Jumaat, 11 Jun 2010

Coretan Yang Berkelana 70 : Jangan tinggalkan mereka.

Malam tadi aku berjumpa dengan kawan-kawan usrohku. Bukan apa, oleh kerana minggu ini aku terlalu sibuk sedikit maka tidak sempat untuk bertemu dengan mereka. Aku berjumpa dengan Azim, Zaki serta Hilmi. Pada malam tadi Hilmi tidak keseorangan, dia membawa seorang teman untuk berborak dengan kami.

Seperti biasa, setelah lama tidak berjumpa maka gelak ketawa kami hingga boleh menyebabkan meja sebelah memandang sinis. Dari urusan bisnes sampailah ke urusan keagamaan. Begitu kehidupan kami jika melepak diwarung. Diskusi tentang keagamaan tidak dapat dipisahkan. Moga amalan ini menjadi berterusan hingga akhir hayat. Amin.

Setelah agak lama berborak dan berdiskusi, tiba-tiba teman Hilmi ingin bertanya soalan. Aku dengan senang hatinya mendengar pertanyaan yang diuntaikan. Sebenarnya teman Hilmi ini adalah seorang bekas isteri yang tidak mempunyai status janda. Cuma beliau sudah ditinggalkan suami selama 6 enam bulan tanpa nafkah zahir mahupun batin.

Dia menanyakan kepadaku, kenapa doa saya susah nak makbul ae. Apakah saya mempunyai dosa dengan suami saya itu yang menyebabkan doa saya tidak makbul. Secara jujurnya, kalau kami perhatikan dari luaran. wanita ini begitu agak "daring" dari sudut pemakaian dan rambutnya. Tapi aku menjawab dengan penuh berhati-hati.

Aku menjawab, sebenarnya jika doa kita hendak dimakbulkan oleh Allah kita perlu memandang beberapa aspek. :

1. Hubungan kita dengan suami, ayah, ibu dan masyarakat.
2. Bagaimana kehidupan kita dalam melaksanakan syariat yang telah ditetapkan Allah.
3. Bagaimanakah tahap keikhlasan kita dalam bersungguh untuk memohon kepada Allah.

Lalu aku bertanya kepadanya secara jujur. " Sebelum ni, akak memang tak pernahkan berpakaian sebegini?" Dia menjawab ya. Saya menjadi begini kerana saya menjadi buntu dan memikirkan kesalahan saya terhadap suami. Ustaz bayangkan, sebelum kami berpisah hampir tiap malam suami saya mabuk, dan hampir setiap malam saya membaca yasin, berdoa dan menyambut kepulangan suami walaupun dia sedang dalam keadaan mabuk.

Saya memikirkan apalah kesalahan saya sampai dia berfoya-foya di luar. Sehinggalah sekarang kami tinggal berasingan dan dalam proses penceraian secara rasmi di mahkamah. Secara jujur aku mengatakan akak itu terlalu cantik. Maka timbul dalam benak hatiku, aik perempuan cantik macam ni suami buat perangai. Patut Rozita Che Wan dan Rita Rudaini boleh cerai.

Apakah sebenarnya yang dicari oleh seseorang lelaki itu. Apakah kerna paras rupa, harta, pangkat mahupun kemewahan. Mungkin yang paling tepat pasangan si suami isteri perlu mempunyai pegangan asas agama yang cukup kuat agar ikatan rumah tangga tidak goyah dan rapuh. Setelah kami berbual panjang, dapatlah aku simpulkan akak itu berubah kerana tekanan dalam hidup. Lebih-lebih lagi suami meninggalkannya dalam keadaan masih mengandung.

Dan kalimat terakhir sebelum kami berpisah. Aku mengingatkan bahwa, bukan Allah Taala tak nak memakbulkan doa akak, tapi Allah rindu suara akak tatkala akak memohon dan berdoa kepadaNya. Dan Cintailah Yang Maha Mencintai... Allahua'lam....

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.30am
11-6-2010
Shah Alam

1 ulasan:

Hunny berkata...

Salam Bro,

Teguran dan nasihat dengan berhikmah. really proud of you..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails