Selasa, 29 Mac 2011

Sekadar Berkongsi 7 : Pengukur Kebahagian....


Telinga aku dalam minggu ni asyik dikumandangkan cerita berkaitan dengan PENCERAIAN. Ada yang sudah lebih 25 tahun bernikah dan sudah mempunyai cucu tetapi jodoh tidak mengizinkan. Maka mereka bercerai.


Itu antara kisah yang membuatkan aku benar-benar terkejut. Ada juga kisah yang berkaitan dengan kewangan. Perkahwinan hampir 15 tahun, tiba-tiba suami dibuang kerja dan isteri secara tiba-tiba meminta cerai.

Ada pula kisah yang baru bernikah 3 bulan tiba-tiba datang fitnah maka bercerai jua akhirnya.

Apakah yang dimaksudkan dengan kebahagian dalam perkahwinan?

1. Apakah dengan kewangan semata-mata?
2. Apakah dengan sekadar cukup makan dan pakai?
3. Apakah dengan luangkan masa dengan keluarga itu sudah mencakupi erti bahagia?
4. Apakah kebahagian itu diukur dengan gaya kehidupan keluarga orang lain?
5. Apakah kebahagian itu sekadar semata-mata keilmuan akhirat sahaja?

Nah, tepuk dada tanyalah keimanan kita. Bagaimana awalan perhubungan kita sebelum pernikahn dan pemahaman kita tentang apa itu pernikahan? Nescaya kita akan menemui jalan Tuhan. Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.42pm
29-3-2011
Putra Height 

Jumaat, 25 Mac 2011

Lirik Puitis 20 : Tua Mengejar Kita...




Ingatkah semua
Hari tua pasti menjelma
Detik waktu yang laju
Pantasnya tak akan menunggu

Begitu usia 
Makin hari makin meninggi
Siang malam berganti
Yang pergi tak berulang sekali lagi

Begitu cepat putaran masa
Terkadang tanpa pun kita sedar
Siapa yang lebih bersedia
Dialah yang selesa 

Tua mengejar
Pasti tiba masanya
Kau merasa
Hidup tak segagah
Waktu remaja
Di mana tenaga
Menyala-nyala
Di hari tua
Makin terpadam semua 

Tua mengejar di mana kau berada
Tak berbeza semua kan merasa
Itu hakikat tak bisa hindari
Walau seinci bersihkan diri
Sebelum terlewat nanti 

Hey kawan semua
Aku cuma memberi pesan
Andai cukup bekalan
Tak mungkin kita kehausan 

Usahlah menunggu
Uban memutih di rambutmu
Cepat-cepat berilmu 
Semoga tak menuju di jalan buntu

By : Fauziah Latiff

Selasa, 22 Mac 2011

Peringatan Bagi Orang Yang Lalai 2 : Mati dan Penderitaannya...




" Barangsiapa yang rindu berjumpa dengan Allah (mati), maka Allah pun rindu bertemu dengannya, dan jika barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah pun benci pertemuan dengannya". (al-Hadis)

Mati itu adalah suatu kebenaran yang tidak mahu tidak wajib kita lewati. Ramai orang terlupa dengan cara yang tidak sengaja. Mereka sibuk mengejar dunia, mencari harta, berkahwin ramai, sibuk mencari cinta, hingga terlupa bahwa kematian itu amat dekat dengan dia.

Sehingga suatu hari bertanya Imam al-Ghazali kepada anak muridnya, "Apakah dia yang paling dekat dengan kita tetapi kita masih menganggap dia jauh dengan kita ?".. Jawabnya, "Mati"...

Ingatlah pertemuaan dengan Allah adalah suatu perkara yang Rasullah paling cintai juga termasuk sahabat-sahabatnya. Pernah Nabi bersabda kepada kita : 

Rampas 5 perkara sebelum 5 perkara :

1. Saat muda sebelum tua.
2. Saat sihat sebelum sakit.
3. Saat lapang sebelum sibuk.
4. Saat kaya sebelum miskin.
5. Saat hidup sebelum mati.

Kata Abu Hamid al-Lafaf, ada 3  keuntungan orang yang sering mengingati mati :

1. Cepat bertaubat.
2. Qana'ah (merasa cukup dengan apa yang ada).
3. Rajin melakukan ibadat.

Termaktub didalam firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah 94, "inginilah kematian itu, jika kamu benar-benar orang yang beriman". Allahua'lam....

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
9.43pm
22-3-2011
Shah Alam

Ahad, 13 Mac 2011

Coretan Yang Berkelana 105 : Merenungi dibalik ciptaanNya...


Kadang-kala, jika kita terlalu padat dengan urusan keduniaan dan terlalu memikirkan setiap rancangan membuatkan otak dan badan kita menjadi letih. Justeru itu, mengikut teori sains, badan dan otak memerlukan rehat yang cukup agar kita dapat menambah baikkan setiap urusan pekerjaan untuk berjaya dengan cemerlang.

Teori merehatkan minda dan fizikal ini telah 1400h dulu di ajar oleh Allah s.w.t kepada kita semua. Allah s.w.t melihat kegusaran Rasullah dan kesedihan beliau pabila diduga dengan kematian isterinya yang tercinta Khadijah, perginya bapa saudaranya Abu Talib dan beberapa kesedihan lagi yang ditambah dengan keperitan dalam menyebarkan dakwah Islam.

Maka Allah memujuk hati Rasullah untuk mengembirakan Baginda dengan "mengisra' dan memi'rajkan Rasullah". Ini adalah secara tidak langsung mengajar kepada kita, percutian merehatkan minda adalah merupakan salah satu cara yang ada didalam Islam.

Merenungi setiap ciptaan Allah akan membuahkan hasil penambahan iman kepada kita. Tidak kira kemana hala tuju kita, asalkan kita dapat berfikir dengan kewarasan akal dan ditambah dengan secebis keimanan ini akan menjadikan kita seorang mukmin yang senantiasa mengingati Allah. 

Melihat tumbuhan yang hijau, merasai kemasinan air laut yang di dalamnya ada ikan siakap yang tidak pernah dagingnya merasa masin. Nah, inilah suatu pratikal ilmu tauhid yang lebih simple and easy.. Tidak perlu perbahasan kewujudan Allah itu dengan syarahan yang berjam-jam. Cukup sekadar melihat ciptaan Tuhan, nescaya kita menjumpai haqiqat kewujudan PenciptaNya... Allahualam..









al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.02am
13-3-2011
Shah Alam

Jumaat, 11 Mac 2011

Lirik Puitis 19 : Perjalanan Hidup..


Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi 

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian 

Di mana berakhirnya perjalanan ku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

By : Ramli Sarip

Isnin, 7 Mac 2011

Coretan Yang Berkelana 104 : Transformasi Mel Wings...

Fitrah manusia akan kembali kepada agama.. Meskipun Karl Mark, Adolf Hitler menafikan kewujudan Tuhan. Tapi hatinya tidak dapat menafikan bahwa hatinya mengakui wujudnya Tuhan serta kehendak manusia itu memerlukan agama dalam kehidupan.

Seperti yang berlaku pada artis-artis kita di Malaysia seperti Radzi Melissa, Mel Wings, Bob Lokman, Azmil Mustapa @ Ali Setan, Akhil Hayy, Ramli Sarip dan ramai lagi. Artis-artis ini tidak pernah menafikan kewujudan Tuhan apatah lagi menolak agama itu sendiri. Cuma peredaran umur itu membuatkan mereka lebih bahagia dan tenang bersama agama.

Aku tersenyum melihat Mel Wings sewaktu bertemu dengannya sewaktu program Anak Yatim di Jalan Klang Lama. Dengan hanya berbekal ketayap @ snow cap dan selendang dibahunya, beliau kelihatan tenang.

Benarlah firman Allah, "Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang ".. Ini membawa pengertian yang sungguh mendalam kedalam kehidupan kita. Benarlah kata ulama-ulama sufi.. Ketika hati dilanda gundah, tersungkurlah di atas tikar sejadah. Nescaya ketenangan itu akan tiba.. Allahual'lam..

Album baru Mel yang berunsurkan Ketuhanan..


Aku dan Mel Wings.

Aku dan Afee U-topia.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.27pm
7-3-2011
Shah Alam

Coretan Yang Berkelana 103 : Moga Panjang Umur Ayahandaku..


Selamat hari lahir ayah yang ke... pada 6 Mac yang semalam baru berlalu.. Moga panjang umur dan dimurahkan rezki ayah.. Ayah bagi merupakan seorang idola dan lagenda sepanjang kehidupanku. Walaupun kadang-kala kita tak sependapat dari apa-apa haluan sekali pun.

Cuma aku menghargai pengorbananmu dalam mendidik dan membesarkan aku wahai ayah. Setiap apa yang aku lakukan tidak pernah kau kritik malah engkau tetap tegar memberikan daku semangat biarpun tidak pernah melafazkan dari bibir yang bermisaikan yang tebal...

Aku bangga menjadi seorang guru agama pada hari ini, hasil dari keberkatan doamu yang kau panjatkan tiap kali selesai solatmu itu... Tengs Ayah....... (",)

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.13am
7-3-2011
Pedas, Negeri 9

Jumaat, 4 Mac 2011

Coretan Yang Berkelana 102: Pendidik dan Pengajar.


Apabila aku sudah mula terjerumus dalam kancah menjadi guru ini. Banyak aspek yang aku rasakan bahawa sistem pendidikan itu harus diubah. Ini tidak memandang pada satu sisi sahaja.

Banyak dari kalangan insan hanya menyalahkan silibus yang hanya mengikut kehendak barat. Pendapat ini tidak aku ingkari. Cuma aku ingin membawa dari sudut pandang yang lain. Iaitu bagaimana kita melahirkan masyarakat yang bersifat murabbi.

Sebagai misalan yang paling mudah. Hari ini guru-guru sekolah agama, serta tuan-puan yang empunya sekolah agama hanya memandang enteng dari sudut pentarbiyahan. Mereka hanya sekadar menyiapkan silibus dan mengikuti tepat jam kredit untuk mengajar mudir-murid dan kemudian pulang dengan mengambil gaji pabila tiba hujung bulan.

Teringat aku akan pesan guruku dahulu, 'jadilah kau seorang guru yang bersifat murabbi (bersifat pendidik), jangan sekadar menjadi seorang guru yang biasa '.. Contoh yang paling hampir dengan kita iaitu Rasullah yang tercinta.

Baginda bukan sahaja menjadi pengajar dalam syariat, tauhid dan haqiqat. Tetapi baginda menjadi Sang Murabbi dalam mendidik akhlaq sahabat-sahabat. Allahual'lam..

al-haqir ila Robbihi
ibnumaulub
4.38pm
4-3-2011
Batu 3, Shah Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails