Selasa, 1 Jun 2010

Pautan Semasa 34 : Judi di Tanah Melayu.



Baru- baru ini kita digemparkan dengan isu yang menghangatkan suasana negara Malaysia. Iaitu kes kelulusan lesen judi sempena perlawanan Bola Sepak Piala Dunia. Lesen tersebut telah dikeluarkan oleh pemerintah Malaysia untuk menghindarkan dari gejala perjudian yang tidak berlesen. 

Mungkin orang-orang dikampung takkan pernah tahu kewujudan lesen tersebut kalau hanya menonton siaran tv kerajaan serta membaca surat khabar kerajaan. Bagi yang mengikuti perkembangan melalui internet, akan mengetahui berita yang sedang hangat ini. 

Mungkin belum terlambat untuk aku mengulas tentang isu judi ini. Dalil dari al-Quran serta hadis dengan jelas menyatakan bahwa minum arak, berjudi serta bertilik nasib adalah haram dan perbuatan yang mensia-siakan. Dan dari apa yang aku pelajari dulu, datangkanlah mana-mana agama baik Hindu, Budha, mahupun Kristian memang mengharamkan perbuatan judi dan minum arak.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 219 ;

" Mereka berkata kepadamu tentang khamar (arak) dan judi. Katakanlah pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya ".

Tapi apa yang membezakan diantara Islam dan agama yang lain, agama lain hanya mengharamkan sahaja perbuatan tersebut. Tanpa mempunyai hukuman terhadap persalah tersebut. Islam dengan canggihnya telah meletakkan suatu hukum yang khas bagi persalah judi dan minum arak. Serta ditambah dengan penegasannya dalam mengharamkan amalan tersebut. 

Pabila bercerita tentang judi ini, teringat aku masa kecik-kecik dulu. Sebenarnya gejala judi ini perlu dibendung sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Cuba lihat anak-anak bermain mesin tikam untuk mendapatkan hadiah dengan memasukkan 20 sen kedalam mesin tersebut. 

Tapi kalau bagi yang dewasa pula, sering kita lihat dalam permainan sukan. Team siapa yang lebih hebat. Kalau dalam permainan boling, snuker sering kali kita mendengar istilah " kalah bayar". Ini adalah perjudian yang paling hampir dalam masyarakat Islam khususnya di Tanah Melayu ini. 

Untuk mengetahui istilah sebenar maksud perjudian itu. Maka kita perlu merujuk dalam istilah fekah. Judi itu bermaksud , " win gain lose".. Kemenangan seseorang di atas kekalahan seseorang.  Jadi budaya perjudian ini perlu diharamkan serta dipantau dari setiap genap pelusuk masyarakat.

Pernah aku dan kawanku Hilmi ditanya oleh seorang pak cik di Medan. Sedang aku makan diwarungnya dan sememangnya dia mengenali kami bahwa kami memang orang Malaysia. Lalu dia memuji-muji kewibawaan Tun Dr. Mahathir dalam memimpin Malaysia dan menyatukan antara Indonesia dan Malaysia dalam arus pemerintahan Bapak Suharto. 

Kemudian dia bertanya, nak Malaysia itu negara Islamkan? Dan mayoritas semuanya Islamkan? Lalu aku menjawab ya.. Dia menyambung lagi, " Kenapa Genting itu merupakan pusat perjudian yang terbesar di Asia ada di Malaysia?" " Apakah Malaysia membenarkan gejala perjudian itu?" Lalu aku dan temanku hanya terdiam membisu dan tertawa dalam malu....

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
6.07pm
1-6-2010
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails