mencuri hanya melarang berbohong. Pada keesokan harinya, beliau ingin mencuri tiba-tiba dalam hatinya berfikir, Rasullah  melarang aku berbohong, nanti kalau lepas aku mencuri tiba-tiba terserempak dengan baginda, lalu bertanya kepadaku adakah aku masih mencuri lagi?

Apa yang harus aku katakan kepada baginda. Kalau aku cakap aku mencuri, nanti tangan aku dipotong, kalau aku cakap aku tak mencuri maka aku sudah berbohong kepada baginda. Maka, tidak mencurilah pemuda itu hingga kesudahnya. Begitulah dakwah yang dibawa oleh Rasullah s.a.w. Allahua'lam.

Orang yang berani berkata terus-terang, adalah orang yang 
mendidik jiwanya sendiri untuk merdeka. Dan orang yang berani menerima 
perkataan terus-terang, adalah orang yang membimbing 
jiwanya kepada kemerdekaan. Sebab itu dapatlah dikatakan bahawa, 
kebenara itu adalah kemerdekaan. 
(Prof. Dr. Hamka)
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
12.17am
3-2-2010
Shah Alam

Isnin, 1 Februari 2010

Pautan Semasa 26 : Privasi ke maklumat kita di Facebook?

Tahukah kalian Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard teramat mengodam website u hanya untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka?... Maka adakah jaminan terhadap profail peribadi para pemilik akaun Facebook kerana kini beliau merupakan pemilik Facebook? 

Majalah The Times telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara "tokoh paling berpengaruh dunia 2008", iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan dalai Lama.

Majalah Forbes juga telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke 321 terkaya di Amerika Syarikat daripada 400 individu lain dalam tahun 2008. Namun apa yang lebih penting, mamat ini pernah tersenarai didalam Forbes. Ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD$1.5 billion..

Sumber : http://malaysiasensasi.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails