Selasa, 16 Mac 2010

Coretan Yang Berkelana 62 : Realiti sebuah persahabatan.

Sudah hampir 4 minggu aku mengalami keuzuran. Mula-mula dah nak baik, tapi ujian Allah datang menduga kembali. Ini menyebabkan aku sudah tidak mampu untuk memandu kereta. Nak pergi ke bilik air pun harus dipapah. Tapi aku menganggap semua itu hanyalah ujian Allah untuk menduga keimananku kepada-Nya. 

Aku ingin meminta maaf kepada seluruh pihak yang meminta aku untuk mengajar samada disurau, dirumah, dikelas-kelas yang telah dirancang sebelum ini. Aku terpaksa membatal serta menolak buat sementara waktu. Hanya ada beberapa kelas sahaja yang masih aku mengajar, itu pun dengan bantuan sahabat-sahabatku yang sudi menghantarkan aku.

Di dalam aku melewati kesakitanku ini, teringat daku akan pesan guruku dahulu iaitu Syeikh Muhammad Abd Nabi, beliau mengingatkan bahwa jika kita ditimpa sakit, ingatlah ada 3 hikmah yang dapat kita renungkan :

1. Menghapuskan dosa
2. Menambah pahala
3. Menaikkan darjat seseorang hamba

Dengan berbekal peringtan di atas, ia membuat aku lebih tabah dan kuat semangat dalam menjalani kehidupan sehari-harian. Semenjak 4 minggu yang berlalu ini, aku hampir kerap ke Rembau pada tiap malam untuk berubat di sana. Alhamdulillah, Allah datangkan beberapa sahabat yang membantu menghantar aku sana, antaranya Azim Fatah, Pullah, Afham, Fizan dan Zakirin.

Yang bertopi Pullah, Zakirin, Azim dan aku.

Kadang-kala timbul dalam benak pemikiranku, mengapa mereka sanggup menyusahkan diri untuk datang ziarahku, menghantar aku berubat dan pelbagainya. Aku lebih suka menggunakan teori ustazku iaitu Ustaz Amin , "kita memang dipertemukan oleh Allah dalam kehidupan di dunia ini". Pertemuan ini bukanlah suatu kebetulan, tetapi ia sudah dirancang oleh Allah s.w.t. 

Apa-apa pun, aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan kesihatanku setiap kali lepas solat. Serta mereka-mereka yang alert dengan penulisanku di warkah yang tidak seberapa ini. Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
4.15am
16-3-2010
Shah Alam

2 ulasan:

Hunny berkata...

Salam Aliff,

Moga cepat sembuh yer.. :)

Thommy berkata...

Saya sihat...

Moga2 abg aliff cepat2 sembuh dan sihat cam biase...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails