Jumaat, 13 Ogos 2010

Coretan Yang Berkelana 80 : Ramadhan menjelma kembali.


Alhamdulillah, semuga kita diberi kekuatan dan dilimpahi dengan rahmat Allah bagi melaksanakan syariat Islam yang ketiga ini. Insyallah, jika dikurniakan umur yang panjang maka dapatlah kita berpuasa selama sebulan. Jika umur tidak panjang, maka berpuasalah kita selama-lamanya.

Mungkin penafsiran yang lebih tepat boleh dikatakan ibadah puasa ini terbahagi kepada 2:

1. Puasa zahir : Puasa zahir ialah menahan lapar dan dahaga serta mendatangkan kebaikan kepada kesihatan kita khususnya bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

2. Puasa batin : Puasa batin ialah menahan diri dari melakukan maksiat yang melibatkan 7 anggota yang zahir dan lebih-lebih lagi penyakit hati (riak, sumaah, takbur dan sebagainya). Puasa batin mengajar untuk menjaga mata dari melihat yang bukan-bukan, menjauhi dari bergosip, menyemai sikap penyabar dan sebagainya.

Di kesempatan bulan puasa ini, bisa juga kita semaikan perasaan cintakan al-Quran. Mulakanlan dengan suatu tapak untuk membaca al-Quran dan menyintai al-Quran. Pembacaan yang sedikit tetapi berterusan itu lebih disukai oleh Rasullah dari pembacaan al-Quran yang tergesa-gesa dan nak cepat khatam kemudian terhenti sampai Ramadan sahaja.

Sesungguhnya bulan Ramadan merupakan sebuah ladang untuk menyemai benih-benih istana disyurga kelak. Cari keampunan disisi Allah sempena bulan Ramadan ini. Belajar sesali perbuatan yang telah lalu, agar kita tidak kecundang untuk mengulanginya lagi. Allahua'alam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
11.14am
13-8-2010
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails