Jumaat, 13 Mac 2009

Coretan Yang berkelana 10 : Nikmat sihat.

Assalamualaikum sahabatku sekalian.. Hari ni hari Jumaat, so kuliah aku hanya setengah hari je.. Macam biasa selepas habis kuliah aku akan terus pulang ke rumah sewa ku. Jam sudah menunjukkan 12.15pm, lalu aku bersiap sedia untuk pergi solat Jumaat.

Beza jarak waktu antara Medan dan Malaysia hanyalah 1 jam sahaja. Sesudah habis solat Jumaat, temanku mendapat panggilan telifon yang mengatakan ada seorang jemaah dari Ikatan Pemuda Masjid yang sakit di Rumah Sakit Umum Martha Friska.

Lalu aku dan temanku pergi ke hospital tersebut, perjalanan dari rumah sewa ku kira-kira setengah jam. Sampai aja aku di sana, aku dan teman terus solat Asar. Setelah selesai solat Asar, aku terus naik ke tingkat empat, di situ seorang mak cik sedang terlantar.

Penulis bersebelahan anaknya Agung yang berketurunan Melayu Langkat.

Mak cik tersebut merupakan jemaah dari daerah Starbat dan mak cik ini, merupakan orang Melayu Langkat. Kehadiran aku dan temanku menghiburkan hatinya, lebih-lebih lagi apabila mengetahui kami rakyat Malaysia. Seraya mak cik itu berkata "mak cik pun orang Melayu, nenek mak cik ada di Kedah". Doktor mengesahkan mak cik tersebut menghidapi penyakit serangan angin ahmar, ekoran dari penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Secara tak perasaan, hatiku menjadi sayu kerna terkenang arwah nenekku dulu yang menghidapi penyakit yang sama.

Dalam benakku terfikir tentang hadis yang menceritakan tentang makhluq ALLAH yang bernama "Rihul Ahmar" ( angin ahmar) dizaman Nabi Sulaiman a.s. Jadi kepada kita yang dikurniakan kesihatan yang sihat, hargailah sebaiknya. Ingatlah 5 perkara ;
  1. Masa lapang sebelum sempit.
  2. Masa sihat sebelum sakit.
  3. Masa kaya sebelum miskin.
  4. Masa muda sebelum tua.
  5. Masa hidup sebelum mati.
Akhirkalam, sekian sahaja coretan yang berkelana.
Wassalam.
ibnu maulub
13-03-2009
9.03pm

Medan

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails