Khamis, 31 Disember 2009

Pautan Semasa 21 : Jangan Ketat Sangat.


BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.
"Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.
Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.
Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim.

Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita. Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.

Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek. "Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka," kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki.

Coretan Yang Berkelana 49 : Dakwah Santai.

Saat ini aku baru pulang dari beberapa perbincangan dengan sahabat-sahabatku tentang program kami pada malam "new year 2010" esok. Entahlah, pada masa ini aku dan group sahabat seperjuanganku ingin cuba menyelami ke dalam diri masyarakat dalam selok-belok berdakwah.

Mungkin selama hari ini, kita hanya mengkritik mereka yang membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Islam tanpa kita pernah mempunyai sekelumit di dalam hati ingin menegur, memberi nasihat atau mendoakan mereka. Apa yang kita rasa dalam hati, hanyalah dengan mudah mengatakan mereka akan masuk neraka jika tidak menutup aurat atau tidak bersolat.

Persoalannya, dimanakah realiti penghayatan agama dalam diri kita jika kita hanya mudah menuding jari ke atas mereka yang membuat maksiat kepada Allah s.w.t. Dan bagi mereka yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh agama, apakah mereka tidak faham dengan suruhan agama? Apakah mereka sengaja melanggar suruhan agama? Apakah mereka tidak pernah ditegur mahupun diberitahu tentang suruhan dan larangan agama?

Berbekalkan dengan pengalaman yang pernah aku ikuti beberapa pertubuhan yang turun ke dalam masyarakat setiap kali new year dan malam merdeka. Kini aku cuba mengemudi dan bersama-sama teman seperjuanganku dalam menjalankan "Dakwah Santai". Kami akan cuba memberikan secebis risalah kecil yang tidak seberapa dan ingin cuba berbual santai dengan golongan remaja.

Tujuan aku adalah ingin cuba membawa teman-teman seperjuanganku dalam menyelami rentak masyarakat ketika menyambut new year. Jadi kepada teman-temanku yang ingin turut serta dalam program kami bolehlah hadirkan diri anda :
Di  Area Masjid Negeri Shah Alam
Jam 9.00 pm

Untuk mengenali kami, kami akan memegang kertas yang panjang dan akan cuba berkomunikasi dengan remaja-remaja yang ada, risalah kami tidak mencatatkan mana-mana persatuan, pertubuhan atau NGO dan kami tidak memakai baju yang seragam. Kami hanya memakai t-shirt biasa sahaja, insyallah jika berniat tulus dan ikhlas kita akan dipertemukan oleh Allah dalam satu perjuangan yang mulia. Doa kalian amat ku harapkan.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.35am
30-12-2009
Shah Alam

Sabtu, 26 Disember 2009

Lirik Puitis 7 : Ranjang Mawar.

Kerana Dia Aku Menangis
Tanggalkan Sisa Kewarasan Ku
Rela Melepaskan Kemudi Di Tangan
Di Kala Ribut Gelora Datang Mendera Sang Kera


Kerana Dia Aku Menangis
Padamkan Gaya Dan Perasaan
Sanggup Memutuskan Pertalian Diri
Kepada Selain Dia Yang Ku Damba


Ku Tenggelam Dalam Rindu
Tidak Berdasar Dan Bertepi
Ku Terdampar Dalam Sendu
Tidak Bernoktah Dan Berhuruf
Ku Terkorban Dalam Cinta
Tak Beralasan Dari Lembar
Satu Lagi Tak Terjanjikan
Ranjang Mawar Yang Ku Mimpi


Kerana Dia Aku Menangis
Padamkan Gaya dan Perasaan
Sanggup Memutuskan Pertalian Diri
Kepada Selain Dia Yang Ku Damba


Ku Tenggelam Dalam Rindu
Tidak Berdasar Dan Bertepi
Ku Terdampar Dalam Sendu
Tidak Bernoktah Dan Berhuruf
Ku Terkorban Dalam Cinta 
Tak Beralasan Dari Lembar
Satu Lagi Tak Terjanjikan
Ranjang Mawar Yang Ku Mimpi
Ku Mimpikan
Yang Ku Mimpi


By : Wings

Jumaat, 25 Disember 2009

Coretan iLmiah 1 : Isa vs Jesus.

Selamat menyambut hari natal kepada para pembaca yang mungkin beragama kristian. Dan selamat bercuti kepada mereka yang akan bercuti, tidak dilupakan selamat  hari jumaat bagi mereka yang apa pergi menunaikan solat jumaat.

Apabila menyebut tentang hari krimas, maka ramai orang akan mengatakan ia sempena hari kelahiran Jesus. Iaitu yang jatuh pada 25 Dis. Mungkin ada juga para pengikut kristian yang bermazhab lain, akan memyambut krismas pada 6 atau 7 Jan. Boleh pulak maulid (hari kelahiran) Tuhan mereka lain-lain hari. Kalau Rasullah s.a.w pula, lahir pada 12 Robiul Awal.  Semua umat Islam mengiktiraf, Rasullah lahir pada 12 Robiul Awal.

Apa sebenarnya yang mahu aku sampaikan di sini, sebenarnya Islam mengakui Jesus itu adalah nabi, iaitu nabi yang diberi nama dengan Nabi Isa a.s. Perbezaan dengan kristian adalah, penganut kristian mengakui Jesus / Isa itu adalah anak Tuhan. Dan Islam mengiktiraf Maryam adalah seorang wanita suci yang menjadi mak kepada Nabi Isa, bukan seperti kristian yang mengatakan Mary itu adalah Tuhan Mak.

Yang menjadi pokok persoalannya adalah :

1. Nabi Isa tidak di salib, tetapi di angkat ke langit.
2. Triniti tidak pernah di ajar oleh Jesus tetapi fahaman Triniti itu muncul selepas 300 tahun kematian Jesus.
3. Jesus menolak konsep dosa warisan (bersamaan dengan Islam, dosa sendiri tanggung).(1)
4. Bible di tulis tanpa rantaian sanad tidak seperti al-Quran, sanadnya sampai ke Rasullah s.a.w.
5. Kalimat "Kristian" bukan dari Jesus, tapi dari St. Peter dan ungkapan Raja Agrippa 11.(2)


Alhamdulilah setakat ini sahaja, yang dapat aku kongsikan kepada kalian. Mungkin dengan 5 buah point di atas kalian dapat berfikir dan menggunakan ia sebagai jalan dakwah kepada mereka yang belum Islam. Ops, jalan lupa rujuk dengan ustaz / ustazah yang pakar dalam perbandingan agama. Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
12.41am
25-12-2009
Shah Alam

Nota kaki.
1. Rujuk Matthew 19 : 13-15.
2. Mack, Burton L., (Who wrote the new testament : the making of the christian Myth) 1995, h.208.

Selasa, 22 Disember 2009

Jom Baca Hadis : Siri 15, Kelebihan Amalan.

Dari Abi Malik al-Haris bin A'sim al-Asya'ri r.a. katanya : Telah bersabda Rasullah s.a.w :

Kebersihan (suci) sebahagian dari iman, dan alhamdulilah itu memenuhi timbangan, subnallah walhamdulilah itu memenuhi ruang antara langit dan bumi, dan solat itu cahaya, sedekah itu keterangan (bukti), dan sabar itu sinaran, dan al-Quran itu hujjah (dalil) bagi engkau atau hujjah ke atas engkau, sekalian manusia itu berpagi-pagi maka ada orang yang menjual dirinya lalu dimerdekakannya atau dibinasakannya.

Riwayat Imam Muslim.

Pautan Semasa 20 : Denda Tak Pakai Tudung.



Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin. Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002). Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.

Ahad, 20 Disember 2009

Coretan Yang Berkelana 48 : Berjumpa Dr. Yusuf al-Qardhawi.


Kira-kira sekitar jam 6.45pm aku dan Pullah terus pergi ke Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, kerana seorang ulama'  yang begitu ulung dimata dunia akan memberi sebuah pidato khas sempena Maal Hijrah 1431.

Beliau adalah Dr. Yusuf al-Qardhawi yang merupakan ketua ulama' dunia. Beliau dijemput khas sempena sambutan Maal Hijrah dan Majlis Konvenkesyen Pakatan Rakyat di Selangor.

Alhmamdulillah, akhirnya dapat aku berjumpa dan melihat depan mata sendiri rupa Dr. Yusuf al-Qardhawi. Ini kerana Dr. Yusuf adalah salah seorang ulama' idola aku. Aku amat suka membaca kitab-kitab karangan beliau antaranya, Fiqh Daulah, Fiqh Awlawiyat, Akidah Salaf dan Khalaf, Fiqh Muzik menurut al-Quran dan Sunnah dan banyak lagi hasil penulisan beliau untuk umat Islam. Beliau adalah salah seorang ulama' kontemporari yang senantiasa berijtihad dan berfatwa bagi permasalahan yang baru.

Di dalam pidatonya, beliau ada menyebut beberapa perkara yang boleh kita kongsikan bersama, antaranya :

1. Mesti berniat dan berusaha untuk memerdekakan Palestin dari cengkaman yahudi laknatullah.
2. Menghayati peristiwa agung penghijrahan Rasullah dari Mekah ke Madinah.
3. Penghijrahan memerlukan pengorbanan dan keikhlasan dari hati yang ikhlas dan suci.
4. Setiap urusan dilakukan di masjid, ini kerana Nabi membina masjid tempat untuk umat Islam bersatu.
5. Hidup haruslah tunduk di bawah syariat Islam.
6. Mewujudkan pemerintahan Islam yang syumul serta mentaati segala perundangan al-Quran dan Sunnah.

Itulah antara ringkasan yang dapat aku simpulkan kepada kalian. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan Dr. Yusuf al-Qardhawi demi memperjuangkan Islam dan memerdekakan Palestin. Amin.


Kehadiran orang ramai yang mendengar pidato Dr. Yusuf  al-Qardhawi.


 Dewan solat begitu sesak sekali.


Penulis dan Pullah (kiri) sahabat baik penulis, kami di belakang Dr. Yusuf al-Qardhawi (sempat lagi tu ambil gambar).

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.42am
20-12-2009
Shah Alam.

Sabtu, 19 Disember 2009

Pautan Semasa 19 : Tauliah mengajar.



Apa pandangan kalian sewaktu melihat gambar kartun di atas? Mungkin isu tauliah di Selangor masih terasa bahangnya. Ada segelinitr berpandangan bahawa tauliah ini hanyalah sebagai perkara. kecil sahaja. Tapi kalau mereka yang di bahagian Mais dan Jais menganggap isu tauliah sebagai perkara yang begitu besar. Di tambah pula dengan ia adalah arahan dan perkenaan dari Sultan Selangor.

Ada juga yang berpendapat tauliah ini penting kerana untuk memantau penyebaran pelbagai ajaran yang boleh membawa perpecahan umat Islam. Apa-apa pun kalian layak membuat tanggapan sendiri. Ops sebelum terlupa, kalau ada yang bertanya mana aku mendapatkan gambar ini? Aku mendapat gambar ini dari sebuah blog. Dan yang paling penting gambar ini bukan aku yang lukis, aku sekadar ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian. Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
4.50am
Shah Alam

Jumaat, 18 Disember 2009

Coretan Yang Berkelana 47 : Salam Hijrah.



Salam Tahun Baru Hijrah 1431 H. Alhmadulilah, masuknya tahun baru secara automatik umur kita makin berkurang. Maka tak perasanlah kita bahawa kita sudah semakin dekat dengan kematian. Mungkin kita alpa dengan tiupan lilin sempena hari kelahiran kita.

Allah telah memperuntukkan kepada kita umur, jodoh dan ajal sesuai dengan ketetapan yang telah tertulis di Luh Mahfuz. Apakah kita masih mengira kematian itu masih jauh dengan kita. Bagaimana persiapan kita sebentar tadi  ketika menyambut "new year Islam"? Alhamdulilah, mungkin ada segolongan kita yang telah membaca doa penutup akhir tahun serta doa awal tahun samada di masjid, di surau mahupun di rumah.

Tidak kurang juga, ada segelintir umat Islam yang menyambut "new year Islam" di maple serta di warung-warung  berdekatan ketika sedang asyik menonton perlawanan sengit antara Malaysia vs Vietnam. Apa-apa pun tahniah kepada pemain Malaysia yang telah mendapat emas pada perlawanan tersebut.

Seawal jam 6 pagi pelbagai siaran radio telah sibuk bertanya dengan para pendengarnya, dimanakah mereka akan menonton siaran perlawanan bola sepak tersebut. Mungkin agak janggal untuk penyampai radio itu bertanya dimanakah para pendengarnya akan menyambut "new year Islam".

Apa-apa pun jom kita layan lagu ni, dan renungi istilah sebenar hijrah yang dilakukan oleh Rasullah s.a.w.

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

"berhijrah demi Allah dan Rasulnya"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.30am
18-12-2009
Shah Alam

Khamis, 17 Disember 2009

Coretan Yang Berkelana 46 : Pabila terdesak.



Tengahari tadi ada sekeping surat sampai ke peti surat rumahku. So macam biasalah, bila dapat surat mestilah kita akan buka. Apabila aku membuka surat itu, apa yang aku dapati hanyalah sekeping surat (lihat gambar di atas). Aku amat terkejut, aku mendapat surat yang bertulis sila hubungi Sami di atas surat itu untuk mendapat ramalan no ekor yang tepat.

Pelik betul aku dengan manusia sekarang ni, rajin pulak dia dok beli sampul surat, beli setem, fotostat surat tu banyak-banyak kemudian pergi pos surat tu. Alhamdulilah, mungkin bagi diri aku, aku menganggap surat itu hanyalah sebuah surat yang tiada manfaatnya dan tidak perlu dilayan. Tapi cuba bayangkan, kalaulah seseorang yang terdesak dan memerlukan wang, tiba-tiba dia mendapat surat tersebut.

Mestilah dia segera pi cari Sami tu dan minta no ekor dan terus pergi beli. Bayangkan, secara tak perasaan dia sudah membuat 2 kesalahan di sisi agama Islam, iaitu ;

1. Syirik : Percaya kepada bomoh, sami, dukun dan sebagainya.
2. Berjudi : Membeli no ekor adalah haram di sisi Islam.

So, pak cik- pak cik di kedai ekor sana, sudah-sudahlah beli no ekor. Belum pernah dalam sejarah Melayu, orang Melayu jadi jutawan dengan beli no ekor. Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.30am
17-12-2009
Shah Alam

Rabu, 16 Disember 2009

Coretan yang Berkelana 45 : Kita mengejar dunia atau dunia mengejar kita.

Petang tadi sekitar jam 2.30pm aku bertemu dengan seorang sahabat aku Pullah di Kampung Kerinchi. Pullah   adalah merupakan salah seorang sahabat lama aku dan kini kami sedang giat menjalankan beberapa usroh kepada sahabat-sahabat yang sudah mahu dan berminat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat lagi.

Pertemuan aku dan Pullah adalah mempunyai beberapa tugasan penting atas permintaan dari Ustaz Muhammad ini kerana tujuan ustaz untuk menyebarkan serta memahamkan masyarakat tentang Islam dengan lebih dekat lagi. Kemudian aku berbincang dengan Pullah.


Tiba-tiba Pullah mendapat panggilan dari sahabatnya yang kini sudah menjawat jawatan sebagai Pegawai Agama di JAWI. Di sedang menunggu di Restoran Pelita di Bangsar. Kemudian aku dan Pullah terus bergegas ke sana. Sampai sahaja di sana kami terus bertanya khabar dan sebagainya. Kemudian sahabat Pullah tadi terus membuka laptop dan ingin membuat sedikit penerangan.


Setelah beliau selesai memberi penerangan kami pun beransur pulang. Dalam perjalanan aku dan Pullah berbual menceritakan pendapat masing-masing tentang program yang terbaru itu tadi. Memang secara jujur benda ini banyak memberikan kebaikan kepada masarakat. Tapi aku terdiam seketika, apabila Pullah menguja pendapatnya. Beliau berkata, "Aku bukan ape Lip benda-benda MLM ni semua aku dah masuk, memang menarik boleh dapat duit sampai 40 ribu, tapi cuba kau bayangkan kalau kau dapat 40 ribu tu, malam ni masuk duit  bank besok kau mati, so kau sempat tak kau pegang duit yang kau cari macam nak mati tu?".


Aku terdiam seketika, dan tersenyum di dalam hati, hurm alhamdulilah kawan aku ini sudah mengenal erti dunia yang sebenar. Jadi dapatlah kita mengambilk iktibar, adakah kita mengejar dunia atau dunia mengejar kita? Teringat aku akan lagu Kembara - Duit. " Jangan sampai jadi hamba duit". Apakah kita mencari duit separuh mati hanya untuk ingin memakai BMW 7s, atau mempunyai rumah yang besar seperti istana dan mempunyai pak guard atau mempunyai saham dan duit berjuta-juta? Allahual'am.

"biarlah dunia mengejar kita"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
12.30am
16-12-2009
Shah Alam

Isnin, 14 Disember 2009

Renungan Sejenak 23 : Tiga Belas Aurat Wanita.




1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. 


2. Kaki (tumit kaki) - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng atau memakai tumit tinggi yang boleh mendatangkan bunyi (ketak, ketuk)… sama seperti pelacur dizaman jahiliyah …. 


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban. 


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 


5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 


6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari. 


8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi. 


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. 


Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi. 





10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. 


Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah. 


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. 


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud,An Nasaii dan Ibn Majah. 


13. Rambu- Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.



Sumber dipetik : http://www.iluvislam.com/

Jumaat, 11 Disember 2009

Betul Juga 19 : Hantu.


Ni mesti kena santau atau buatan orang! Mungkin ungkapan sebegini dulu wujud dalam masyarakat orang melayu. Tapi akhir-akhir ini, dapat kita perhatikan, cerita-cerita hantu, jin , toyol dan sebagainya sudah muncul dalam layar perak di Malaysia ibarat "cendawan tumbuh selepas hujan". Gejala bertaburannya cerita-cerita hantu ini, kesudahannya menakutkan budak-budak.

Ditambah pula dengan seekers, pemburu hantu yang ada di saluran Astro ini akan membuat orang makin layan cerita hantu. Cuba bayangkan ek, memang betul kata Dr. Fadzilah Kamsah apabila berdebat dengan Uncle, beliau mengatakan " dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku", az-Zariyat :  56. Dan diikuti dengan al-Baqarah : 3, " iaitu orang yang beriman dengan alam ghaib".

Jadi secara ringkasnya, senang je tak payahlah nak buru hantu ke jin ke? Apa faedah yang kita dapat? Al-Quran dan hadis suruh percaya sudahlah. Kan masalah bila kena rasuk jin. Hantu memang tak wujud, yang wujud hanya jin yang menyerupai pelbagai bentuk untuk menakutkan manusia agar kita syirik kepada Allah s.w.t.

Bila dah kena rasuk sibuk cari ustaz. Cari bomoh, cari pawang, cari tabib. Bagi aku secara jujurnya, aku lebih  bersetuju dengan siaran Oasis yang memaparkan teknik perubatan secara Islam. Ini lebih bagus dalam memberi ilmu kepada masyarakat tentang alam jin itu sendiri. Buat apalah yang kita dok sibuk pi buru hantu, pi buru jin tu. 'Kawan' tu dah memanglah duduk kat hutan, kat kubur, kat tapak rumah yang lama ditinggalkan.

Hatta  Rasullah s.a.w sendiri mendidik dan mengajar kita agar membaca surah al-Baqarah, ini kerana berdasarkan dari hadis nabi, jin tidak akan masuk selama 3 hari ke dalam rumah yang dibacakan surah al-Baqarah. Jadi di sini, seharusnya kita berbalik kepada guide line yang telah diberikan oleh Islam, seharusnya kita buatlah cerita yang boleh menambahkan keimanan kepada si penonton itu tadi.

Memang tidak dapat dinafikan dengan cerita-cerita sedemikian boleh menambahkan keimanan kepada penonton, tapi sejauh mana? Bersama-samalah kita fikirnya. Allahua'alam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.27am
11-12-2009
Shah Alam

Selasa, 8 Disember 2009

Lirik Puitis 6 : Kepada Mu Kekasih.

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini


By : M.Nasir

Isnin, 7 Disember 2009

Riwayat uLama' tersohor 2 : Kewibawaan Allahyarham Ishak Baharom.


Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 - 30 Januari 2008) merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan, dan juga merupakan seorang pendakwah bebas. Beliau telah dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jaafar, berketurunan Banjar, berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manong, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini mereka mendapat 3 orang anak.

Dato Haji Ishak baharom bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai , Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Beliau menjawat jawatan Mufti Selangor pada 16 Ogos 1985 dan disahkan oleh Sultan Selangor. Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik sebagai Mufti Selangor pada 1985 ialah Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38 Sabak Bernam. Beliau menjawat jawatan mufti selama 12 tahun (1985-1997).

Pada 1997 berikutan penegasannya bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram. Allayarham telah 'dipecat' daripada jawatan mufti kerana perkara tersebut menjadi isu politik. Kerajaan negeri Selangor menggunakan istilah 'tidak memperbaharui kontrak' beliau yang akan tamat pada Oktober 1997. Ketika itu umur beliau 70 tahun.

Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)]. Media menyiarkan bantahan orang ramai terhadap tindakan menggari tiga gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik itu, Pertandingan itu telah diadakan pada 13 Jun 1997 di di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak.

Sumbangan idea dan pemikirannya berterusan apabila Allahyarham bergiat aktif dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik ahli Majlis Syura' Ulama PAS bagi tempoh dua penggal iaitu 2003-2005 dan 2005-2007. Beliau telah dijemput menberikan penerangan tentang kesyumulan Islam di pentas-pentas politik PAS.

Pada 30 Januari 2008, Dato' Haji Ishak, berumur 80 tahun, meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala pada jam 2.30 pagi di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 6 petang . Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau tidak sedarkan diri dan koma akibat pedarahan dalam kepala. Jenazah beliau dibawa ke rumah beliau di No 194 Jalan Tun Sambanthan Taman Sri Andalas Klang. Kemudian dikebumikan pada 31 Januari 2008 di kompleks Makam di Raja, Selangor. Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkan beliau di sisi orang-orang yang saleh. Amin.

Jumaat, 4 Disember 2009

Coretan Yang Berkelana 44 : Menghadap Robbul Jalil.


Apabila melihat gambar di atas teringatlah kita akan masa sekolah dulu, kena beratur asyik-asyik beratur. Kemudian kalau lambat masuk perhimpunan mesti kena denda. Tapi bagi yang datang awal akan dipuji oleh cikgu dan tidaklah kena denda. Mungkin itu hanyalah sebuah pengalaman hidup ketika bersekolah dahulu.

Gambaran di atas dapat kita simpulkan kepada kehidupan kita seharian. Lebih-lebih lagi dalam menunaikan kefardhuan solat yang wajib kita dirikan 5 kali sehari semalam. Saat aku menulis ini, aku baru sahaja pulang dari membantu ada sahabat yang terkena penyakit rohani (gangguan makhluk halus). Setelah selesai berubat, kami bersembang bagi merapatkan silaturahim sesama mukmin.

Tiba-tiba ada seorang sahabat, bercerita tentang kelebihan solat fardhu diawal waktu. Dan kelebihan menunaikan solat secara berjemaah. Dia membayangkan bagaimana ibadat kita mahu diterima seandainya kita hanya sekadar bersolat. Seperti gambaran murid-murid yang beratur di atas. Allah menyukai amalan solat di awal waktu. Seperti cikgu-cikgu yang menyukai murid-muridnya yang beratur dengan cepat selepas loceng sekolah dibunyikan.Dan akan memarahi serta mendenda murid-murid yang terlewat beratur.

Sama seperti Allah, seandainya sesudah azan berkumandang, kita akan bersegera menunaikan solat dengan  perasaan yang begitu gembira untuk menghadap Robbul Jalil. Allah amat menyukainya. Akan tetapi tidaklah Allah itu marahlah kepada kita seandainya kita solat dengan lambat. Tapi fikir-fikirkanlah. Cerita dari sahabat itu tadi membuat aku termenung seketika, bagaimana pula dengan diri aku sendiri?

Adakah aku sekadar menunaikan kewajiban? Atau takutkan api neraka? Atau ingin menyelesaikan solat secepat mungkin kerana ingin menyambung kerja lain? Dan bagaimana pula kalian??? Allahua'lam.

"bergaul akan membuat kita terfikir diri kita dimana sebenarnya"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
4.46am
4-12-2009
Shah Alam

Jom Baca Hadis : Siri 14, Amalan ke syurga.

Dari Abi Abdillah Jabir bin Abdillah al-Ansori r.anhuma, bahawasanya seseorang lelaki telah bertanya kepada Rasullah s.a.w. lalu ia berkata, :

"Apakah pendapat engkau jika aku solat yang wajib dan aku berpuasa dibulan ramadhan dan aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram, dan aku tidak menambahkan sesuatu atas yang demikian itu, adakah aku masuk syurga? Sabdanya : Ya! (Masuk syurga).

Riwayat Imam Muslim.

Rabu, 2 Disember 2009

Betul Juga 18 : Sejadah bersolat???


Apa pandangan kalian apabila melihat gambar di atas? Gambar ini di ambil dalam bilik aku sendiri. Sejadah kat atas tu aku yang buat, bukan apa baru-baru ni aku dapat email pasal kecoh kat Kelantan yang sejadah sampai banyak gila solat berjemaah. Tujuan aku buat di atas bukanlah untuk menghina mana-mana pihak. Akan tetapi terlintas dibenak pemikiranku untuk melogikkan perkara tersebut.

Mungkin apa yang berlaku sebelum ini, contohnya kes sejadah solat yang pertama berlaku di Kapar, Klang. Kejadian tu member aku sendiri pergi tengok dan cerita kat aku, kemudia besoknya keluar kat Metro. Sejadah di atas hanya sebuah kelogikkan akal pemikiran aku semata-mata.

Ini kerana aku mula terfikir, jika kejadian yang mula-mula berlaku mungkin adalah sebuah perkara yang benar, tapi lama-kelamaan makin banyak jadinya. Mungkin tak dapat nak dinafikan lagi, boleh jadi ia berlaku dengan sendiri, ini kerana kalau Allah berfirman "Jadi, maka jadilah". Tapi dapat juga kita sangkal kemungkinan ada sesetengah pihak yang ingin mencari publisiti, bukan apa aku pun boleh buat dalam bilik aku sendiri. Apa-apa pun, aku membuat 3 kesimpulan dari kejadian sejadah bersolat :

1. Memang sejadah tu tegak sendiri, kerana Allah nak tunjuk bahawa sejadah pun solat ni pulak kita sebagai manusia tak reti nak solat menghadap Allah S.W.T yang menciptakan kita.

2. Memang saja-saja Pak Siak tu buat kat masjid tu, supaya ramai orang datang masjid berjemaah kat masjid. Yela sekarang ini, manalah ada orang datang nak solat berjemaah kat masjid lagi betul tak?

3. Ada segelintir pihak yang saja-saja buat untuk mencari publisiti murahan.

Apa yang paling penting, kalau Allah nak sejadah tu bangkit solat maka tidak mustahil sejadah tu boleh bangkit sendiri.Yang ingin dijadikan mesej utama adalah rahsia solat itu sendiri dan perlunya kita memperbanyakkan amalan kita kerana tiada sesiapa pun yang mengetahui bila Izrail datang menjemputnya.Allahu'alam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
6.21pm
2-12-2009
Shah Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails