Minggu lepas, sahabatku meminta untuk aku membantunya mengajar anak-anak kecil mengaji dan belajar fardhu ain. Aku dengan senang hati, datang membantu. Bukan apa, sekali-sekala refresh ilmu dan skill macam mana nak tackel anak-anak kecil bagi mereka minat belajar agama.
Ini kerana, mendidik anak-anak kecil agar sukar berikutan dengan kenakalan mereka dan kelincahan mereka. Usai aku mengajar, aku menyuruh mereka duduk dalam bulatan. Biasalah anak-anak ini, nak suruh mereka senyap mestilah bercerita agar mereka tidak bosan.
Aku menceritaka tentang kisah syurga dan neraka, kelihatan khusyuk sekali mereka mendengarnya. Sampai tahap aku menceritakan tentang kelebihan al-Quran. Maka aku dengan secara spontan bertanya seorang demi seorang, adakah mereka membaca al-Quran di rumah.
Banyak jawapan yang aku terima, antaranya ; Sering mengaji lepas maghrib, sering ikut ayah ke surau, mengaji dengan nenek, tiba-tiba muncul sebuah jawapan yang membuat aku terkesima. " Ustaz, kat rumah saya tak pernah ngaji".
Aku bertanya kenapa? Anak itu menjawab, "takde sesiapa kat rumah yang mengaji". Habis tu mak tak baca yasin malam jumaat. "Mak langsung tak pernah solat ustaz, ayah pun sama". Terkedu aku mendengar jawapan dari anak kecil itu.
Habis bila kamu solat? Saya solat kat sini jela, dengan kawan-kawan dan dengan ustaz. Aku menghela nafas panjang. Asstaghfirullahal azim.. Dalam benak kecilku berkata, begitu besar perjuangan pendakwah untuk memahamkan masyarakat tentang solat, tentang apa itu Islam.... Allahua'lam..
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.35pm
14-2-2011
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan