Jumaat, 7 Mei 2010

Pautan Semasa 32 : Pencopet stail baru...

Selalu kita dengar ialah penyeluk saku atau ‘pick pocket’ , kini trend terbaru penjenayah yang dikatakan mula menggunakan teknik ini di KL iaitu ‘push pocket’.

Kenapa dinamakan push pocket ialah kerana modus operandinya yang memasukkan sesuatu barangan berharga seperti telefon bimbit,wag ringgit, dompet dan sebagainya ke poket mangsanya tanpa mereka sedari. Kemudian dia akan memegang mangsanya dan membuat kecoh di depan orang ramai dengan  mengatakan mangsa telah mencuri barangnya.

Kini mangsa telah terperangkap dan tertangkap , kemudian penjenayah tersebut akan mengajak mangsa ke tepi dan mereka mula mengugut mangsa. Mereka akan mengugut jika mangsa tidak membayar jumlah yang mereka kehendaki, diaorang akan report kepada pihak polis.

Dengan ‘barang kes’ dan saksi yang cukup rasanya mangsa memang sangat takut jika dibuat police report. Hendak tak hendak mangsa terpaksa membayar ‘wang penyelesaian’ tersebut. 

Inilah teknik penjenayah membuat jenayah di siang hari yang menggunakan pelbagai teknik yang jijik untuk memeras mangsa. Senario di sini ialah jika mangsa bertegas tidak mahu membayar “wang penyelesaian” , mereka akan melaporkan kepada pihak polis dan mangsa (yang mungkin juga kita) terpaksa berdepan dengan masalah masuk lokap dan menempuh pendakwaan di mahkamah.

Jadi sentiasa berhati-hati , anda mungkin berakhir sebagai ‘pencuri’ kerana anda tidak mungkin memiliki cara untuk membuktikan anda tidak bersalah.

1 ulasan:

Hunny berkata...

salam ibnu maulub,

Semoga Allah melindungi kita dari sebarang kecelakaan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails