Rabu, 2 Disember 2009

Betul Juga 18 : Sejadah bersolat???


Apa pandangan kalian apabila melihat gambar di atas? Gambar ini di ambil dalam bilik aku sendiri. Sejadah kat atas tu aku yang buat, bukan apa baru-baru ni aku dapat email pasal kecoh kat Kelantan yang sejadah sampai banyak gila solat berjemaah. Tujuan aku buat di atas bukanlah untuk menghina mana-mana pihak. Akan tetapi terlintas dibenak pemikiranku untuk melogikkan perkara tersebut.

Mungkin apa yang berlaku sebelum ini, contohnya kes sejadah solat yang pertama berlaku di Kapar, Klang. Kejadian tu member aku sendiri pergi tengok dan cerita kat aku, kemudia besoknya keluar kat Metro. Sejadah di atas hanya sebuah kelogikkan akal pemikiran aku semata-mata.

Ini kerana aku mula terfikir, jika kejadian yang mula-mula berlaku mungkin adalah sebuah perkara yang benar, tapi lama-kelamaan makin banyak jadinya. Mungkin tak dapat nak dinafikan lagi, boleh jadi ia berlaku dengan sendiri, ini kerana kalau Allah berfirman "Jadi, maka jadilah". Tapi dapat juga kita sangkal kemungkinan ada sesetengah pihak yang ingin mencari publisiti, bukan apa aku pun boleh buat dalam bilik aku sendiri. Apa-apa pun, aku membuat 3 kesimpulan dari kejadian sejadah bersolat :

1. Memang sejadah tu tegak sendiri, kerana Allah nak tunjuk bahawa sejadah pun solat ni pulak kita sebagai manusia tak reti nak solat menghadap Allah S.W.T yang menciptakan kita.

2. Memang saja-saja Pak Siak tu buat kat masjid tu, supaya ramai orang datang masjid berjemaah kat masjid. Yela sekarang ini, manalah ada orang datang nak solat berjemaah kat masjid lagi betul tak?

3. Ada segelintir pihak yang saja-saja buat untuk mencari publisiti murahan.

Apa yang paling penting, kalau Allah nak sejadah tu bangkit solat maka tidak mustahil sejadah tu boleh bangkit sendiri.Yang ingin dijadikan mesej utama adalah rahsia solat itu sendiri dan perlunya kita memperbanyakkan amalan kita kerana tiada sesiapa pun yang mengetahui bila Izrail datang menjemputnya.Allahu'alam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
6.21pm
2-12-2009
Shah Alam

3 ulasan:

Budak_Anti_Skema'93 berkata...

ya, Allah itu Lebih B'kuasa.. Skang nie dah ramai manusia (tntunya yg Islam) x gie solat. Sedangkan solat tue WAJIB sewajib-wajibnya. Dah bnyk tanda2 kiamat akan b'laku... Wallahu'alam..

sang puteri berkata...

nak percaye tentang sejadah brdiri sendiri tu tak tau la..wallahualam..mungkin ada yang betul ada yang mempermainkan..apa2 pun..sentiasa ingat yang menjadikan kita.

maisarah berkata...

kadang2 mmg confusing gak... tibe2 je banyak lak bnde2 gni b'laku. tapi tu la namanya akhir zaman kan? mungkin yg m'cari publisiti 2 lebih banyak tapi bnde2 'magic' camni susah disangkal... wallahu'alam. Allah lebih mengetahui

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails