Sabtu, 3 Oktober 2009

Coretan Yang Berkelana 33 : Terserempak dengan Ust Ismail Kamus.

Seperti rutinnya, setelah aku pulang ke Malaysia aku perlu kembali semula ke Medan. Rasa dalam hati ni, aduh malaslah sangat nak balik sana. Betullah kata pepatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri". Bukan nak kata dekat Medan tak best, cumanya kita mestilah lebih rasa selesa di negara kita sendiri.Betul tak?


Nak dijadikan cerita, menjelang jam 6 lebih macam tulah aku pun ajak seorang member teman aku nak pi beli tiket kapal terbang. Aku pun pi lah Subang, bukan pe terasa jugak hati ni nak naik Fire Flyz, selalu asyik dok naik Air Asia je kalau nak naik MAS entah tak tahulah bila pulak.


Sampai je kat airport Subang, aku dengan member aku tadi terus pi kaunter Fire Flyz tanya jam berapa dan berapa harga tiket. Setelah selesai, aku tengok jam dah 7.45pm lalu kami pun terus pi surau kat atas dan solat maghrib. Setelah selesai solat, kami turun dan mendapati ada pelakon sedang melakukan pengambaran drama, kalau tak silap aku orang yang kat situ cakap drama Awan Dania kot.


Aku pun mengelaklah dari berjalan berhampiran kawasan mereka berlakon tu, nak dijadikan cerita tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki berkopiah putih membawa beg berwarna hijau (beg balik kampung) dengan memakai baju melayu kelabu seorang diri sahaja. Mulut aku dan temanku secara tiba -tiba berkata serentak, " Eh, bukan ke tu Ustaz Ismail Kamus?".


Lalu dengan segera aku berlari menuju Ustaz Ismail Kamus dan menegur serta memberi salam dan bertanya khabar. " Ustaz dari mana?". Beliau menjawab " Dari Johor tadi ,ni terus nak balik K.L la ni,". Beliau bertanya bertanya kepadaku, "Kamu buat apa kat sini, duduk mana?". "Saya duduk Shah Alam ustaz, datang sini pasal nak beli tiket nak balik Medan ngaji kat sana, kat IAIN", jawab aku. Panjang jugalah beliau dan aku berborak. Kelihatannya dia seperti tergesa-gesa, aku terus mengundurkan diri dan bersalam dengannya serta meminta dia mendoakan kejayaanku dunia dan akhirat. Lau dia berkata insyallah. 


Sungguh senang hatiku apabila dapat terserempak dengan beliau, ini kerana aku dan sahabat-sahabat di Medan sudah berniat ingin bertemu dengan beliau lebih-lebih lagi apabila kami mendapat perkhabaran yang salah, yang mengatakan beliau sudah meninggal dunia. Alhamdulillah, aku memperkenaankan hajatku.. Teringat aku akan kata-kata di dalam ceramahnya " Betulkan benda yang biasa, biasakan benda yang betul"...


al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.30am
3-10-2009
Shah Alam

1 ulasan:

Hajjah Noraini @Nanie berkata...

Selamat Mengaji dan jagalah diri masa di perantauan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails