Isnin, 2 Julai 2012

Mistik Melayu 2 : Khurafat Syiling.



Sedang aku berjalan bersama isteri dan keluarga mertua, aku ternampak sebuah kolam ikan yang dipenuhi dengan duit syiling. 

Lalu adik iparku bertanya kepadaku kenapa banyak sangat duit syiling di dalam kolam ikan tersebut.

Pertanyaannya mengingatkan aku zaman persekolahan dulu. Sewaktu lawatan sekolah kami singgah disebuah kolam ikan yang cantik, lalu kawanku yang berbangsa cina beragama buddha mengeluarkan duit syiling kemudian menggengamnya dan bertafakur lalu melemparkan duit syiling itu di tengah kolam.

Sempat aku bertanya kepadanya, kenapa dia berbuat demikian. Katanya dia memohon hajat untuk lulus UPSR. Perbuatan melempar duit syiling ke dalam kolam merupakan suatu kepercayaan kaum cina dalam memohon hajat.

Apa yang peliknya, ada juga orang melayu yang beragama Islam turut berbuat demikian. Sesungguhnya perbuatannya itu sudah menghampiri kekancah kesyirikkan. Nauzubillahi min zalik.

~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
11.11am
2-7-2012
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails