Rabu, 11 Julai 2012

Coretan Yang Berkelana 143 : Minda Kelas Kedua.



Sering saja kita mendengar ceramah-ceramah agama mahupun motivasi yang mengatakan arahan pertama Allah adalah "Bacalah!". 

Secara tidak langsung ramai dari kalangan kita yang minat membaca tetapi di dalam beberapa statistik menunjukkan sifat membaca dikalangan orang melayu khususnya orang Islam tidak boleh melawan ramainya pembaca dari kalangan bangsa Eropah mahupun bangsa Jepun.

Apa yang menjadi masalah pada hari ini, kedapatan wujud dari segelintir masyarakat kita yang hanya membaca tanpa menyelidiki tentang keshahihan sebuah fakta yang dibaca, tidak kiralah dalam apa saja jurnal yang dibaca hatta buku agama, buku sejarah mahupun surat khabar dan lain-lain lagi.

Al-Quran dengan jelas menerangkan kepada kita dua golongan yang Allah naikkan darjatnya. Iaitu :

1. Golongan yang tahu
2. Golongan yang faham

Banyak perbezaan untuk dirungkaikan dari segi makna tahu dan faham. Tahu itu lebih bersifat membaca dan mendengar. Tidak semua orang yang tahu itu faham.

Tetapi, jika seseorang itu faham secara tidak langsung ia tahu. Contoh yang paling mudah adalah makan. Mungkin orang yang tahu akan mengatakan makan itu hanya sebuah perbuatan yakni memasukkan sesuatu ke dalam mulut.

Dan orang yang faham pula akan berfikir makan itu adalah sebuah tindakan yang boleh mengenyangkan tidak kira apa bentuk yang disuapkan ke dalam mulutnya.

Apa yang menghairankan, masyakarat kita khususnya sering mengambil bulat-bulat setiap apa yang dibicarakan oleh sesiapa saja tanpa menapis setiap ilmu yang diperolehi dan memikirkannya.

Adalah lebih malang, wujud segelintir mereka semberono mengambil maklumat dari kaca televisyen tanpa  memikirkan haq akal mereka untuk menyaring setiap maklumat apatah lagi menyimpan maklumat itu secara terus ke dalam otak.

Sebab itu boleh dikatakan terdapat beberapa pecahan minda kita, antaranya :

1. Minda kelas ketiga = Menerima bulat-bulat tanpa berfikir
2. Minda kelas kedua = Berfikir setiap maklumat yang diberi
3. Minda kelas pertama = Mencipta pemikiran baru berdasarkan fakta yang diberi

Apa pun, Allah banyak kali mengingatkan kepada kita dengan firmanNya, ;

1. Apakah kalian tidak memikirnya
2. Apakah kalian tidak merenungnya
3. Apakah kalian tidak berakal.

Sesungguhnya kehidupan ini memerlukan kita bijak merenung dan berfikir agar kita tidak bodoh dan dibodohkan oleh orang lain dan yang lebih malang dibodohkan oleh hawa nafsu sendiri. Nazubillah. Allahua'lam.

~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
4.28pm
11-7-2012
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails