Jumaat, 25 Julai 2008

Renungan Sejenak 3 : Islam yang syumul.

Assalamualaikum. Erm, sering kali kita asyik mendengar kat tv ke radio ke tak pun dengar kat khutbah Jumaat, ramai ustaz-ustaz mengatakan Islam Syumul. Kita pun sering tertanya-tanya apa itu Islam syumul.. (bagi orang yang rajin berfikir le).

Islam bermaksud selamat, yakni berasal dari perkataan 'salama' dan syumul beerti 'menyeluruh'. Maaf ustaz-ustaz ek, takde footnote.hehe Sebenarnya, kalau kita perhatikan dengan sehalus-halusnya Islam adalah agama yang paling sempurna dari segi akal (pemikiran), rohani (batin/dalaman) dan jasmani..

Ok, perhatikan.. Mengapa Islam menyuruh menutup aurat?? Ini kerana kalau difikirkan dengan logik akal, seandainya kalau aurat dibuka akan menaikkan syahwat, kalau ikut budak-budak muda (stim) le..hehe. Maka, akan terjadilah rogol, zina, sumbang mahram dan lahirlah anak haram.. ish2.. Ini kerana Islam mengajar kepada kita etika berpakaian sama ada di dalam ataupun di luar rumah. Bayangkan kalau kita berasa megah dengan menunjukkan rambut kita yang lurus dan perang, betis kita yang gebus, pusat kita yang tak pernah cuci, lurah-lurah dada yang menawan, ayunan pinggul kita yang tonggek seperti Inul yang mampu menjatuhkan kopiah dan serban Pak Lebai, sampai bila kita mahu membuat itu semua. Seawalnya pun kalau nak dedah pun, ketika berumur 15tahun sampailah mencecah ke umur 28tahun.. Kalaulah kita lakukan sesudah mencapai umur 30tahun keatas, nanti orang mengata pula 'erm, tua tak sedar diri, dah kendur pun nak tunjuk kat orang'.. Jadi sebab itulah, Islam memelihara dan menjaga dari kulit yang tegang dan cantik sampailah kulit yang kendur kemudian sampailah kita dikafankan pun akan ditutupkan aurat.....

Begitu pula, kalau kita lihat dari sudut ekonomi.. Bayangkan mana ada agama yang membahaskan permasalahan ekonomi.. Cuma Islam sahaja yang ada, sehingga wujudnya 'Perbankan Islam' yang ada pada hari ini. Terkandung juga di dalam al-Quran dan Hadis berkaitan dengan hukum riba, penipuan di dalam perniagaan dan sebagainya. Pernahkah kita mendengar "Perbankan Yahudi, Perbankan Kristian, Perbankan Budha, Perbankan Hindu' dan sebagainya.. Ini bermakna agama mereka tak lengkap la, tak syumul dan tak menyeluruh untuk kehidupan dunia dan akhirat..

Kita lihat pula dari sudut pentadbiran sesebuah kerajaan. Islam mengajar kita bagaimana hendak mendirikan sesebuah kerajaan. Terdapat banyak hadis dan ayat Quran menerangkan sistem membina kerajaan yang terbaik. Antaranya, dilarang gejala rasuah, penyelewengan kuasa, melaksanakan hukum-hukum yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T, keadilan di dalam sesebuah kerajaan dan yang paling berat soalan yang akan ditanya ketika padang Mahsyar yakni bagaimana seseorang pemimpin itu mentadbir negaranya..???

Dan kalau kita lihat dari sudut-sudut yang kecil, perhatikan Islam sampai mengajar kepada kita bagaimana hendak membuang air kecil dan air besar. Yakni makruh memegang kemaluan dengan tangan kanan.. Dilarang kita memakai selipar sebelah kaki (makruh).. kemudian adab tidur, adab bangun tidur, adab masuk tandas, adab dan akhlaq ketika suami isteri 'bersama'.. Padahal, benda-benda yang di atas ini, adalah remeh sekali kalau kita logikkan mengikut hukum akal..

Maknanya, ini nak menunjukkan kepada kita, Islam adalah agama yang paling syumul (menyeluruh) dari kita celik mata sampai pejam mata... Nah, apa lagi yang kita cari.. Segala kesempurnaan itu telah ada di depan mata.. Kita hanya ikut sahaja, toksah la dok bangkang-bangkang, toksah la dok soal-soal.. Apa yang Allah dan Rasul suruh dan larang tu, ikut jela.. Mesti ada kebaikannya...

Ok, sampai di sini sahaja coretan aku.. Maaflah kalau ada yang tak puas hati, biasalah naluri dan pemikiran setiap manusia tidak sama.. Terpulang kepada kalian untuk memikirkannya.. Kerana aku punyai pendapatku sendiri, dan kalian mempunyai pendapat kalian sendiri..

Akhir kalam, berfikirlah wahai insan yang mempunyai akal...
Wassalam...... ;p

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails