Rabu, 6 Mei 2009

Jom Baca Hadis ; Setiap perbuatan disertai dengan niat.

Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab r.a. berkata,
aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda ;

"Sesungguhnya setiap amalan itu disertai dengan niat dan setiap
orang akan mendapat amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa
berhijrah hanya kerana ALLAH dan Rasulnya, maka hijrahnya
itu menuju ALLAH dan Rasulnya. Barangsiapa hijrahnya itu
kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin
dinikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan".

(Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadis : Abu Abdullah
Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah
Al- Bukhari dan Abul Hussain Muslim bin Al-Hajjaj bin
Muslim Al-Qusyairy An-Naisaburi, di dalam kedua kitab
tershahih di antara semua kitab hadis).

Pengajaran hadis ;

1. Membezakan antara adat dan ibadat.
2. Seandainya kita beramal dan beribadah kerana ALLAH,
maka kita akan mendapat pahala serta rahmat ALLAH.
3. Jika kita berlajar ilmu agama untuk berdebat, maka dapatlah
kita kehebatan untuk berdebat.
4. Jika kita bersedekah untuk mendapat nama, maka kemuliaan
akan kita dapat di sisi manusia.

ALLAHUA'LAM.......

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails