Rabu, 26 Ogos 2009

Renungan Sejenak 21 : Nikmat ALLAH kepada kita.

Assalamualaikum, di sini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman pertama aku memberikan kuliah maghrib. Padanya mulanya hatiku berdebar-debar ketika ingin memulakan kuliah, alhamdulillah selesai dengan sempurna. Tajuk kuliah aku adalah berkaitan dengan "Nikmat ALLAH".


ALLAH memberikan nikmat kepada kita terlalu banyak. Antaranya :


1. Nikmat asasi.
Nikmat asasi ini merupakan nikmat Allah kepada semua hambanya samada yang Islam ataupun yang kufur.Seperti mata, udara, air, tangan dan kaki. Nikmat asasi ini boleh diusahakan seperti tempat tinggal, makanan dan sebagainya.


2. Nikmat yang menyenangkan emosi(bahagia).
Nikmat ini adalah nikmat seperti harta, anak, ibu dan suami. Contoh nikmat bahagia ini kalau diperhatikan dalam konteks rumah tangga, seorang isteri merasakan aman dan selamat ketika bersama suaminya, dengan syarat si suami bukanlah kaki baran dan sebagainya.


3. Nikmat yang menyenangkan fizikal.
Nikmat ini adalah dalam konteks kesihatan. Teringat aku hadis nabi ada menyebut;


Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara ;
a. Muda sebelum tua.
b. Lapang sebelum sempit.
c. Kaya sebelum miskin.
d. Sihat sebelum sakit.
e. Hidup sebelum mati.


4. Nikmat berbentuk mental (akal).
Nikmat akal adalah merupakan nikmat yang paling besar. Ini kerana nikmat akal yang membezakan antara kita dan malaikat, binatang dan tumbuh-tumbuhan.


5. Nikmat berbentuk spiritual.
Nikmat ini dalam kata lain adalah nikmat keimanan. Nikmat ini merupakan nikmat yang paling agung kerana nikmat Islam bukan semua orang dapat menjadi Islam setelah lahir. Ramai dari golongan manusia yang tercari-cari agama mana yang paling benar. Kita sebagai orang Islam perlu mensyukuri nikmat Islam yang kita perolehi sedari kita lahir lagi.




Dengan kata lain, Allah Maha Pemurah ini akan menganugerahkan kepada siapa sahaja yang dia ingin beri nikmat. Untuk mendapatkan nikmat, kita perlulah melakukan 3 perkara :


1. Berusaha bersungguh-sungguh.
2. Bersabar didalam usaha.
3. Bersyukurlah kepada ALLAH jika dikurniakan nikmat.


ALLAHUA'LAM.

Renungan Sejenak 20 : Kalau Tuhan tu baik,kenapa buat neraka?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.


Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...


Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?".


Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.


"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.


Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita.


P/s : Ada hamba ALLAH yang senda aku punyer email, aku juz kongsi dengan kalian je..

Coretan Yang Berkelana 30 : Mahasiswa tunjang negara (2).



Sepanjang kami berada di Dun Kuang, pelbagai aktiviti yang kami lakukan. Antaranya seperti Kem Smart Solat, gotong-royong membersihkan masjid serta kubur, dan menjadi motivator bagi para pelajar sekolah menengah yang akan menghadapi peperiksaan.


Alhamdulillah, pada sesi Kem Smart Solat, aku diberi peluang untuk menjadi pengisi bagi seminar ini dan pelbagai respon dari kalangan peserta yang mengikuti seminar ini. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guruku yang tidak asing lagi di siaran media buat masa kini iaitu al-Fadhil Ustaz Mohamad bin Abdullah al-Amin yang mengajarkan aku tentang cara solat yang sempurna mengikut mazhab Imam Syafie. (Ilmu yang kau ajarkan tidakku sia-siakan).



Para peserta Kem Smart Solat serta panitia-panitia yang turut menjayakan program ini.





Penulis disamping pengerusi majlis Ustaz Azam as-Suri.



Kami sedang berbincang dengan Nazir Masjid Jamek Batu 20, Kuang.





Penulis sewaktu membentangkan kertas kerja.










Sewaktu membersihkan dewan orang ramai.


alhaqir lia robbhi
Ibnumaulub
11.05pm
26-08-2009
Medan


Sabtu, 15 Ogos 2009

Pautan Semasa 11 : Berhati-hati setiap masa!!!

Gambar ini merupakan sebuah rakaman rompakan disebuah lif yang dirakam melalui cctv. Mungkin kalian pernah tengok kot.. Aku cuma siarkan je, sebagai peringatan tak kisah kepada lelaki ke atau perempuan untuk lebih berhati-hati. Lebih-lebih lagi mereka yang pulang kerja lewat malam, ataupun kepada perempuan yang suka keluar malam kemudian pulang ke rumah yang mempunyai lif.




P/s : Malang tidak berbau.

Rabu, 12 Ogos 2009

Jom Baca Hadis : Siri 7, Suruhan dan Tegahan.

Dari Abu Hurairah Abd Rahman bin Sakhrin r.a. katanya : Aku telah mendengar Rasullah s.a.w bersabda :

"Apa yang aku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu kerjakan daripadanya barang yang kamu kuasa. Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu oleh kerana banyak segala pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi- nabi mereka".

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Isnin, 10 Ogos 2009

Coretan yang berkelana29 : Mahasiswa tunjang negara (1).



Assalamualaikum sahabatku sekalian, maaflah lama tak update. Alhamdulilah, sekarang aku dan kawan-kawanku sedang praktikel di Kuang. Sejak 9 Julai - 9 Ogos. Kami di sini adalah untuk merealisasikan impian masyarakat, impian para ulama' dan juga amanah yang ALLAH S.W.T yang telah taklifkan kepada kami.

Kami di sini tinggal bersama keluarga angkat terutama bagi perempuanlah. Yang lelaki tinggal di Balai Raya, bukan pe setelah bermesyuarat adalah lebih baik perempuan tinggal bersama keluarga angkat dan itu adalah lebih selamat dan terjaga. Hari perasmian serta hari penyerahan keluarga angkat berlangsung pada jam 10.0am (9 Julai). Program ini dirasmikan oleh Dekan kami dari Fakulti Syariah Prof. Dr. Ahmad Fadhil Lubis serta En. Rahim Pegawai Penyelaras Dun Kuang.

Program praktikel ini ini memuatkan beberapa program, antaranya :
1. Bidang agama : Seperti mengajar al-Quran, tazkirah dan kuliah di masjid, imam solat fardhu serta solat Jumaat, khatib Jumaat, kem Smart Solat, kursus imam dan bilal, kursus menyelanggara jenazah, membina organisasi Remaja Masjid dan sebagainya.


2. Bidang pendidikan : Seperti mengajar di sekolah agama, membimbing pramuka, melaksanakan pesantren kilat, membentuk kegiatan kesenian seperti berzanji, qasidah.

3. Bidang penyuluhan dan kaunseling : seperti penerangan di dalam bidang undang-undang, ekonomi, bimbingan keluarga sakinah mawaddah wa rohmah.

al-Haqir ila robbihi
ibnumaulub

12.05am

11-08-2009

Shah Alam.

Prof. Dr. Fadhil Lubis sewaktu sedang berucap.

Keadaan mahasiswa sewaktu hari perasmian Kuliah Kerja Nyata.

Penulis bersama dengan ayah angkatnya, sewaktu majlis penyerahan keluarga angkat.

Semua mahasiswa yang terlibat.

Ahad, 5 Julai 2009

Betul Juga 14 : Jangan lupa al-Quran atau jangan lupa hadis....???

Sejak akhir-akhir ini, apa yang kita saksikan semakin banyak pertandingan lagu atau nyanyian. Tidak kiralah samada akademi menyanyi atau pertandingan lagu bagi muda-muda, termasuk orang tua hatta bagi anak-anak seawal darjah 5, yang semakin banyak tumbuh bak cendawan lepas hujan.

Kini muncul pulak, rancangan baru antaranya "Jangan Lupa Lirik" dan banyak lagi. Cuba perhatikan rancangan ini secara tidak langsung menyuruh masyarkat kita hafal lagu.. Betul tak..???

Rancangan ini secara tidak kita perasan, secara halus membuat masyarakat jadi penghafal lagu. Memanglah rancangan itu tidak memaksa kita suruh tengok rancangan tu tapi sudah menjadi kebiasaan orang kita suka menonton hiburan. Bagi aku kalau hiburan ini tidak diadakan beberapa guide line, tidak mustahil lama-lama masyarakat kita akan jadi seperti masyarakat Indonesia yang terlalu mengagungkan artis.

Cuba bayangkan, siaran SCTV di Indonedia seawal jam 6.30am telah ada rancangan permintaan video klip lagu. Pagi-pagi dah ada hiburan. Tu tak kira lagi rancangan lepas tu, rancangan Kasak-Kusuk, kiranya macam rancangan Melodi la.. Bila aku kat Indonesia, muntahlah tengok hiburan ni terlalu banyak dengan hiburan tak campur konsert malam dari jam 9pm sampai 1pm...em.........

Bagi hiburan di Malaysia ini, perlu ada yang bertanggungjawab untuk memantau bagi ia tidak terlalu keterlaluan yang amat sangat, ini kerana ketika Tunku Abd Rahman nak sangat merdeka dari British, beliau nak anak bangsa dia berjaya serta menaikkan martabat agama serta bangsa, dan niat beliau bukan nak Malaysia melahirkan artis yang terlalu banyak. Antara pihak yang berwajib dalam memantau adalah:

1. Ulama'ulama' perlu tegas memantau serta melarang.
2. Kerajaan perlu memantau siaran Tv serta konsert, kerana kerajaan mempunyai kuasa untuk menghalang.
3. Ibu-bapa bagi memantau siaran tV serta penggunaan internet anak-anak di rumah.
4. Iman individu masing-masing.

P/s : Kalau pihak tV or kerajaan or mereka yang berkuasa, adakanlah jangan lupa al-Quran ke tak pun jangan lupa hadis ke tak pun jangan lupa sunnah ke atau sebagainya..emmmmm..

Allahua'lam.
al-Haqir ila robbihi
ibnumaulub
11.11am
5-7-2009
Rembau


Rabu, 1 Julai 2009

Betul Juga 13 : Adil ke tak?

Mesti ada dikalangan kalian termasuk aku selalu akan pergi ke shopping kompleks, betul tak? Lebih-lebih lagi mereka yan membawa kereta. Selalunya kita akan memparkir kereta ditempat yan disediakan oleh pihak shopping kompleks. Dan apabila kita hendak keluar kita harus membayar harga parkir tersebut.

Tiba-tiba ditakdirkan tiket kita hilang, maka apa yang akan berlaku?? Kita harus mengganti tiket yang kita hilangkan tadi dengan nilai yang lebih mahal.... Secara logik akal, memang kesalahan kita betul tak?

Ok, cuba masa kita parkir kereta diwaktu yang sama dalam kereta kita ada barang-barang elektronik ke apa benda ke tak kisah la, pastu lepas kita parkir barang-barang dalam kereta kita hilang. Pihak tersebut hanya mengatakan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa jua kehilangan oleh pihak tuan seperti yang kami telah maklumi awal, jangan tinggalkan barang berharga dalam kereta tuan.

Atau paling tidak pun, pihak shopping kompleks tersebut hanya membawa anda ke bilik cctv pastu suruh buat laporan polis, tu saja. Jadi aku rasa kalian bolehlah pikir-pikir sendiri ek...
Wassalam.
al-Haqir ila robbihi
ibnumaulub
1-7-2009
1.58am
Shah Alam

Selasa, 30 Jun 2009

Jom Baca Hadis : Siri 6, Agama itu nasihat.

Dari Abi Ruqoyyah Tamim bin Awsin Addari radia ALLAHU anhu, bahwasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

Agama itu nasihat. Kami berkata ; Bagi siapa? Beliau bersabda ; Bagi ALLAH dan bagi kitabnya dan bagi rasulnya dan bagi imam-imam kaum muslimin dan bagi orang ramai mereka.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Isnin, 15 Jun 2009

Pautan Semasa 10 : Jelmaan Umar bin Abd Aziz...

Apa yang dapat kalian fikirkan apabila melihat gambar di atas.. Gambar di atas adalah sebuah gambar Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. Ciri-ciri pemimpin yang amat sukar dicari dizaman ini..




Coretan Yang Berkelana 28 : Berkelana dibumi ALLAH.



Alhamdulilah, setelah 2 hari kami di Aceh kini kami akan pulang ke Medan untuk meneruskan perjuangan.. Setelah kami berada di sini, apa yang kami amati Aceh adalah sebuah negeri yang makmur serta aman dan damai. Di samping itu juga, Aceh turut menjalankan syariat Islam. Sesuai la dengan gelarannya "Serambi Mekah". (Gambar di atas adalah permandangan Masjid Baitur Rahman).



Moga-moga pengalaman aku dan sahabat yang lain dapat dikongsi bersama kalian. Sesungguhnya tsunami yang melanda Aceh itu adalah Musibatut Tarbiyah kepada Malaysia khususnya dan kepada negara lain amnya.

Tragedi tsunami ini haruslah kita jadikan pengajaran agar tidak berlaku perkara-perkara kemungkaran yang mengudang kemurkaan ALLAH s.w.t kepada bumi Malaysia. Amin...

Aceh ingin menaikkan martabat wanita seperti Islam mengangkat martabat wanita.


Papan tanda di sepanjang jalan.


Kebersihan sebahagian dari iman.


Aceh menggunakan Qanun.


Permandangan dalam masjid Baitur Rahman.


Papan tanda yang ada di Banda Aceh.


Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Medan, tayar kereta yang kami naiki bocor.

ibnumaulub
3.59pm
15-06-2009
Medan

Coretan Yang Berkelana 27 : Ujian di dunia dan Akhirat.

Minggu ini aku akan menempuh peperiksaan. Jadi kepala aku makin serabut. Kadang-kadang jika kita fikirkan kembali sebenarnya hidup kita ini tidak pernah lepas dari ujian.. Betul tak?

Waktu sekolah rendah dulu, waktu sekolah menengah dulu.. Waktu kat universiti kena periksa. Pastu waktu interview nak mintak kerja kena soal-jawab... tensionnya kehidupan didunia ni
kan.....

Tapi apa yang paling mengerikan adalah peperiksaan sewaktu dalam kubur nanti. Sungguhpun soalnya itu sudah bocor, belum pasti kita dapat menjawabnya... Nauzubillah... Sama-samalah kita berdoa supaya kita lepas sewaktu peperiksaan dalam kubur dan di padang
mahsyar nanti...Amin.

P/s ; Sahabat jangan lupa doakan kejayaan aku dan sahabat-sahabat aku yang lain ok... ;p

Allhua'lam.
ibnumaulub
2.10pm
15-06-2009
Medan

Jom Baca Hadis : Siri 5, Halal dan Haram.

Abu Abdillah Nu'man bin Basyir r.a berkata, Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya yang halal itu telah jelas dan yang haram itu telah jelas. Sedangkan di antaranya ada masalah yang samar-samar (syubhat) yang kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menghindari samar-samar, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang jatuh ke dalam yang samar-samar maka ia telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Seperti penggembala yang berada dekat pagar (milik orang lain), khuwatir ia akan masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki pagar(aturan). Ketahuilah bahwa pagar ALLAH adalah larangannya. Ketahuilah bahwa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya. Dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati.

Hadis riwayat Syaikhan.

Isnin, 8 Jun 2009

Lirik Puitis 1 : Bangun.

Cuba renungkan hari ke hari
MALAPETAKA DI SANA SINI
bENCANA DATANG DAN JUGA PERGI
Tapi pastikan kembali lagi
Kita masih di awang awangan
Berkhayal dengan kemewahan
hasil usaha peninggalan
Mereka yang telah kita lupakan

Entah apa yang akan terjadi
Bila bencana melanda nanti
Tiada siapa yang peduli
Dalam hidup kita hari ini
Jangan nanti di suatu hari
Menyalahkan sesama sendiri
Bila merdeka tiada erti
Sesalan tiada berguna lagi...

Jangan mudah engkau berkata
Dunia hanya sementara
Untuk kau mundur dan leka
buat selama-lamanya
Jangan nanti di suatu hari
Menyesali apa yang terjadi
Kerana engkau masih bermimipi
Di siang hari...

Bangun..dari tidur
Bangun...orang timur

Lagu dari A.C.A.B.

Rabu, 3 Jun 2009

Coretan Yang Berkelana 26 : Nanggroe Aceh Darus Salam.

Alhamdulilah, setelah kami sampai di Banda Aceh, pada malamnya kami keluar pergi makan sebelum masuk ke hotel untuk tidur. Apa yang menghairankan, ini hanyalah pada pendapat aku sahaja ek. Orang Aceh ni, macam orang Kelantan pasal orang Aceh ni tak peduli pada orang luar. Aku bertanya dekat seorang pekerja kat situ "mana tandas?", lalu dia speaking bahasa Aceh dengan aku.. erm...

Pada keesokkan harinya kami terus berjalan lagi untuk mencari kesan-kesan sejarah yang ada. Apa yang menyedihkan kami, kami dengan semangat nak masuk Tsunami Museum tapi tak bukak lagi. Apa boleh buat ek... Kemudian kami ke Muzium Aceh, tujuan kami ke sana untuk melihat bagaimana pakaian orang Aceh, bentuk rumah mereka dan sebagianya.

Lalu kami terus ke Makam Syiah Kuala, di sini terdapat jenazah seorang ulama' yang tersohor bagi masyarakat Aceh. Kami sungguh takjub dengan keEsaan ALLAH, makam nie betul-betul tepi pantai, tapi ketika waktu Tsunami tersebut tidak apa-apa yang menjejaskan makam tersebut. Sedangkan, rumah bagi penjaga makam tersebut musnah dan hanya tinggal tangga rumah serta sebuah kolah untuk mengambil air wudhu.

Kami meneruskan perjalanan kami ke IAIN Ar-Raniry, kampus ini merupakan cawangan bagi IAIN di Banda Aceh. Keadaan di sana sungguh tenang. Di dalam perjalanan nak ke IAIN ni, memang jauh dari bandar, dan kami berjumpa banyak pantai. Setelah aku dan sahabat-sahabat lain mengamati, rupanya ombak yang ada dipantai Aceh ni memang tinggi. Kami pun takut nak mandi. Mungkin disebabkan masyarakt di sini sudah biasa melihat ombak yang tinggi, tu yang mereka tidak takut waktu melihat ombak tinggi ketika Tsunami tersebut.

Kami di depan kampus IAIN Ar-Raniry.

Di Muzium Aceh.

Keadaan ombak yang tinggi, membuat masyarakat tidak berasa cuak waktu ombak Tsunami dulu.

Di hadapan Aceh Tsunami Museum.

Di hadapan pintu masuk makam Syiah Kuala.

Penulis di hadapan pintu masuk makam.

Kami bersama penjaga makam dari keturunan Syeikh Abd Wahid, dan beliau merupakan keturunan yang ke 7.

Makam Syeikh Abd Rauf bin Ali AlFansuri.

Penulis di samping makam.

ibnumaulub
4-6-2009
4.02am
Shah Alam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails