Selasa, 15 Julai 2008

Betul Juga 1 : Hikmah dan kewarasan akal pemikiran kita..

Pada suatu ketika, terdapat seorang Raja dan pembantunya yang sangat rapat. Raja itu mempunyai hobi iaitu suka memburu di tengah hutan dan baginda akan ditemani oleh pembantunya itu..

Maka, nak dijadikan cerita.. Sebelum pergi memburu, seperti kebiasaannya Raja tersebut akan mengasah mata anak panahnya itu.. Sedang asyik mengasah tiba-tiba, mata anak panahnya itu terjatuh lalu terkena kaki Si Raja itu tadi. Maka, lukalah kaki Si Raja tersebut...

Pembantu Si Raja dipanggil untuk masuk mengadap... Raja pun mengadu kepada pembantunya itu akan kemalangan yang menimpa diri baginda.. Lalu jawab si pembantu " alah Tuanku, tak mengapalah semua yang berlaku ada hikmahnya".. Jawapan si pembantu itu menyebabkan Si Raja murka lalu memerintahkan agar si pembantu itu dikurung ke dalam penjara.

Sampai waktunya, Si Raja pun pergi memburu seperti yang dirancang. Tengah dalam perjalanan, tiba-tiba Si Raja terpisah dari pasukannya dan baginda telah tersesat jauh.. Maka, nak dijadikan cerita Si Raja telah ditangkap oleh sekumpulan orang asli. Nak dijadikan cerita, memang ketika itu, sekumpulan orang asli itu ingin mengadakan korban bagi dipersembahkan kepada Tuhan mereka... Lalu Si Raja tadi dihadapkan kepada ketua mereka..

Setelah dihadapkan, ketua orang asli itu pun memeriksa seluruh badan Si Raja.. Tiba-tiba, ketua orang asli itu mendapati terdapat luka (kecacatan) pada kaki Si Raja.. Maka, ketua orang asli pun memerintahkan agar Si Raja itu dibebaskan kerana tidak boleh mempersembahkan korban yang cacat kepada Tuhan. Maka, dengan senang hati Si Raja itu pulang ke istana sambil memikirkan hikmah dari luka yang dialaminya..

Sesudah tiba di istana, Si Raja memanggil pembantunya yang dikurung dari penjara itu dan menceritakan kisah yang berlaku terhadap dirinya dan hikmah yang diperolehi.. Si Raja pun bertanya kepada pembantunya " sekarang beta sudah tahu hikmah kaki beta luka, habis yang kamu pula apa hikmah kamu dipenjarakan?"

"Hikmahnya patik dipenjarakan adalah, jika patik tidak dipenjarakan sudah semestinya patik akan mengikut tuanku pergi memburu dan menemankan tuanku jauh ke dalam hutan. Secara tak langsung apabila tuanku ditangkap mesti jua patik ditangkap, dan patik akan menjadi mangsa korban orang asli itu, kerana patik tidak kecacatan" jawab si pembantu itu..

Akhir kalam, setiap yang berlaku dalam hidup kita mesti ada hikmahnya..
Oleh itu, marilah berfikir wahai insan yang mempunyai akal....
Wassalam......

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails