Isnin, 22 Ogos 2011

Coretan Yang Berkelana 118 : Kali Terakhir Sujud Syukur...?


Pada Sabtu kelmarin aku diundang oleh pihak surau Desa Mentari, Petaling Jaya untuk menghadiri program berbuka puasa dan memberikan sedikit tazkirah yang ringkas selepas tarawih. 

Ini bertepatan dengan cara dakwah pihak surau tersebut yang ingin mengalakkan orang ramai mengimarahkan surau.

Selepas tarawih 4 rakaat, pengerusi menjemputku untuk menyampaikan sedikit tazkirah yg serba ringkas. Masa yang diperuntukkan hanya sekitar 20 minit. 

Aku membicarakan tentang nikmat Allah yang sering kita alpakan dengan cara tidak sengaja. Nikmat dalam erti kata lain bermaksud kurniaan Allah kepada kita.

Banyak nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada kita, antaranya : 

1. Nikmat Islam
2. Nikmat Iman
3. Nikmat Pendengaran
4. Nikmat Sihat
5. Nikmat Beristeri Walaupun Isteri Kuat Bebel
6. Nikmat Anak Walaupun Anak Degil
7. Nikmat Kenderaan Walaupun Keretanya Sempit
8. Nikmat Komunikasi Walaupun Telefon Bimbitnya Baling Anjing Boleh Mati

Dan yang paling penting, bilakah kali terakhir kita "Sujud Syukur"? Apakah sujud syukur itu hanya mendapat apa yang diimpikan? Allahualam. 






~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
aL-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
1.30am
22-8-2011
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails