Ahad, 29 Mac 2009

Renungan Sejenak 15 : MUTIARA KATA EMPAT-EMPAT (HAMKA).


1) Empat dikenal dengan empat : Pengarang kerana karangannya, orang alim kerana jawabnya, orang bijaksana kerana perbuatannya, dan orang yang tabah kerana kesanggupannya bertahan.

2) Emapt alamat bodoh : berteman dengan orang yang bodoh, banyak perbuatan berlebihan-lebihan, tak dapat mengunci rahsia dan memandang ringan kebaikan orang lain.

3) Empat perkara menunjukkan akal : menyukai ilmu pengetahuan, tenang sikapnya, tepat jawabnya dan banyak benarnya.

4) Empat perkara menunjukkan seorang ahli siasat : tak berubah mukanya kerana kritik, tajam matanya melihat kesempatan, dapat memilih perndapat yang berbeza-beza, senyum mukanya berhadapan dengan lawan.

5) Empat sempurna kerana empat : sempurna ilmu kerana amal, sempurna agama kerana takwa, sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan diri kerana wibawa.

6) Empat tidak dapat dipisahkan daripada empat : rakyat tidak dapat dipisahkan daripada politik, tentera tidak dapat dipisahkan daripada pimpinan, suatu pendapat tidak dapat dipisahkan daripada musyawarah, suatu azam tidak dapat dipisahkan daripada istikharah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails