Selasa, 5 November 2013
Coretan Yang Berkelana 185 : Kini Aku Berhjirah........
Assalamuaikum kepada sahabat semua yang sudi membaca blog aku yang tidak seberapa ini. Sempena dengan kedatangan 2 Muharam 1435 ini aku dengan ini telah berpindah ke sebuah halaman yang lebih mesra antara kita.
Blog yang baru boleh anda lawat di sini http://www.aliffghani.com/
Semoga penghijrahan ini dirahmati dan diredhoi oleh Allah s.w.t. Agar hubungan silaturahim kita tidak pernah terputus moga bertemu hingga ke pintu syurga.
Selamat menziarahi blog baru aku. Maafkan andai ada terkasar bahasa dan tergurau senda yang menyakitkan. Ada tulisanku yang tidak sebulu dengan pandangan kalian. Anggaplah itu kemerdekaan dalam pemikiran. Allahua'lam.
~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
11.20pm
5-11-2013
Shah Alam
Isnin, 7 Oktober 2013
Jom Baca Kitab 8 : Spiritual Reading.
Kali ini aku akan berkongsi dengan kalian buku yang baru aku selesai baca. Buku ini berjudul Spiritual Reading yang dikarang oleh Dr. Raghid As-Sirjani. Buku ini membicarakan bagaimana kita hendak mewujudkan semangat membaca dalam diri kita.
Banyak kaedah dan dikongsikan melalui buku ini. Sebenarnya terdapat banyak kesalahan dalam etika membaca. Ini kerana kita tidak tahu tujuan kenapa kita membaca, buku apa yang perlu kita baca, situasi bagaimana yang boleh kita membaca dan lain-lain lagi.
Antara isi kandung buku ini menceritakan Bagaimana Menumbuhkan Minat Membaca. Antaranya :
1. Apa tujuan kita membaca.
2. Menyusun perancangan dalam membaca.
3. Mengatur waktu membaca.
4. Mulakan sedikit demi sedikit.
5. Bina perpustakaan di rumah.
6. Sampaikanlah apa yang anda baca.
7. Cari ilmu dari para ulama.
Diharapakan kalian juga memiliki buku ini, agar tumbuh kecintaan dalam membaca. Kerana bangsa yang berjaya adalah bangsa yang membaca. Buta membaca lebih hina dari buta huruf kerana malas membaca. Allahua'lam.
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.37pm
7-10-2013
Shah Alam
Jumaat, 20 September 2013
Coretan Yang Berkelana 184 : Tangsian Si Ibu.
Usai kuliah pagi kelmarin. Seorang ibu mendatangi keretaku lalu bertanya kepadaku, 'Ustaz nak cepat ke?'. Aku menjawab 'Eh takdelah nak ke office je'.
Ustaz macam mana dengan anak saya ye ustaz? Itu hari saya hantar anak saya sambung belajar ke luar negara. Teman wanita anak saya ada sama masa kami hantar ke airport. Lepas anak saya naik kapal terbang. Teman wanita dia pun bersetuju untuk hantar anak perempuan saya pulang ke kampus.
Saya pun ok jelah. Kerana kebetulan mereka sama universiti. Saya dan keluarga pulang ke rumah. Selepas seminggu anak perempuan saya menceritakan perbualan antara dia dan teman wanita anak lelaki saya.
Tak sempat habis lagi cerita dia, saya sebak ustaz. Saya menangis...
' Kenapa makcik menangis?,' tanya aku.
Teman wanita anak saya cakap, kenapa saya kongkong kehidupan anak saya. Anak saya tu anak emak. Nak bagi pendapat sendiri pun tak boleh. Nak buat keputusan sendiri pun tak boleh. Seolah-olah saya ni mengongkong kehidupan anak lelaki saya.
Ustaz bayangkan? Belum bertunang lagi ustaz? Dia dah cakap kat saya macam-macam. Macam mana besok kalau dah kahwin dengan anak saya nanti ustaz. Layak ke dia saya buat menantu ustaz?
Saya tahu anak lelaki saya seorang yang baik. Tidak pernah melawan dari kecil lagi. Segala perintah dan arahan saya dia tak pernah angkat suara. Sampailah masuk universiti ustaz.
Kalau waktu cuti tu. Saya pun risau kalau tengok dia asyik dirumah je. Kadang saya suruh juga dia keluar jumpa kawan-kawan biar dia bermasyarakat sikit.
Anak saya tu baik ustaz. Solat tak pernah tinggal. Saya suruh belajar agama. Dia pergi belajar. Saya takut ustaz, besok macam mana kalau dia dah kahwin nanti?
' Macam ni lah makcik. Kebiasaan kita orang melayu ni, bila anak nak kahwin selalu suruh anak solat istikhorah agar pilihan pasangan dia itu betul disisi Allah,' aku menjawab.
' Tapi jarang ibu bapa solat istikhorah dalam membuat pemilihan menantu. Kita kadang-kala hanya menyerahkan bulat-bulat keputusan pada tangan anak kita sahaja, kita selaku ibu bapa jarang meminta petunjuk daripada Allah apakah menantu itu bagus atau tidak pada kemudian hari nanti', aku menyatakan pendapatku.
Sebaiknya, makcik tenangkan hati. Tanya anak makcik baik-baik. Dan ajaklah suami dan makcik buat istikhorah agar mendapat menantu yang diredhai Allah S.W.T kelak.
Makcik itu menyatakan terima kasih dan kami pun beredar.. Allahua'lam..
~ Kembara Meraih Cinta ilahi ~
al-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
6.37pm
20-9-2013
Shah Alam
Selasa, 10 September 2013
Coretan Yang Berkelana 183 : Teguran Di Kolah Masjid.
Tiba-tiba dalam minggu ini aku teringat sebuah kisah tahun lalu yang berlaku di depan mataku. Saat menziarahi teman lama di Klang, aku dan beberapa orang sahabat singgah untuk solat zuhur sebentar di sebuah masjid.
Seperti biasa kami memparkirkan kereta dan menuju ke ruang wudu'. Usai mengambil wudu' ada beberapa anak muda yang baru mengambil wudu' dan kedapatan seorang orang tua yang turut sama dengan mereka.
Tiba-tiba selepas anak muda ini habis mengambil wudu' orang tua itu memberi salam dan memperkenalkan dirinya. Setelah bersalaman, orang tua menegur tindakan anak-anak muda tadi yang mengambil wudu' di kolah masjid.
Orang tua itu menegur anak-anak muda tadi, bahawasanya sebelum mencelupkan tangan ke dalam kolah basuhlah tangan dahulu diluar kolah atau pun di paip yang berada diruangan tepi kolah itu. Lalu si anak muda bertanya kenapa? Apakah salah mereka?
Orang tua itu berkata, tangan yang belum dicuci penuh dengan kimia dan macam-macam penyakit yang apabila dicelup ke dalam kolah akan mengakibatkan orang lain turut sama terkena penyakit tersebut. Anak-anak muda itu diam sahaja sewaktu dileteri orang tua tersebut.
Aku hanya memandang sahaja tindakan orang tua itu. Dalam hatiku berkata, patutlah anak muda kurang pergi ke masjid, buat itu salah, buat ini salah.
Mana ada dalam sejarah orang kena penyakit dari ambil wudu' dalam kolah masjid. Ada orang siap ambil air kolah masjid lagi untuk dibuat ubat jika terkena penyakit misteri. Subbhanallah. Aku menghela nafas panjang.. Allahua'lam.
~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al - Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
11.24pm
10-9-2013
Shah Alam
Isnin, 2 September 2013
Coretan Yang Berkelana 182 : Kerana Senaskah Surat Khabar...
Seorang anak yang merupakan bisnesman berjaya sering menghantar ayahnya ke kedai runcit setiap pagi. Ini disebabkan sang ayah merupakan seorang penjual surat khabar. Maka terjadilah perbualan diantara sang anak dan sang ayah.
Anak : Abah kenapa abah jual surat khabar lagi? Bukan ke saya dah mampu tanggung semua. Lagi pun jual surat khabar berapa sen la sangat untungnya kan?
Ayah : Yup, memang takkan kaya pun kalau jual surat khabar je nak.. Kamu nak tahu sangat ke kenapa abah masih lagi jual surat khabar ni?
Anak : Iya bah.. Saya pelik sangat dengan sikap abah.
Ayah : Kamu tahukan abah tak sekolah tinggi. Dan abah tidak ada ilmu yang banyak.
Anak : Ya bah..
Ayah : Memang abah sengaja jual surat khabar ni nak.. Kerana abah tak pandailah, abah jual surat khabar ni. Biar anak bangsa abah pandai. Biar mereka membaca dan membentuk kejayaan hidup mereka dengan membaca.
Anak : * Tersenyum*. ( Dalam hati bermonolog. Subbhanallah. Hebat sungguh pemikiran abahku..)
~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
9.31pm
2-9-2013
Shah Alam
* kisah sebenar cuma diadaptasi sedikit. Tribute buat sahabatku Halif Saat..
Rabu, 28 Ogos 2013
Lirik Puitis 34 : Tobat Maksiat.
Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat
Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
By : Wali Band
Isnin, 26 Ogos 2013
Coretan Yang Berkelana 181 : Tsunami di Kuala Muda, Kedah.
Pengembaraan di Kedah ku teruskan lagi. Kali ini aku berkesempatan melawati Kuala Muda Kedah. Sebelum itu untuk pengetahuan kalian, Kuala Muda ini ada dua. Kuala Muda Kedah dan Kuala Muda Penang yang memisahkan kedua tempat itu hanyalah sebatang sungai.
Di sana aku dibawa menaiki bot yang memisahkan antara Kedah dan Penang. Dikatakan sungai itu terlalu dalam. Dan menurut riwayat masyarakat setempat sewaktu berlakunya tsunami itu, sungai yang menjadi pemisah itu kering pada peringkat awal.
Sehinggalah datangnya ombak yang pertama yang naik ke darat dan menghancurkan rumah-rumah yang ada dipesisir pantai saat itu.
Seperkara lagi, jarak antara pantai dan rumah nelayan-nelayan itu kira-kira beberapa ratus meter. Semenjak dari tragedi tersebut, nelayan-nelayan telah membina rumah yang lebih jauh sedikit dari pantai.
Tidak ketinggalan pihak kerajaan juga telah membuat tembok dari batu-batu dan pasir sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku tsunami kali kedua.
Dikatakan masyarakat setempat, tempat pengumpulan bot dan sampan-sampan yang pecah yang dijadikan sebagai lambang tempat bersejarah sering mengalami kejadian misteri dan aneh. Antaranya penduduk kampung sering ternampak kelibat orang dan ada juga yang mengatakan rupa seperti pocong. Allahua'lam.
~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
9.32pm
26-8-2013
Shah Alam
Ahad, 25 Ogos 2013
Coretan Yang Berkelana 180 : Ziarah Ke Perkuburan Syuhada' Memali.
Alhamdulillah pada kesempatan awal Syawal yang lalu, kami pulang beraya di kampung isteri di Kulim, Kedah. Pada kali ini, percutian kami agak lama sedikit dari biasa kerana semenjak dari isteriku bersalin kami tidak pulang lagi kesana.
Beberapa hari ada disana, aku mengambil kesempatan untuk menziarahi tempat-tempat yang dikatakan bersejarah dan menarik. Antaranya sempat aku menziarahi pusara jenazah syuhada' Memali.
Sahabat lama Ustaz Asri sewaktu kuliah di Medan.
Sebenarnya perkampungan Memali dari Parit Panjang adalah agak jauh. Aku difahamkan jenazah-jenazah ini dikebumikan di sini atas arahan Sultan Kedah ketika itu.
Bagi yang minat membaca sejarah pasti akan tahu kisah atau Tragedi Memali ini. Antara mayyit yang dikebumikan di situ adalah al-Marhum Ustaz Ibrahim Libya.
Terjadinya pertempuran yang sampai menumpahkan darah orang kampung dan anggota polis dikatakan ada unsur-unsur politik. Tidak kurang ada yang mengatakan kerana ada gerakan komunis dikampung tersebut. Sejujurnya aku tidak mahu mengulas apa-apa. Aku lebih berlapang dada.
Kerana aku lebih suka meminjam kata-kata Ustaz Saifulislam " Jangan dicela sirah mereka yang telah mati kerana mereka telah bertemu dengan Allah ". ( Lebih kurang begitulah ).
Aku tidak mahu menuding jari pada sesiapa. Cuma pastikan tragedi begini tidak berlaku lagi. Amin. Saranan aku kalian boleh baca tragedi Memali ini di http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Memali_1985 dan ulasan dari seorang mantan polis Kamal Affendi Hashim di blognya http://kamalfndhashim.blogspot.com/2010/04/memali.html ...
Cuma apa yang aku ingin kongsikan sepanjang pemerhatian aku di sana, kubur-kubur mereka tidak ada kepok yakni batu simen disekeliling kubur.
Mereka hanya meletakkan batu nisan untuk menjadi tanda, ini sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w yang melarang untuk membina bangunan di atas kubur. Kalau ada pun hanya batu bata merah yang disusun tanpa diikat dengan simpan.
Dan kalau kita perhatikan, di sana ada beberapa kubur yang diletakkan pagar hijau dan putih. Aku difahamkan kubur yang berpagar itu kebanyakkan milik tok-tok guru yang ada dipondok-pondok berdekatan.
Antara tujuan mereka meletakkan pagar adalah untuk menghindari dari amalan pemujaan kubur keramat milik wali-wali Allah. Allahua'lam.
~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
6.22pm
25-8-2013
Shah Alam
Jumaat, 16 Ogos 2013
Coretan Yang Berkelana 179 : Mohon Bantu Adik Adam...
Beberapa hari sebelum menjelang I'dilfitri aku sekeluarga direzekikan Allah untuk menziarahi seorang sahabat kepada isteriku sewaktu sekolah dulu. Kami difahamkan anak lelakinya Rafiq Adam menghidapi penyakit leukimia.
Adik Adam kini berusia 3 tahun. Yang dahulunya ceria, periang dan aktif kini menjadi lemah, pendiam dan mudah menangis. Ibu dan ayahnya menyedari sakit adik Adam setelah beberapa hari adik Adam demam tidak sembuh dan membawanya ke klinik dan terus ke hospital. Di hospitallah mereka baru mengetahui adik Adam sudah menghidapi penyakit leukimia.
Untuk pengetahuan kalian semua, ayah adik Adam bekerja di Johor Bharu. Kini adik Adam dan ibunya terpaksa menyewa di Subang Bestari dengan kadar sewa rumah sebanyak RM800 sebulan.
Pada asalnya ibu dan adik Adam tinggal di Kedah, keadaan memaksa mereka untuk menyewa di Subang Bestari kerana di Malaysia hospital yang hanya mempunyai pakar leukimia hanyalah di SDMC atau dulu dikenali sebagai Subang Jaya Medical Centre.
Kepada sahabat-sahabat sekalian bolehlah menghulurkan bantuan bagi membantu memulihkan keadaan adik Adam, semestinya kita semua tahu kos rawatan bagi penyakit leukimia adalah sangat tinggi lantaran hanya ayah Adam sahaja yang terpaksa bekerja seorang diri, dan ibunya terpaksa sepenuh masa merawat keadaan adik Adam.
Maybank
152108028949
Nor Hasyimah binti Ibrahim
~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.21pm
16-8-2013
Shah Alam
Sabtu, 27 Julai 2013
Jom Baca Hadis 48 : Puasa dan Syurga.
Diriwayatkan dari Shal r.a : Nabi s.a.w pernah bersabda :
" Ada sebuah gerbang syurga yang disebut ar-Rayyan dan orang-orang yang berpuasa kelak pada hari kiamat akan masuk ke dalam syurga melalui gerbang itu. Ar-rayyan akan menyeru, ' Mana orang-orang yang berpuasa?' Mereka orang- orang yang berpuasa pun bangkit dan kesemuanya masuk ke syurga melalui gerbang itu. Setelah mereka semua masuk, gerbang itu akan tertutup dan tidak ada seorang pun yang melaluinya lagi ". Riwayat Bukhari.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
" Ketika Ramadhan tiba, semua gerbang pintu syurga dibuka, semua pintu neraka ditutup dan semua syaitan dibelenggu ( dirantai ). Riwayat Bukhari.
Khamis, 25 Julai 2013
Coretan Yang Berkelana 178 : Dia Menitiskan Air Mata.
Pertemuan pada malam tiga hari sebelum Ramadhan itu telah menambahkan sebuah pengalaman hidupku. Aku bertemu dengan seseorang yang menjadikan aku lebih celik dalam dunia dakwah. Selama hari ini mungkin kita berasa ramai orang sudah kenal dengan Allah, tetapi sangkaanku meleset.
Setelah berjanji, aku bertemu dengan seorang hamba Allah selepas Isyak. Sejam awal pertemuan kami hanya bercerita tentang latar belakang pekerjaan dan aku lebih banyak bertanya tentang perjalanan bisnesnya.
Sehingga perbualan kami melewati jam ke dua, dia mula bertanya pendapatku tentang Allah, rupa Allah dan keadaan Allah. Lantas aku bertanya kepadanya, kenapa bertanyakan sedemikian?
Dia menjawab, selama hari ini dia banyak bertanya kepada para ustaz tetapi dia hanya dimarahi kerana bertanya soalan yang tidak sepatutnya ditanya oleh seorang muslim. Lalu dia bertindak memangkah ustaz dalam kehidupannya, dan membuatkan dia jauh dari agama.
Aku menarik lafaz lega, kerana diawal perkenalan aku tidak memberitahunya bahawa aku ini seorang ustaz kerana sememangnya aku suka menyembunyikan identitiku agar aku kelihatan seorang manusia biasa diluar. Cuma aku katakan aku hanya seorang pekerja swasta sahaja. Mungkin inilah titik tolakku dalam kembara dakwah ini.
Lalu aku menjawab, Allah itu bukan untuk dilihat dan dibayangkan kewujudanNya tetapi untuk dirasai keberadaanNya. Dia membalas dengan mengatakan selama 20 tahun dia tidak bersolat kerana memikirkan siapa yang dia sembah ditambah pula dengan latar belakang keluarga yang tidak bersolat.
Mendengar sambungan ceritanya, aku beristighfar di dalam hati. Astagfirullahal azim. Ya Allah dalam banyak-banyak manusia, kenapa Engkau pertemukan aku dengan dia. Ini sebuah amanah yang besar dari Mu Ya Allah.
Aku bertanya kepada dia, selama 20 tahun dia tidak bersolat pernahkah dia tidak bersarapan pagi dan makan tengahari? Dia menjawab tidak, bahkan hidupnya tidak pernah mengalami masalah kewangan.
Segera aku membalas, bayangkan Allah itu Sang Pencipta anda sungguh pun anda tidak menyembah Nya, tetapi urusan makan anda tidak pernah diabaikan. Bayangkan, kepala kita ini sungguh mulia, sehingga tidak ada satu manusia pun yang bisa menyentuhnya melainkan tukang gunting rambut.
Tetapi saat kita bersolat, dahi kita ini kita cecahkan dilantai ditempat yang kotor yang dipijak orang. Allah sengaja membuat begitu agar kita sedar kita hanyalah seorang hamba yang hina disisiNya.
Dia termanggu dan menitiskan air mata. Lebih kurang setengah jam kami tidak berbicara apa-apa. Kerana dia terkesima dan mengalirkan air mata. Kemudian dia berkata kepadaku, terima kasih kerana menunjukkan jalan kembali kepada Allah, saya tidak sabar untuk pulang sekarang dan bersolat.
Pertemuan pada malam itu berakhir sehingga jam dua pagi dan kami beransur pulang. Dalam perjalanan ke rumah kala sedang memandu, aku pula yang mengalirkan air mata, Ya Allah aku bersyukur kerana dikurniakan nikmat iman Ya Allah, aku bersyukur dihantar ke sekolah agama Ya Allah, aku bersyukur kerana hidup dilingkungan mereka yang mengamalkan agamamu Ya Allah.
Ya Allah apa yang aku hendak jawab dihadapan Mu Ya Allah, begitu ramai lagi masyarakat yang jahil tentang agama Ya Allah. Apakah aku sudah melaksanakan tangggungjawabku sebagai seorang dai'e ( pendakwah ) Ya Allah. Ampunkan dosa kami Ya Allah kerana tidak menerangkan kepada masyarakat tentang agamamu Ya Allah. Amin.
Alhamdulillah kini sudah masuk 16 Ramadhan dia sudah berpuasa setelah 20 tahun tidak berpuasa. Dan dia bersungguh-sungguh menantikan azan untuk mendirikan solat setelah 20 tahun dia meninggalkan solat. Pertemuan kali ke tiga sempat aku hadiahkan kepadanya senaskhah al-Quran dan buku Falsafah Ketuhanan ( Hamka ) sebagai hadiah untuk dia baca agar lebih mengenali siapa Tuhannya.
Ya Allah Engkau kekalkanlah hidayah yang Engkau campakkan kepada dia dan kami Ya Allah. Engkau tambahkanlah iman dia dan iman kami Ya Allah. Amin. Allahua'lam.
~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
6.33am
25-7-2013
Shah Alam
Selasa, 23 Julai 2013
Jom Baca Kitab 7 : Fiqh Nyanyian dan Muzik.
Alhamdulillah, pada kali ini aku berkongsi dengan kalian tentang sebuah buku yang agak menarik dan sesuai dibaca oleh semua orang.
Buku ini bertajuk Nyanyian dan Muzik Menurut Perspektif Al-Quran dan Sunnah , dikarang oleh Dr.Yusuf al-Qaradhawi.
Buku ini berkisar seputar hukum nyanyian dan alat-alat muzik yang ada sekarang ini. Yusuf Qaradhawi dilihat membahaskan pada tiga hukum iaitu :
1. Muzik haram mutlak
2. Muzik itu harus
3. Muzik itu makruh
Yusuf Qaradhawi menilai kesemua dalil-dalil al-Quran dan hadis yang mengatakan haram kepada muzik dan nyanyian. Bagi pendapat aku, buku ini amatlah sesuai bagi para penuntut agama khususnya dibidang syariah.
Ini kerana, para pelajar syariah akan lihat bagaimana Yusuf Qaradhawi menggunakan kaedah usul fiqh, cara mengistinbat ( mengeluarkan) hukum, menyaring sesebuah hadis pada sudut matan, sanad, riwayah, dirayah serta terkait rapat dengan membahaskan ciri-ciri perawi yang ada pada sanad hadis berdasarkan ilmu rijal.
Buku ini, aku kira sebuah bahan bacaan yang mantap. Buku ini akan menjadikan kita tidak terlalu cepat menghukum sesuatu perkara yang ada berlaku kekhilafan dikalangan para ulama.
Buku ini menjadi sebuah pencerahan yang adil dan amanah pada sudut ilmiah. Ini kerana ada sesetengah para agamawan, ustaz dan para ulama yang dengan cenderung seakan memaksa orang ramai supaya tidak berhibur apa lagi bermain gitar dengan mengatakan ia perbuatan yang haram.
Itu mungkin fatwa yang kelihatan agak ketat sedikit, seolah-olah buku Nyanyian dan Muzik Menurut Perspektif Al-Quran dan Sunnah ( Dr. Yusuf Qardhawi ) ini tidak pernah wujud, dan tidak akan dibaca oleh orang ramai.
Jadi aku tidak mahu menghukum apakah hukum menyanyi dan bermain muzik, yang aku galakkan anda bacalah buku ini. Biar anda sendiri menemui jawabannya, agar tidak terpengaruh dengan jawaban aku dan mana-mana orang.
Yang paling penting kita kena ingat, hukum halal dan haram hanyalah kuasa dari Allah, manusia tidak ada kuasa untuk menentukannya. Allahua'lam.
~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.29am
23-7-2013
Shah Alam
Ahad, 21 Julai 2013
Coretan Yang Berkelana 177 : Memang belum ajalku.
Alhamdulillah sudah 11 hari kita berpuasa semoga puasa dan segala amalan kita diterima oleh Allah. Bulan Ramadhan merupakan sebuah bulan yang Allah bagi ruang agar kita mencari bekalan sebaiknya.
Kesemua amalan baik kita dilipat gandakan pahala. Tidak lain hanya satu tujuan sahaja, Allah mahukan kita semua masuk ke syurga. Amin.
Dibulan Ramadhan ini, jadualku agar penuh sedikit, dengan kelas pagi seperti biasa, bertadarus pagi, kuliah zuhur, kelas petang, tarawih, tazkirah dan tadarus malam. Jadual yang sebegini padat menyebabkan kurang rehat.
Entah macam manalah semalam, sedang dalam perjalanan mahu pulang ke rumah, kira-kira jam 6pm, dihambat dengan kesesakkan jalan yang ramai orang berpusu-pusu untuk berbuka dirumah dan pulang dari kerja sesuatu berlaku kepadaku.
Mungkin lantaran dek cuaca yang begitu hangat dibuai keselesaan angin aircond pada petang itu, menyebabkan aku terlelap seketika ketika sedang memandu.
Alhamdulillah kelajuan aku kala itu, hanyalah 40km kerana sudah menghampiri Plaza Tol Batu 3. Dalam dibuai keletihan yang amat sangat, aku terlena dan kereta terbelok ke arah kanan penghalang jalan.
Dengan tidak semena-mena kereta dibelakangku hon menyebabkan aku tersedar.. Allah....!!! Segera aku membalas balik stering, alhamdulillah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Memang belum ajalku tiba lagi, nasib menyebelahi diriku. Saat itu, dilorong paling kanan Smart Tag kesemua pemandu membawa dengan perlahan, dan aku hanyalah melanggar besi penghalang jalan tanpa melanggar mana-mana kereta dan orang. Alhamdulillah.
Ya Allah, Engkau jadikanlah kejadian itu sebagai salah satu cara penghapus dosaku Ya Allah. Amin.
Sampai saja dirumah, segera ku bersujud syukur kerana nyawaku masih dipanjangkan oleh Allah S.W.T. Alhamdulillah.. Allahua'lam.
~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
12.54am
21-7-2013
Shah Alam
Lirik Puitis 33 : Ramadhan Datang...
Ramadhan datang
Alam pun riang
menyambut bulan yang berkah
umat berdendang kumandang adzan
bertanda hati yang senang
oh…..hoooo
hati yang gembira
oh..oo..ho..
Penuh suka cita
Sebulan kita kan berpuasa
Melawan lapar dahaga
kalahkan nafsu rayuan setan
menjadi insan yang taqwa
oh…..hoooo
hati yang gembira
oh..oo..ho.
Penuh suka cita
Reff :
Tarawih dan Tadarus
Bersujud di tengah malam
Berzikir dan Berdo’a…
Menyebut Asma' Mu ALLAH
Dan Tak lupa berzakat
Sempurnakan kewajiban
Mensucikan jiwa
Sebagai Insan yang fitri
Ramadhan datang
Alam pun riang
menyambut bulan yang berkah
umat berdendang kumandang adzan
bertanda hati yang senang
oh…..hoooo
hati yang gembira
oh..oo..ho.
Penuh suka cita
Reff :
Tarawih dan Tadarus
Bersujud di tengah malam
Berzikir dan Berdo’a
Menyebut Asmahmu ALLAH
Dan Tak lupa berzakat
Sempurnakan kewajiban
Mensucikan jiwa
Sebagai Makhluk Allah
Dan Tak lupa berzakat
Sempurnakan kewajiban
Mensucikan jiwa
Sebagai Insan yang fitri
Tarawih dan Tadarus
Bersujud di tengah malam
Berzikir dan Berdo’a
Menyebut Asma' Mu ALLAH
Alam pun riang
menyambut bulan yang berkah
umat berdendang kumandang adzan
bertanda hati yang senang
oh…..hoooo
hati yang gembira
oh..oo..ho..
Penuh suka cita
Sebulan kita kan berpuasa
Melawan lapar dahaga
kalahkan nafsu rayuan setan
menjadi insan yang taqwa
oh…..hoooo
hati yang gembira
oh..oo..ho.
Penuh suka cita
Reff :
Tarawih dan Tadarus
Bersujud di tengah malam
Berzikir dan Berdo’a…
Menyebut Asma' Mu ALLAH
Dan Tak lupa berzakat
Sempurnakan kewajiban
Mensucikan jiwa
Sebagai Insan yang fitri
Ramadhan datang
Alam pun riang
menyambut bulan yang berkah
umat berdendang kumandang adzan
bertanda hati yang senang
oh…..hoooo
hati yang gembira
oh..oo..ho.
Penuh suka cita
Reff :
Tarawih dan Tadarus
Bersujud di tengah malam
Berzikir dan Berdo’a
Menyebut Asmahmu ALLAH
Dan Tak lupa berzakat
Sempurnakan kewajiban
Mensucikan jiwa
Sebagai Makhluk Allah
Dan Tak lupa berzakat
Sempurnakan kewajiban
Mensucikan jiwa
Sebagai Insan yang fitri
Tarawih dan Tadarus
Bersujud di tengah malam
Berzikir dan Berdo’a
Menyebut Asma' Mu ALLAH
By : Tompi
Ahad, 7 Julai 2013
Coretan Yang Berkelana 176 : Kursus Pengurusan Jenazah.
Alhamdulillah semalam 6-7-2013 aku berkesempatan mengikuti satu kursus pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh Yayasan Restu Shah Alam. Sebenarnya dah lama aku mencari kursus yang sebegini. Bukan apa untuk mengisi kebodohan diri ini.
Bukanlah tak tahu langsung tentang menguruskan jenazah, cuma selama hari ini aku sering membantu saja dan berada dibelakang tabir, hanya mengikut arahan-arahan orang tua yang lebih ilmu dan pengalamannya.
Alhamdulillah aku ditunjukkan Allah s.w.t tentang kursus ini. Kursus berlangsung dari 9.00am-5.00pm dan disertakan dengan sijil penyertaan. Kursus disampaikan oleh Ustaz Ahmad Safuan bin Md. Nayan, beliau berpengalaman lebih dari 30 tahun, dan berpeluang menguruskan jenazah al-marhum Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah.
~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
4.35pm
7-7-2013
Shah Alam
Langgan:
Catatan (Atom)