Sabtu, 17 Oktober 2009

Cretan Yang Berkelana 35 : Bermusafir bersama guru kami.

Alhamdulilah, malam tadi aku selamat sampai di Medan kira-kira jam 7.30 wib. Bermula pada 14-10-2009 aku dan teman-temanku menerima tetamu yang paling bermakna dalam kehidupan kami. Iaitu guru kami sendiri, Ustaz Muhamad bin Abdullah dan keluarganya. Ustaz sampai pada malam rabu dan kemudian diikuti oleh isteri dan anak-anaknya pada petang hari rabu.


Pada keesokkan harinya, kami membawa Ustz pergi melihat kampus kami IAIN Medan. Ustz ingin melihat lebih lanjut tentang keadaan di IAIN sendiri. Ini kerana IAIN Medan adalah merupakan salah satu pusat institut agama yang tertua di Medan.


Selesai Ustz melihat kampus kami kami terus membawa Ustz melihat kedai buku Toko Sembilan Wali Ini kerana antara perkarapertama yang beliau katakan kepadaku sewaktu di telifon, beliau ingin melihat buku-bukuyang ada di Medan. Selesai dari membelek dan membeli buku, kira-kira memakan masa sekitar 3 jam jugaklah, kami terus pergi ke restoran untuk makan tengahari. 


Setelah makan tengahari, kami terus ke airport untuk mengambil isteri dan anak Ustz. Sampai sahaja di airport kami mencari musolla untuk menunaikan solat zuhur, Ustz hanya menunggu di dalam kereta sahaja. Kemudian kami terus menunggu isteri dan anak Ustz di Balai Ketibaan.


Semasa menunggu keluarga Ustz, sempat lagi Ustz memberi nasihat dan menceritakan keadaan Malaysia serta kami juga tidak membuang masa begitu saja. Kami turut berdiskusi dengan Ustz, dengan menanyakan pelbagai soalan. Al-maklumlah, walaupun Ustz kami sendiri nak jumpa kat Malaysia pun agak payah. 


Antara nasihat Ustaz :
1. Belajar sungguh sampai PhD.
2. Jadilah seorang ustaz yang hebat.
3. Menjadi seorang ustaz harus berani terima kritikan.
4. Menjadi seorang ustaz bermakna diri kita adalah sebahagian dari masyarakat.
5. Mesti rajin membaca, kerana membaca merupakan kunci segala ilmu.


Setelah asyik bersembang dan berdiskusi, maka keluarga Ustz pun tiba. Seperti yang dirancangkan malam ini kami akan pergi ke Brastagi, insyallah.


Ustaz, Ikmal dan Wafiy.


Gambar candid sewaktu sedang membaca.


Berbincang sewaktu membeli buku.


Ustaz, aku dan ikmal di hadapan fakulti Syariah.

"dengan ilmu hidup akan menjadi mulia, dengan agama hidup akan menjadi terarah"
al-Haqir illa Robbihi
ibnumaulub
17-10-2009
5.10pm WIB
Medan

Pautan Semasa 17 : Titah Sultan Brunei.


Kenapakah sebahagian remaja dan belia hari ini yang memakai pakaian menjolok mata? Jika dikaji kebanyakannya adalah berpunca dari pengaruh luar. Perkara ini pernah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan pada 1 Ogos 2006, antara titah baginda:

"Beta suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin belia khasnya dan juga semua yang hadir, bahawa golongan belia, terutama belia remaja adalah sentiasa terdedah kepada eksploitasi pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka. Ada belia-belia yang digunakan untuk melariskan pelbagai produk hiburan dan ?costume? yang tidak serasi dengan adat resam bangsa. Mengapakah belia menjadi sasaran? Kerana sifat-sifat mereka yang memang menarik, di samping juga faktor kejiwaan, di mana mereka mudah terpengaruh kepada perkara-perkara hangat dan baru.

"Kesempatan inilah yang sering diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan itu tanpa mempedulikan, sama ada baik ataupun buruk. Eksploitasi terhadap kelemahan-kelemahan belia seumpama ini wajarlah jangan dibiarkan, tetapi perlu diambil perhatian serius serta ditangani oleh kita semua, khasnya para pemimpin belia sendiri. Program-program menyuntik kesedaran perlulah disusun, termasuk juga untuk para ibu bapa dan masyarakat sebelum ianya menjadi isu sosial yang kronik."

Siaran televisyen dari negara jiran yang bersaudara dengan nagara kita juga banyak mempengaruhi siasah serta jati diri anak bangsa kita kerana kebanyakkan siaran yang disiarkan adalah berbentuk hiburan yang amat-amat melalaikan serta merosakan iman kita selaku umat islam,,�

Beta juga mengizinkan serta amat mengalakkan para ulama` serta ilmuan islam dalam Negara Brunei DarulSalam ni menegur segala kepincangan yang berlaku ke atas system pemerintahan beta dan juga kepincangan serta masalah sosial di dalam masyarakat umum.. suka juga beta maklumkan di sini bahawa para ulama` mempunyai kuasa penuh untuk menegur apa sahaja kemungkaran yang berlaku di dalam negara Brunei DarulSalam..

Dalam menangani masalah ini, semua pihak adalah bertanggungjawab terutamanya ibu bapa dan suami untuk menegur dan membimbing isteri dan anak-anak mereka. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59, tafsirnya:

"Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan yang baik-baik maka dengan itu mereka tidak diganggu."

Dalam kita sama-sama menikmati arus kemodenan ini, janganlah kemodenan itu disalahertikan sebagai pergaulan bebas yang melampui batas tatasusila dan hukum agama seperti cara berpakaian yang mendedahkan aurat dan sebagainya terutama di kalangan remaja dan belia. Sebaliknya kemodenan itu hendaklah digunakan untuk kebaikan dan kemudahan dalam urusan seharian kita. Hidup moden tidak semestinya bergaul bebas, hidup moden tidak semestinya mendedahkan aurat.

Akhirnya, marilah kita selaku suami atau ibu bapa membimbing isteri dan anak-anak dalam mematuhi segala suruhan Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan yang demikian, kita akan selamat di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal?alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An- Nuur ayat 31, tafsirnya:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram dan memelihara kehormatan mereka. Dan janganlah mereka memeperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."�

Selaku umat islam kita harus mematuhi segala suruhan serta larangan Allah Subhanahu Wata`ala tanpa sebarang bantahan kerana kita adalah makhluk ciptaannya..

Sumber : isuhangat.

Jom Baca Hadis : Siri 10 , Taqwa kepada ALLAH dan akhlaq yang terpuji.

Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman Mua'dz bin Jabal r.a. menerangkan, Rasullah s.a.w bersabda ;


"Bertaqwalah kepada ALLAH dimanapun kamu berada. Dan ikutilah keburukan dengan kebaikan , nescaya kebaikan itu akan menghapuskannya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlaq yang terpuji. 


hadis riwayat Tirmizi dan ia berkata,' Ini adalah hadis hasan'.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Pautan Semasa 16 : Salah Qiblat?


Umat Islam yang menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah terbenam matahari tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada matahari terbenam.

Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Paimuzi Yahya berkata persepsi umat Islam dalam menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam itu wajar dihapuskan dan perlu mengikuti ilmu falak syarie sebenar sebagaimana disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mengikut kajian ilmu falak, terdapat dua hari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai sahaja dalam setahun, kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersembahyang.

P/s : So, lepas baca ni hope kalian check balik balik kiblat yang kalian solat tiap-tiap hari kat rumah tu.

Jom Baca Hadis : Siri 9, Mengasihi sesama mukmin.

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a khadim Rasullah S.A.W bersabda  :

"Tiada beriman seseorang kamu hingga ia mengasihi mukmin seperti ia mengasihi seperti dirinya sendiri".

Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Selasa, 6 Oktober 2009

Lirik Puitis 2 : Alhamdulilah.


Lagu ni memang dah lama sangat. Tapi aku suka nak post jugak lirik ni. Bukan apa, semalam lepas Maghrib macam tulah aku pi amek ibu aku balik kerja, pastu dok tunggu kat luar SJMC tu, layanlah Sinar.fm. Tetiba keluar pulak lagu ni. Bukan apa kadang-kadang lagu tu memberi pengisian yang cukup luas dan terlalu bermakna, kita ni just suka-suka dengar je. Apa yang paling penting bagi aku, lirik lagu ni, memang betul-betul berlaku dalam masyarakat hari ini. So, jom layan dan hayati lirik kat bawah ni.!!!

Alhamdulilah - Too Phat.

Di saat waktu berhenti…kosong
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka
Sadarku akan hadirMu
Mematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah, cuba betul diri ini cuma
Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk khidmat bersama
Jagalah nama
Hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar…

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita apabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah!
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan, janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Aku yang memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi
ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada’ dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Sujudku pun takkan memuaskan inginku
utk hanturkan sembah sedlm kalbu
Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah
Utk nama harta dan keluarga yg mencinta
Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri
Semua lebih berarti apabila dihayati
Alhamdulillah...

Coretan Yang Berkelana 34 : Kita dan sekeliling kita.


Semalam adalah hari yang terlalu memenatkan bagi diriku. Seawal jam 9.00am aku dan sahabat yang lain mula pergi beraya ke rumah- rumah teman serta keluarga angkatku, bagi menguatkan lagi hubungan silaturahim. Alhamdulilah dapatlah aku beraya ke rumah Ayah Blank Gamma, Mek serta Abg Rais yang merupakan keluarga angkat aku sewaktu aku menjalani praktikel di Sungai Buloh pada sebulan yang lalu.

Kemudian setelah selesai round pertama, kami pergi pula ke Bukit Mahkota untuk beraya lagi, kerana ada sahabat aku sudah berpindah di situ. Setelah selesai kami pulang beransur pulang, sebelum itu kami berhenti singgah solat Asar sebentar di Petronas Bukit Mahkota. Kami pulang dari Bukit Mahkota dengan melalui lebuhraya Sg. Besi, pergh boleh tahanlah juga jalan jem yang teramat sangat. Biasalah petang Ahad.

Ketika sibuk mengharungi kesesakan yang terlalu teruk, tiba-tiba seorang sahabatku bertanya kepadaku mengenai pendapatku berkaitan dengan gempa bumi yang melanda di Padang, apakah ia adalah bala dari Allah semata-mata atau bagaimana? Maka aku menjawab bahwa gempa bumi di Padang itu boleh kita kategorikan sebagai musibah. Tetapi musibah yang macam mana? Musibah itu mempunyai 3 keadaan :

1. Musibahtul Bala.
Yakni musibah yang ALLAH S.W.T datangkan memang sebagai bala.

2. Musibatul Jaza'.
Musibah yang ALLAH S.WT datangkan sebagai balasan akibat dari kejahatan serta kemaksiatan yang dilakukan oleh orang-orang yang wujud di kawasan itu.,

3. Musibatul Tarbiyah.
Musibah yang ALLAH S.W.T datangkan kepada seseorang atau sebuah tempat untuk dijadikan pengajaran kepada orang yang berhampiran dengan kawasan tersebut. Atau senang cerita, musibah untuk amaran kepada yang belum lagi kena.

Jadi apa yang berlaku itu adalah pengajaran kepada kita. Itu sahaja jawaban aku kepada temanku itu. Sedar tak sedar kami dah pun sampai di Shah Alam, lalu kami terus menunaikan solat Maghrib.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.05am
6-10-2009
Shah Alam.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Coretan Yang Berkelana 33 : Terserempak dengan Ust Ismail Kamus.

Seperti rutinnya, setelah aku pulang ke Malaysia aku perlu kembali semula ke Medan. Rasa dalam hati ni, aduh malaslah sangat nak balik sana. Betullah kata pepatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri". Bukan nak kata dekat Medan tak best, cumanya kita mestilah lebih rasa selesa di negara kita sendiri.Betul tak?


Nak dijadikan cerita, menjelang jam 6 lebih macam tulah aku pun ajak seorang member teman aku nak pi beli tiket kapal terbang. Aku pun pi lah Subang, bukan pe terasa jugak hati ni nak naik Fire Flyz, selalu asyik dok naik Air Asia je kalau nak naik MAS entah tak tahulah bila pulak.


Sampai je kat airport Subang, aku dengan member aku tadi terus pi kaunter Fire Flyz tanya jam berapa dan berapa harga tiket. Setelah selesai, aku tengok jam dah 7.45pm lalu kami pun terus pi surau kat atas dan solat maghrib. Setelah selesai solat, kami turun dan mendapati ada pelakon sedang melakukan pengambaran drama, kalau tak silap aku orang yang kat situ cakap drama Awan Dania kot.


Aku pun mengelaklah dari berjalan berhampiran kawasan mereka berlakon tu, nak dijadikan cerita tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki berkopiah putih membawa beg berwarna hijau (beg balik kampung) dengan memakai baju melayu kelabu seorang diri sahaja. Mulut aku dan temanku secara tiba -tiba berkata serentak, " Eh, bukan ke tu Ustaz Ismail Kamus?".


Lalu dengan segera aku berlari menuju Ustaz Ismail Kamus dan menegur serta memberi salam dan bertanya khabar. " Ustaz dari mana?". Beliau menjawab " Dari Johor tadi ,ni terus nak balik K.L la ni,". Beliau bertanya bertanya kepadaku, "Kamu buat apa kat sini, duduk mana?". "Saya duduk Shah Alam ustaz, datang sini pasal nak beli tiket nak balik Medan ngaji kat sana, kat IAIN", jawab aku. Panjang jugalah beliau dan aku berborak. Kelihatannya dia seperti tergesa-gesa, aku terus mengundurkan diri dan bersalam dengannya serta meminta dia mendoakan kejayaanku dunia dan akhirat. Lau dia berkata insyallah. 


Sungguh senang hatiku apabila dapat terserempak dengan beliau, ini kerana aku dan sahabat-sahabat di Medan sudah berniat ingin bertemu dengan beliau lebih-lebih lagi apabila kami mendapat perkhabaran yang salah, yang mengatakan beliau sudah meninggal dunia. Alhamdulillah, aku memperkenaankan hajatku.. Teringat aku akan kata-kata di dalam ceramahnya " Betulkan benda yang biasa, biasakan benda yang betul"...


al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.30am
3-10-2009
Shah Alam

Jumaat, 2 Oktober 2009

Pautan Semasa 14 : Gempa bumi di Padang, Sumatera Barat.

"Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter, menggegarkan Sumatera Selatan iaitu kira-kira 162 km di Barat laut Bengkulu, Indonesia pada jam 9.53 pagi ini. Pusat gempa bumi itu terletak di 2.6 darjah Selatan dan 101.8 darjah Timur iaitu kira-kira 509km barat daya Johor Baharu menyebabkan gegaran dirasai di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan." 
  
Semalam berlaku satu gegaran gempa bumi di Padang, Sumatera Barat. Pada waktu itu, kira-kira jam 6 pm macam tulah kawasan di sekitar Malaysia merasai gegarannya. Tidak terkecuali pada diri aku sendiri. Sewaktu aku sedang membuat kerja di dalam bilikku, aku merasakan gegaran tersebut sebanyak 2 kali.

Namum terdetik dihatiku bahwa gegaran ini biasa datang dari lori yang membawa tanah dikawasan pembinaan berhampiran rumahku. Menjelang maghrib, tiba-tiba adikku yang menuntut di Sabah menelefonku lalu bertanya, "Bagaimana keadaann rumah dan semenanjung?". 

Aku menjawab tiada apa yang berlaku dan aku bertanya apa yang berlaku. Beliau menjawab ada gegaran gempa bumi yang berlaku di Padang, Sumatera Barat. Lalu aku berkata "Oh, tadi yang gegar 2 kali tu, gempa bumilah ae, aku rasa juga tadi tapi aku fikir lori bawa tanah tu".

Apa-apa pun sebagai renungan kita bersama gempa bumi yang berlaku itu sudah pun termaktub di dalam al-Quran, "Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandungnya), dan manusia bertanya 'Mengapa bumi jadi begini?' " Surah al-Zalzalah 1-3.

Memanglah pada Surah al-Zalzalah itu menceritakan keadaan ketika berlakunya kiamat, tetapi boleh kita istinbatkan keadaan yang berlaku pada masa sekarang dan boleh kita jadikan pengajaran bagi persediaan untuk menghadapi kematian serta hari kiamat. Tambahan pula, turut berlaku banjir besar di Manila, ada ribut taufan berlaku dan terkena di Sandakan. 

Jadi sama-samalah kita mengukur amalan kita selagi belum hayat tinggal dikerongkong, takkanlah kita nak tunggu sekali lagi Tsunami, banjir besar di Pos Dipang dan sebagainya.
Allahua'lam.


al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.43am
2-10-2009
Shah Alam

Rabu, 30 September 2009

Coretan Yang Berkelana 32 : Zakat malam raya & adakah penting kemaafan di pagi raya.

Salam aidilfitri, selamat hari raya kepada para pembaca yang budiman sekalian. Rasanya tak lambat lagikan..hehehe Maaflah raya ni sibuk sangat tu yang tak sempat nak update tu tambah pulak raya kat Pedas.. Ada sebuah cerita yang aku nak kongsikan dengan kalian semua.

Pada malam raya yang lalu, sedang sibuk orang membakar lemang, masak rendang aku menerima sebuah panggilan kira-kira jam 10 pm macam tulah. Ada seorang pemuda bertanya kepada aku, 'ustaz, nak tanya boleh tak? Aku pon menjawab pebendanya. Dia pon menceritakan kisahnya sebegini ," Saya masih study lagi tapi dapat biasiswa, so apakah perlu saya membayar zakat fitrah sendiri padahal ayah saya masih hidup?".

Aku bertanya "Ayah kamu bayar tak zakat kamu?". Dia menjawab bapanya tidak membayar zakat dia dan kakaknya. Atas alasan dia sudah mempunyai biasiswa dan bapanya memberi wang saku tiap-tiap bulan, dan kakaknya sudah bekerja sendiri maka perlu membayar sendiri zakat fitrah.

Lalu dia dan kakaknya yang sedang konfius terus menelefon aku untuk menanyakan permasalahan tersebut.
* "Jawapannya begini, setiap orang Islam wajib membayar zakat fitrah. Bagi yang sudah berkeluarga maka ia wajib membayar bagi seluruh ahli keluarganya. Walaupun anak itu sudah belajar sehingga peringkat Uniersiti dan mempunyai biasiswa kecuali si anak sudah mempunyai pekerjaan sendiri. Begitu juga dengan perempuan, bapanya perlu membayar zakatnya sehingga ia bernikah. AKAN TETAPI tidak menjadi masalah sekirannya anak yang disebut di atas ingin membayar sendiri atas alasan ingin membantu bapanya."

Kira-kira pukul 8.30am aku dan family di kampung menunaikan solat idulfitri, setelah itu kami pulang dan akan meminta maaf di pagi raya. Begitulah kelaziman keluarga kami. Akan tetapi pada pagi itu, aku mendapat suatu ilmu baru dalam hidupku.

Sewaktu sedang kami asyik meminta maaf dan teresak-esak menangis (kononnya), nenekku berkata "Bukan salam ni yang penting, yang penting hati mesti memaafkan dosa orang, jangan sakitkan hati orang lain," aku dan adikku terdiam lalu tersenyum sipu...

Ok, dihari dan bulan yang mulia ini, aku memohon maaf kepada seluruh pembaca sekalian sekiranya di dalam tulisan aku ada terkasar bahasa serta menyingung perasaan orang-orang tertentu tidak lain tujuanku hanyalah menyampaikan kebenaran walaupun pahit..

Salam idulfitri.
al-Haqir ila robbihi
ibnumaulub
30-09-2009
7.06pm
Shah Alam


Familyku tercinta.

Sabtu, 19 September 2009

Coretan Yang Berkelana 31 : Mahasiswa tunjang negara (3).

Alhamdulillah sepanjang aku dan sahabat yang lain berpraktikel di Sungai Buloh, Dun Kuang. Allah memberikan suatu perhubungan silaturahim yang begitu mesra antara kami dan penduduk di kampung tersebut. Alhamdulillah aku bersama sahabat yang lain mendapat sebuah keluarga angkat yang begitu baik dan peramah. Iaitu keluarga Ayah Rosli bin Mohd Sharif atau lebih dikenali dengan Blank Gamma.

Beliau merupakan vokalis utama kumpulan Gamma dan kini beliau telah menjadi Ketua Kampung bagi penduduk Batu Arang. Pengenalan dengan beliau lebih banyak membuka minda kami dari segi perjalanan kehidupan seorang artis. Beliau banyak menceritakan kisah artis yang sezaman dengan beliau antaranya Bloodshed, Iklim, Jamal Abdillah, Wings, D'riyadh dan sebagainya.

Beliau juga menceritakan bagaimana kehidupan seorang artis itu boleh terjebak dengan dadah, clubbing dan sebagainya.. Dan pada masa yang sama juga, aku sempat bertanya bagaimana pendapat beliau mengenai pertandingan menyanyi sekarang ni yang ibarat "cendawan tumbuh selepas hujan".

Beliau menjawab, "sebenarnya pertandingan sms yang ada sekarang ini hanyalah untuk keuntungan syarikat Tv sahaja". "Malah apa yang menyedihkan, dengan kehadiran pertandingan menyanyi yang begitu banyak ini, dapat menyebabkan rosaknya remaja sekarang, kerana terlalu sangat nak jadi penyanyi", tambah beliau lagi.

Apa-apa pun Ayah Blank, Radhi Bloodshed, Azmil Mustapa sudah mula menyusun jejak langkah dalam berdakwah. Kami sentiasa mendoakan mereka. Amin.

Terima kasih aku ucapkan kepada seluruh peduduk Dun Kuang yang telah memberikan kami pelbagai kemudahan serta sudi menerima kami menjadi anak angkat kalian.
Antaranya, YB Rodziah, Abg Azman, En. Rahim, Mak Salasiah, Ayah Blank, Abg Rais, Mek, Ayah Aziz, Prof Hadi, Abg Taufiq dan semuanya yang turut menjayakan program Kuliah Kerja Nyata ini. Wassalam.

Y.B Radziah, En. Rahim, Abg Azman, Mak Salasiah.

Mek merupakan mak angkat aku selama sebulan.

Program perlawanan bola sepak di Kampung Cempedak pimpinan Abg Taufiq.

Sewaktu mesyuarat di pejabat Abg Azman.

Seluruh peserta Kuliah Kerja Nyata bergambar dengan Y.B Radziah.

Lawatan ke rumah pesakit HIV di kawasan Batu Arang.

Gereja yang menempatkan pesakit-pesakit HIV tersebut, ada di antara mereka telah dipindahkan ke sebuah yayasan dan dipantau oleh Ustaz Amin.

Bersama pimpinan surau sewaktu program di Tasik Puteri.

Penulis menemu bual Ayah Blank Gamma pengalaman menjadi artis dan sebagai seorang ketua kampung.


Hari terakhir aku dan teman-teman sebelum pulang ke kampung.

al-Haqir ila robbhi
ibnumaulub
19-09-2009
9.21pm
Shah Alam.

Ahad, 13 September 2009

Jom Baca Hadis : Siri 8, Tinggalkan barang yang diragu.

Dari Abu Muhammad al-Hasan bin Ali Abi Talib cucu Rasullah S.A.W. dan kesayangannya radiaallahu anhuma katanya ;

Aku telah menghafaz dari Rasullah S.A.W sabdanya iaitu : "Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau."

Diriwayatkan oelh Tirmizi dan Nasai'e. Tirmizi berkata "Hadis ini hasan sohih".

Isnin, 31 Ogos 2009

Pautan Semasa 13 : Merdekanya negaraku yang dicintai.


Salam Merdeka buat rakyat Malaysia semua.. Moga kita berada dalam keadaan yang aman, makmur dan sejahtera semuanya. Amin...



Merdekanya negara kita hasil dari titik peluh para pejuang yang inginkan agama, bangsa dan tanah air mereka bebas dari penjajah. Tapi pada realiti zaman ini 2009, merdekakah kita pada sudut fikiran, budaya, akhlaq dari sepihan penjajah...???


Ya Allah selamatkan negaraku dari bala bencana,
penyakit menular (H1N1) serta wabak taun,
lindungi kami dari azab seksaanmu,
damaikan kemakmuran yang telah sedia ada,
wujudkan pemerintahan Islam yang syumul,
dorongkan remaja kami kepada ketaatan perintah-MU,
betulkkan remaja, orang tua, para pemimpin kami jika melakukan maksiat kepadaa-Mu,
Amin, ya robbal a'alamin....


al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
11.16pm WIB
30-08-2009
Medan

Ahad, 30 Ogos 2009

Pautan Semasa 12 : Kuil?

Semenjak dua menjak ini, kecoh dan riuh berkaitan dengan kuil yang ingin didirikan di Shah Alam. Ini kerana alasan kuil yang ada di seksyen 19 terlalu kecil, tidak sesuai dan menganggu ketenteraman orang Islam yang tinggal disitu.. Kuil yang ada dekat seksyen 19 tu, aku dah biasa tengok pasal rumah member aku betul-betul depan kuil tu...


Apa yang menjadi masalahnya, timbul cadangan untuk membina sebuah kuil yang lebih besar bagi keselesaan penganut Hindu yang ada disekitar area situ... Maka wujudlah golongan yang BANGANG dengan agama Islam mereka, lalu membuat demontrasi bagi membantah pembinaan kuil tersebut.


Cuba kita perhatikan di dalam al-Quran " agamamu, agamamulah. agamaku, agamakulah" (al-Kafirun). Dari makna ayat tersebut memberi makna seruan kepada Rasullah agar bertugas untuk menyampaikan dakwah tanpa mengganggu gugat agama lain seperti merobohkan rumah ibadat mereka atau menghalang mereka dari beribadat.


Ada juga yang beralasan, kalau bagi orang Hindu buat kuil nanti mereka pijak kepala orang melayu, membunyikan loceng tidak mengira orang azan ke tak.. Ada juga yang berpendapat lama-lama habis orang melayu murtad masuk hindu kerana dakyah mereka..


Aku agak kurang bersetuju dengan pendapat sebegini, ini kerna ramai anak melayu beragama Islam bukan murtad melalui besarnya kuil. Tapi hiburan, akhlak serta kurangnya didikan agama kepada mereka. Lihat aja, budak-budak melayu yang Islam dah tak macam orang Islam sendiri.


Teringat kepada kata-kata ustazku, "kita tak perlu takut dengan dakyah mereka, seharusnya mereka takut dengan dakwah serta keimanan kita". Kalau besar kuil mereka, maka besarlah tanggungjawab kita menyampaikan Islam kepada mereka. Kita sekadar bising berdemontrasi tapi pernah tak kita menyeru serta mengajak mereka kepada Islam??? Hatta mereka yang bukan Islam tu jiran kita, satutempay kerja dengan kita. Wali Songo menyampai dakwah Islam di kepulauan jawa tanpa meruntuhkan satu pun kuil yang ada di situ. Ingat besok kita akan disoal dihadapan Robbul Jalil...


al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
11.03pm wib
30-08-2009
Medan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails