Setelah mendapat wahyu dan perintah daripada Allah. Gigihlah Nabi Musa dan Nabi Harun menyampaikan seruan dakwah. Meskipun dikecam dan dikutuk Bani Israil.
Sampailah ketika Allah memerintahkan mereka untuk menyampaikan seruan tauhid kepada Firaun yang Maha Zalim itu.
Perkhabaran mengenai seruan tauhid itu sampai ke cuping telinga Firaun. Firaun menjadi murka kerana selama ini Firaun telah mengangkat dirinya sebagai Tuhan sekalian alam.
Firaun yang sememangnya terkenal dengan perangai yang Maha Zalimnya itu, telah memanggil Nabi Musa dan Nabi Harun untuk mengadap beliau.
Ini kerana Firaun kehairanan melihat ada Bani Israil yang menganuti fahaman dan ajaran Nabi Musa dan Nabi Harun. Lalu terjadilah debat diantara Firaun menentang Nabi Musa dan Nabi Harun.
Berdebat dan terus berdebat. Ternyata Firaun kalah pada hujah. Dengan segara Firaun MENGUNGKIT SEGALA PEMBERIANNYA kepada Nabi Musa sewaktu memelihara Nabi Musa semenjak dari kecil. Dan Firaun mengingatkan agar Nabi Musa MENGENANG JASANYA SELAMA INI.

Disini bisa kita amati sikap keterbukaan Firaun, meskipun beliau kerajaan yang zalim dan pemerintah yang diktaktor, tetapi beliau mengamalkan demokrasi dan hak bersuara untuk menyatakan pendapat dan diberi ruang Nabi Musa dan Nabi Harun untuk memberi penjelasan.
Mungkin Firaun itu Maha Zalim, tapi sikap keterbukaanya itu bisa kita teladani untuk kehidupan seharian.
Berilah kesempatan orang lain untuk menyatakan pendapat dan pandangan dia. Berilah hak dan ruang sebaiknya.
Kalau kita bertindak zalim dan tidak memberi orang lain untuk bersuara, ternyata kita lebih zalim dari si Firaun yang maha zalim.
Sebagai penutup kata, bagi si pemberi sesuatu imbuhan dan meminta kembali sesebuah habuan, itu paling layak digelar orang yang mengungkit dan tidak ada kata yang lebih layak melainkan dia sama sahaja dengan perangainya Firaun laknatullah.. Allahua'lam.

~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
6.12pm
10-4-2013
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan