Rabu, 28 April 2010

Coretan Yang Berkelana 66 : Kenapalah susah sangat nak berurusan dengan " mereka ".


Sekadar gambar hiasan.

Mungkin kalimah di atas sering kali kita ungkapkan apabila berurusan dengan pihak kerajaan.  Sebelum itu, aku ingin meminta maaf dahulu. Bukanlah semua pekerja mahupun mereka yang di bawah kerajaan macam itu. Tapi rata-ratanya. 

Seharian dari pagi hingga ke petang semalam aku menguruskan pinjaman MARA adik aku serta membuat permohonan zakat bagi kemasukan adikku ke IPTS baru-baru ini. Entahlah, mungkin bagi pendapat aku, sesiapa yang berkhidmat di bawah perkhidmatan awam ini mesti service-nya  tak berapa bagus.

Aku sendiri mengalami banyak pengalaman, antaranya ; pernah 4 tahun dahulu aku mendapat sebuah cek dan aku perlu berurusan dengan ( sebuah bank kerajaan ), secara jujurnya aku manalah pernah dapat cek kemudian lepas aku pergi ke kaunter itu, tiba-tiba dia marah aku kenapa aku tak sain kat belakang cek tu. Kan pelik... Kenapa perlu mesti marah-marah???

"Berurusan dengan ( bank kerajaan ) memang memerlukan kesabaran yang tinggi ", kata seorang pak cik kepada aku masih terngiang-ngiang sampai sekarang. Ini benar-benar amat berbeza dengan bank CIMB dan AL-Rajhi. Ketika aku berurusan dengan bank tersebut, aku dilayan dengan begitu baik sekali. Entahlah mungkin rezki aku kot dapat layan yang baik.

Sama juga dengan kes permohonan zakat aku sendiri, masa 2 bulan lepas. Mula-mula aku pergi dia kata semua borang kena cop. Pastu kali kedua, surat tawaran belajar mesti bawak. Kali ketiga, borang ini kena hantar dekat kaunter zakat daerah. Kali keempat, surat pengesahan belajar dari kedutaan mesti ada. Hah!!! Kan memang BEST berurusan dengan pihak wakil kerajaan macam ni.... 

Apalah salahnya, masa mula-mula aku datang cek betul-betul borang aku mana yang kurang. Kemudian bagi sedikit catatan mana yang perlu aku lengkapkan. Tapi mereka memang menyuruh semua yang berurusan dengan mereka masuh syurga, dengan kesabaran yang begitu agung...

Dan ada lagi begitu banyak contoh yang mungkin datang dari pihak kalian yang sedang membaca coretan ku yang tidak seberapa ini. Cuma jika anda wakil kepada orang di atas aku ingin meminta maaf jika anda terasa akan tetapi apa yang aku ingin sampaikan hanya sebuah realiti yang sedang berlaku. 

Ini kerana, aku sudah letih membuat pengurusan di Indonesia, dalam hatiku berkata kenapalah teruk sangat Indonesia ni tak macam kat Malaysia, senang gila. Rupa-rupanya lebih kurang dan tidak mustahil lebih teruk dari Indonesia. Aku sebenarnya sayangkan negara aku, dan tidak mahu mereka yang datang ke Malaysia, dan apabila membuat pengurusan dengan ( pihak kerajaan ) ini, secara tidak langsung boleh membuat nama negara kita hina dari sudut pengurusan...

aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
4.39am
28-4-2010
Shah Alam

2 ulasan:

Syafiq berkata...

slm..
itulah kelemahan penjawat awam kerajaan.. tapi tak semuanya mcm tu..

aku pernah belajar di IPTS dan juga IPTA.. dua2nya jauh beza.. warga IPTS semuanya ramah mesra, melemparkan senyuman, saling tegur menegur.. tapi IPTA? aku pun naik fedup nak pergi office kerani buat muke ketat.. ahh sakit hati la..

aku tak kesah kalau die nak senyum ke tak, tapi at least layan la elok2 kan.. ni tanye mcm aku nak cari gadoh je pegi pejabat tu..

ye nak ape.. ade ape..

kenapa penjawat awam perlu begini? salahke kita lemparkan senyuman sesame muslim..

serious fedup. tapi kene sabar je la kan.

MR A-Z berkata...

hahaha....kelakar pun ade jugak...

tapi sabar je la...

sy pun byk pengalaman berurusan dgn org2 mcm nie...

bagi je la senyuman wpun terpakse sbb xnak buat byk kerenah lg...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails