Ahad, 25 Ogos 2013

Coretan Yang Berkelana 180 : Ziarah Ke Perkuburan Syuhada' Memali.



Alhamdulillah pada kesempatan awal Syawal yang lalu, kami pulang beraya di kampung isteri di Kulim, Kedah. Pada kali ini, percutian kami agak lama sedikit dari biasa kerana semenjak dari isteriku bersalin kami tidak pulang lagi kesana.

Beberapa hari ada disana, aku mengambil kesempatan untuk menziarahi tempat-tempat yang dikatakan bersejarah dan menarik. Antaranya sempat aku menziarahi pusara jenazah syuhada' Memali.

Sahabat lama Ustaz Asri sewaktu kuliah di Medan.

Sebenarnya perkampungan Memali dari Parit Panjang adalah agak jauh. Aku difahamkan jenazah-jenazah ini dikebumikan di sini atas arahan Sultan Kedah ketika itu.


Bagi yang minat membaca sejarah pasti akan tahu kisah atau Tragedi Memali ini. Antara mayyit yang dikebumikan di situ adalah al-Marhum Ustaz Ibrahim Libya.

Terjadinya pertempuran yang sampai menumpahkan darah orang kampung dan anggota polis dikatakan ada unsur-unsur politik. Tidak kurang ada yang mengatakan kerana ada gerakan komunis dikampung tersebut. Sejujurnya aku tidak mahu mengulas apa-apa. Aku lebih berlapang dada.


Kerana aku lebih suka meminjam kata-kata Ustaz Saifulislam " Jangan dicela sirah mereka yang telah mati kerana mereka telah bertemu dengan Allah ". ( Lebih kurang begitulah ).

Aku tidak mahu menuding jari pada sesiapa. Cuma pastikan tragedi begini tidak berlaku lagi. Amin. Saranan aku kalian boleh baca tragedi Memali ini di http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Memali_1985 dan ulasan dari seorang mantan polis Kamal Affendi Hashim di blognya  http://kamalfndhashim.blogspot.com/2010/04/memali.html ... 

Cuma apa yang aku ingin kongsikan sepanjang pemerhatian aku di sana, kubur-kubur mereka tidak ada kepok yakni batu simen disekeliling kubur. 

Mereka hanya meletakkan batu nisan untuk menjadi tanda, ini sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w yang melarang untuk membina bangunan di atas kubur. Kalau ada pun hanya batu bata merah yang disusun tanpa diikat dengan simpan.

Dan kalau kita perhatikan, di sana ada beberapa kubur yang diletakkan pagar hijau dan putih. Aku difahamkan kubur yang berpagar itu kebanyakkan milik tok-tok guru yang ada dipondok-pondok berdekatan. 

Antara tujuan mereka meletakkan pagar adalah untuk menghindari dari amalan pemujaan kubur keramat milik wali-wali Allah. Allahua'lam.

~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
6.22pm
25-8-2013
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails