Rabu, 16 Jun 2010

Coretan Yang Berkelana 72 : Doa yang diangkat serta Masjid yang berkat...


Pada minggu lepas aku pulang ke Rembau untuk menghadiri sebuah majlis walimah iaitu anak buah ayahku. Selepas menghadiri majlis itu, kami singgah ke Pedas untuk berjumpa dengan nenek ku. Sampai saja di kampung, aku melihat jam baru jam 5.oopm. 

Timbul kebosanan dihati, maka aku mengajak adikku untuk berjalan-jalan disekitar daerah Pekan Pedas. Kami memandu dan memerhatikan keadaan sekeliling sehingga kami sampai di sebuah masjid tua yang lama. 

Aku memang sudah lama ingin ke situ. Ini berikutan pak cik ku telah banyak menceritakan tentang keistimewaan masjid tua itu. Masjid itu adalah Masjid Kampung Selemak. Ia telah dibina kira-kira 500 tahun dahulu. Ada sesetengah pendapat mengatakan masjid ini turut sama didirikan oleh Syeikh Tuan Tulis ( ada yang mengatakan beliau adalah wali Allah).

Bangunannya masih kukuh, lebih-lebih lagi masjid ini didirikan tanpa mengunakan sebatang paku. Itu adalah kelebihan orang-orang Minangkabau. Mereka mendirikan bangunan tanpa memakai pakai paku dan lebih suka menggunakan kaedah pasak-memasak kayu.

Sewaktu aku di situ, sempat aku mengambil wudu dari telaga yang berhampiran. Dikatakan juga telaga ini berusia 500 tahun. Di lihat dari zahir air itu, memang sungguh jernih walaupun diceduk dari telaga yang berlumut itu. 

Terkenang daku pada kata-kata seorang KIAI, dia mengatakan bagaimana kita akan dapat ketenangan jika berzikir dan bersolat serta berdoa di dalam masjid yang dibina dari duit-duit yang syubhat. Dari hasil kerja mereka yang bukan Islam. Dan tidak diketahui keikhlasan si pembuat masjid itu tadi. 

Memang benar apa kata kiai itu, masjid sekarang telah bercampur duitnya. Iaitu duit dari sedekah orang ramai, duit dari jabatan zakat, dari sumbangan kerajaan serta duit dari pembayaran cukai yang terselit jua duit orang-orang yang bukan Islam. Mungkin ketenangan itu berbeza dari masjid yang baru dan masjid yang lama. Allahua'lam.

Keadaan masjid yang sudah uzur.

Masjid lama.

Penulis sedang menimba air.

Keadaan dalam telaga.

Penulis disamping kubur pengasas masjid ini.

Penulis di hadapan masjid lama Kg. Selemak.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.07am
16-6-2010
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails