Kadang-kadang keadaan seperti ini mesti turut berlaku keadaan anda kan. Lain yang kita mahukan lain yang difaham oleh orang. Sampai satu tahap perkara yang ingin kita guraukan boleh menjadi pertengkaran serta perselisihan.
Sepanjang minggu lepas aku membantu ustaz aku mengendalikan sebuah program motivasi untuk kanak-kanak hingga remaja ia banyak menambah pengalaman terhadap diriku. Iaitu betapa susahnya untuk mendidik anak-anak. Sebab itu aku terlalu respect guru sekolah rendah dan tadika.
Ini kerna untuk menyuruh anak-anak kecil mendengar perkataan kita dalam 10 minit pun amat payah. Inikan pula mahu menyuruh mereka mendengar ucapan kita selama beberapa jam. Sama juga dalam konteks berdakwah. Di dalam berdakwah juga kita perlu halus dan telus serta lebihkan kasih dan sayang.
Aku begitu pelik dan hairan, wujud segelintir mereka yang paham agama tetapi dengan mudah mengatakan seseorang itu kafir jika ia berkelakuan seperti bukan Islam. Begitu mudah mengatakan masuk neraka jika seseorang wanita itu tidak memakai tudung.
Maafkan aku, mungkin ini hanyalah sebuah pendapatku yang dhaif. Bagi aku, golongan yang sebegini seharusnya diperhaluskan teguran itu seperti menerangakan tentang kelebihan ajaran Islam. Tentang keistimewaan dalam berpakain menurut syariat Islam.. Serta pembalasan bagi mereka yang mengingkari arahan Allah.
Apa yang ku luahkan hanya sekadar sebuah coretan yang berdasarkan pengalaman yang aku lalui dalam meniti hari-hari yang telah lalu.. Allahualam.
ibnumaulub
3.55am
15-6-2010
Shah Alam
1 ulasan:
saya sekarang tengah praktikal di sekolah.. aduh.. memang sabar je la dengan kerenah budak2 ni..
Catat Ulasan