Rabu, 13 Oktober 2010

Coretan Yang Berkelana 86 : Berkelana ke Barus 2.



Kami mula bertolak dari Medan kira-kira jam 10pm, dalam rombangan ini bersamaku ada 5 orang lagi iaitu Hilmi, Pak Budi, Pak Umar, Pak Agus dan Pak Rudi. Kami melewati jalan menuju ke Parapat. Kami tiba di Parapart jam 2am. Lalu kami berhenti sebentar untuk menjamu selera. 



Kereta kami dipandu oleh Pak Agus. Beliau mahir selok-belok perjalanan daerah Sumatera Utara. Ini merupakan suatu kelebihan bagi kami untuk berhenti makan, kerana di Sumatera Utara dalam pencarian makanan adalah suatu perkara yang bebahaya. Ini kerana daerah kawasan Parapat dikatakan masih lagi kuat dalam amalan mistik atau santau.



Setelah itu kami meneruskan perjalanan menuju ke Sibolga, kira-kira jam 8am kami sampai ke Sibolga. Kami berhenti singgah di rumah teman Pak Budi. Pak Don menjemput kami untuk bersarapan di rumahnya. Kemudian kami beristirehat dan mandi. 



Sewaktu di rumahnya kami banyak berdiskusi tentang hal-hal agama. Kalau di Indonesia ini, kalau disebut orang agama maka banyak pecahan orang agama itu. Ada yang hanya paham Fiqh, Tasawuf, Usul dan Tariqoh. Kami bertukar-tukar pendapat.

Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Barus. Perjalanan dikatakan hampir 2 jam. Alhamdulilah kami tiba di Barus, kira-kira jam 2.30pm. Kami menziarahi rumah Ummi, iaitu isteri kepada Arwah Mursyid Pak Budi sambil menunggu Pak Abdullah.




Pak Abdullah adalah anak kepada Ummi yang juga selaku Juru Kunci maqam yang mahu kami ziarah itu. Dan sebelum kami mahu menaiki puncak maqam itu, kami disarankan untuk mengambil wudu'. Agar kami bersih dari segala kotoran.




Kami memulakan penjalanan menaiki tangga menuju ke maqam pada jam 4.30pm. Alhamdulilah kami selamat tiba di puncak maqam itu pada jam 6pm. Dikatakan ketinggian maqam itu 400meter dari aras laut. Sampai sahaja dimaqam itu, kami diminta untuk menanggalkan selipar. 



Ini adalah antara adab-adab yang perlu dilakukan oleh setiap penziarah yang mahu menziarahi maqam tersebut. Kami memberi salam kepada ahli kubur dan duduk mengenang bagaimana perjalanan menuju ke akhirat nanti.



Maqam yang panjang ini dikatakan Syeikh Mahmud yang meninggal pada 47 hijrah. Dan 5 lagi kubur ditepinya adalah anak muridnya. Beliau dikatakan datang dari Hadhratmaut dan tiba di Barus untuk menyebarkan dakwah. Ada juga yang berpendapat beliau ini dari kalangan sahabat atau paling tidak dari kalangan tabi'in. 

Cuma apa yang sukar untuk dilogikkan akal, bagaimana maqam ini boleh berada di puncak gunung. Persoalan ini tidak dapat dirungkai dari kaca mata logika. Cuma boleh dikata dari sudut ilmu tauhid ia adalah karomah dari Allah kepada kekasihnya. 

Melihat maqam yang panjang ini, terasa dibenak hati kecil, "hebat sungguh perjuangan orang-orang yang terdahulu dalam menyebarkan dakwah Islam"."Apakah aku bisa menelusuri liku-liku perjalanan seperti mereka?". "Ya Allah kuatkan aku dalam mengikuti perjalanan kekasih-kekasihMu itu". Amin.



Kira-kira hampir Maghrib kami mula turun dari puncak permaqaman. Dan kami singgah di rumah Pak Abdullah untuk mandi,solat dan makan malam. Pada jam 10pm kami pulang menuju ke Medan. Allahua'lam.








" perjalanan para-para pencari Tuhan"
ibnumaulub
8.45pm (Wib)
8-10-2010
Barus, Sumatera Utara.

1 ulasan:

yunk berkata...

tengok boleh tahan tinggi maqam tu..
macam dah ok kaki..boleh naek tangga setinggi tu..
Alhamdulillah.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails