Khamis, 30 April 2009

Renungan Sejenak 19 : 10 wasiat as- Syahid Hassan Al-Banna.


1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dlm keadaan apa sekalipun.

2. Bacalah al-quran, pergilah mendengar perkara² yg baik, amalkan zikrullah.

3. Berusahalah sedaya upaya utk bertutur dlm bahasa Arab yg betul krn bhs arab yg betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak membawa kebaikan.

5. Jangan banyak ketawa kerana ketawa itu menggelapkan hati.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yg sedang berjuang itu mestilah sentiasa tegas dan bersungguh² dlm setiap perkara.


7. Banyakkan membaca buku agama kerana itu akan menajamkan fikiran.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi org dan jangan bercakap melainkan perkara yg memberi kebaikan.

9. Berkenal-kenalanlah dgn setiap ikhwan muslimin yg ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya. Asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang & berkenal-kenalan.

10. Hargai masa. Jika kita tidak memotong masa, masa akan memotong kita.

Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails