Ahad, 13 Mac 2011

Coretan Yang Berkelana 105 : Merenungi dibalik ciptaanNya...


Kadang-kala, jika kita terlalu padat dengan urusan keduniaan dan terlalu memikirkan setiap rancangan membuatkan otak dan badan kita menjadi letih. Justeru itu, mengikut teori sains, badan dan otak memerlukan rehat yang cukup agar kita dapat menambah baikkan setiap urusan pekerjaan untuk berjaya dengan cemerlang.

Teori merehatkan minda dan fizikal ini telah 1400h dulu di ajar oleh Allah s.w.t kepada kita semua. Allah s.w.t melihat kegusaran Rasullah dan kesedihan beliau pabila diduga dengan kematian isterinya yang tercinta Khadijah, perginya bapa saudaranya Abu Talib dan beberapa kesedihan lagi yang ditambah dengan keperitan dalam menyebarkan dakwah Islam.

Maka Allah memujuk hati Rasullah untuk mengembirakan Baginda dengan "mengisra' dan memi'rajkan Rasullah". Ini adalah secara tidak langsung mengajar kepada kita, percutian merehatkan minda adalah merupakan salah satu cara yang ada didalam Islam.

Merenungi setiap ciptaan Allah akan membuahkan hasil penambahan iman kepada kita. Tidak kira kemana hala tuju kita, asalkan kita dapat berfikir dengan kewarasan akal dan ditambah dengan secebis keimanan ini akan menjadikan kita seorang mukmin yang senantiasa mengingati Allah. 

Melihat tumbuhan yang hijau, merasai kemasinan air laut yang di dalamnya ada ikan siakap yang tidak pernah dagingnya merasa masin. Nah, inilah suatu pratikal ilmu tauhid yang lebih simple and easy.. Tidak perlu perbahasan kewujudan Allah itu dengan syarahan yang berjam-jam. Cukup sekadar melihat ciptaan Tuhan, nescaya kita menjumpai haqiqat kewujudan PenciptaNya... Allahualam..









al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.02am
13-3-2011
Shah Alam

1 ulasan:

Nurul Syuhada Bt Hasri berkata...

sy suka alam ciptaan ALLAH ini....ia buat sy tersenyum....subhanallah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails